Friday 9 April 2010

Hulu Selangor> PAS Letak Calon

Ura-ura mengatakan PAS akan meletakkan calonnya untuk PRK P094 Hulu Selangor. Berita ini terdengar apabila beberapa orang kampung di Hulu Bernam inginkan PAS meletakkan calonnya. Tapi kalau ikut logik pakatan, kalau kerusi itu kerusi PKR, calon PKR yang akan bertanding.

Kebarangkalian mereka mahukan PAS bertanding di Parlimen Hulu Selangor, Ada yang tidak berpuas hati apabila pakatan akan melatakkan calonnya untuk bertanding di Hulu selangor. Nak jer aku cakap, bagus kalu PAS yang bertanding. Sebab, mana2 PRK yang banyak buat kerja orang-orang PAS, Muslimah PAS sanggup tinggalkan anak-anak di rumah demi berkempen meraih undi untuk menang PRK. Muslimah PAS juga sanggup tinggalkan suami di rumah untuk berkempen. Demi kemenangan Pakatan sanggup buat apa sahaja. Mungkin itu yang cuba diluahkan oleh beberapa orang pakcik di kampung ini.

Tapi hakikatnya, PKR akan letak calonnya untuk bertanding kerusi P094 Hulu Selangor, Orang-orang PAS berkopiah putih yang ada hijau sikit bolehla bersiap untuk gantung poster2 Karpal Singh, Ngeh, Lim Kit Siang, Anwar. Nak gantung gambar Teoh pun boleh gak kt tengkuk tu sambil laungkan Takbir!!! Bela teoh... entahlaa sakit mata bila nengok masalah diorang nie.

1 comment: