Monday, 12 April 2010

Hulu Selangor> YB Dato Razali Semangatkan Jentera Pemuda


YB Dato Razali

Sudah lama jentera pemuda UMNO dan BN memerlukan suntikan semangat untuk berperang memenagi dalam PRK. Setelah sumbangan YB Dato Razali di Bagan Pinang dahulu membuahkan hasil yang cukup membanggakan. Kini YB Dato akan mengetui di Hulu Selangor. Semangat dan keyakinan jentera-jentera BN yang akan bertempur dalam PRK P094 hulu selangor semakin terasa. Jentera Pemuda UMNO memerlukan seorang ketua yang boleh membimbing untuk berjuang. Kalau main bola sepak, kena ada captain yang berwibawa. Baru semangat anak buah berkobar-kobar. Peranan semacam inilah yang jentera pemuda perlukan dan anak-anak muda diluar sana juga akan merasakan semangat serta hala tuju pemuda itu berasas. Naik bosan bila orang bercakap pemuda BN bacul, penakut, hipokrik, dayus, pembelot, pengkhianat dan macam-macam lagi.Apakah itu semua benar. Tapi kehadiran YB Dato Razali telah memberikan impak yang cukup besar dalam pergerakan pemuda BN. Tahniahhhh

Hulu Selangor, 12 Mac – Pengarah Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Razali Ibrahim mengingatkan seluruh jentera pergerakan itu agar menjadikan pilihan raya lalu sebagai pengajaran bagi mengelakkan sebarang pergaduhan dan insiden lain.

Menurut beliau, mereka tidak perlu melayani taktik kotor dan sebarang provokasi yang ditimbulkan oleh pihak tertentu kerana tugas utama yang paling penting adalah mengesan pengundi khususnya pengundi muda.

“Kita tengok bagaimana pilihan raya DUN Bagan Pinang dan beberapa pilihan raya kecil lain yang cukup ketara dengan insiden pergaduhan dan sebab itulah saya mengingatkan jentera kita agar sentiasa berwaspada dan tidak terperangkap dengan jejak lawan.

“Kita berada di sini adalah untuk merayu pengundi bagi membantu kemenangan calon kita pada 25 April ini. Namun dalam politik, kesabaran ada had dan batasannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda selepas majlis ramah mesra dengan keluarga angkat di peti undi Kampung Air Jerneh, di sini, malam tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 17 April ini sebagai hari penamaan calon dan 25 April depan sebagai hari pembuangan undi.

Razali yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO seterusnya berkata, pergerakan itu akan bergerak dalam satu barisan dalam usaha memenangi hati para pengundi kelak.

“Saya telah pun berbincang dengan Pemuda parti komponen lain dan mereka sudah pun menyatakan komitmen untuk bergerak bersama-sama dalam satu saf. Insya Allah, kita yakin BN akan memperoleh kejayaan pada 25 April nanti,” katanya.

2 comments:

  1. Kalau bukan calon Melayu UMNO...kami boikot tiada komitmen.

    ReplyDelete
  2. Brader Hashim,

    Kita berjuang bukan untuk masa terdekat, tapi kemenangan masa panjang, Yang penting, pucuk pimpinan kita darah melayu umno..Kita sokong yg diatas sana..Kemenangan untuk anak-anak cucu kita nanti.

    ReplyDelete