Thursday 10 May 2012

Piala FA Kel vs Sime Darby di Bukit Jalil









KELANA JAYA - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah memutuskan venue perlawanan akhir Piala FA - pertemuan antara Sime Darby dan Kelantan - di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 19 Mei ini.

Sentiasa Berwaspada

.Jika anda melihat seorang lelaki (terutamanya India) yang menunggang motosikal dengan tangan yang berdarah, dia mengetuk tingkap kereta meminta anda untuk berhenti serta merayu untuk beri kertas tisu bagi membersihkan darah mereka apabila anda sedang memandu kereta..


Ingat!!! JANGAN sesekali memberhentikan kereta anda. Walaupun dia cuba merosakkan dan menghimpit kereta anda, JANGAN menghentikan kereta tetapi teruskan memandu ke balai polis yang terdekat.
Taktik jenayah seperti ini telah dilaporkan dalam kira-kira 40 kes di Seremban, K. Lumpur, Shah Alam, P. Jaya dan stesen Polis Daerah Klang Town (sebenarnya di sekitar seluruh negara).

Lelaki-lelaki ini adalah penjenayah samseng terutamanya dari bangsa India, Mereka bekerja dalam kumpulan dan berani untuk melakukan jenayah ini walaupun di kawasan-kawasan sesak yg mana tiada siapa yang akan berani memberhentikan kereta untuk membantu anda.

Tujuan utama taktik ini kotor adalah untuk merompak anda atau bahkan mereka akan merogol jika anda pemandu wanita memandu berseorangan.

Keselesaan Dan Keselamatan Diutamakan


Sebuah pesawat MAS MH0017 dari Amsterdam terpaksa mendarat cemas di KLIA jam 6.20 pagi tadi selepas beberapa penumpang mengadu terhidu bahan kimia.

Sebaik mendarat, semua penumpang dan anak kapal diarahkan meninggalkan pesawat terbabit untuk langkah keselamatan.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Othman Abdullah berkata, pada masa sama, sepasukan 24, anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba KLIA dan HAZMAT Shah Alam dikejarkan ke situ untuk melakukan pemeriksaan lanjut.

MAS mengesahkan pesawat membawa empat jenis bahan kimia dalam bahagian kargo tetapi difahamkan ia tidak tumpah. Bernama

Jgn Sekali kali Hino Keluarga FAM


Selepas Safee Sali, Mohd. Safiq Rahim dan Muhd. Ariff Zulkifly berjaya mengharumkan nama negara di arena bola sepak antarabangsa, kini tiba giliran pemain tengah skuad Harimau Muda, Mohd. Nazmi Faiz Mansor.

Dia baru-baru ini dilamar kelab Divisyen 1 Portugal, S.C Beira-Mar untuk beraksi dengan pasukan yang menduduki tangga ke-12 Premiera Liga Portugal itu.

Kemampuan Nazmi Faiz dihidu oleh seorang ejen bola sepak Portugal semasa aksi pemain berusia 17 tahun itu dalam Liga Singapura bersama Harimau Muda A baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ketua Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee yang gembira dengan perkembangan ini berkata Pemilihan pemain Malaysia untuk jalani latihan dengan kelab luar negara jelas membuktikan bahawa bakat pemain negara semakin dihargai.

Jgn Biar Hati Ayah Hancur Setelah Ibu Kecewa..


APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita? 

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??
Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga. Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya.

Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.. Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita

Nik Aziz Diam jer ker

Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak Malaysia) buat laporan polis mengenai klip video yang dimuat naik ke laman web perkongsian video Youtube berjudul "Ahmad's Dream", sebuah drama yang memaparkan kisah seorang lelaki tempatan menerima wahyu.

Pengerusi Tetapnya Muhammad Khairul Hafiz Abdullah berkata berkata drama yang dibahagikan kepada beberapa episod itu dilihat mengajar bagaimana cara hendak menjadi murtad, dan menurutnya ia dimuat naik kira-kira tiga tahun lalu, dengan jumlah penontonnya sehingga kini melebihi 22,000 orang.

Katanya laporan itu dibuat bagi mendesak polis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM); menyiasat dan menyekat penyebaran video itu, di samping mengambil tindakan ke atas para pelakon yang terbabit. Bernama

Pesanan dari PDRM

Pesanan dari PDRM,

Jika korang memandu diwaktu malam dan cermin kereta dilempar telur ayam jangan pasang wiper atau pancut air .
Terus memandu dengan apa yang mampu dilihat hingga korang tiba ditempat selamat. Ini kerana jika telur ayam bercampur air ia akan menjadi susu dan akan kaburkan 92.5% tahap penglihatan korang yang akan memaksa korang berhenti.

Disitulah korang akan menjadi mangsa perompak. Inilah teknik baru yg digunakan oleh perompak dijalanan . Pesanan dari Polis DiRaja Malaysia . 

Tuesday 8 May 2012

Benci Polis


Saya dimaklumkan bahawa Encik Badrul Hisham@cheGUBard melalui NGO Solidariti Angkatan Muda Malaysia (SAMM) telah membuat memorandum tuntutan supaya tindakan diambil terhadap anggota polis yang bertugas mengawal perjalanan Bersih 3.0 tempohari, yang dikatakan telah bertindak menyalahi undang-undang. Saya juga merasa geli hati kerana mereka juga mengedarkan gambar anggota-anggota tersebut sepertimana PDRM mengedar foto-foto suspek pembuat onar pada 28 April lepas. Apakah kita telah memulai suatu trend yang tidak sihat iaitu propoganda membenci anggota keselamatan?

KING KING KING



Macam Ini Pun Ada...

Tak Pasai Pasai


Seorang pencuci kereta dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tuduhan mendatangkan cedera semasa melakukan rompakan ke atas seorang pelayan restoran, empat tahun lepas.

Mengikut pertuduhan, M. Samy Nathan didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera semasa melakukan rompakan ke atas C. S Puvanes Waran, 25, di tempat letak motosikal di kawasan Flat Sri Selangor, Jalan San Peng, di Ibu negara pada pukul 6.30pagi, 28 Dis 2008. Bernama

Monday 7 May 2012

Tahan Jgn Tak Tahan


Polis mempunyai asas untuk menahan mana-mana penuntut universiti yang melanggar undang-undang dan tidak akan mengambil tindakan tanpa sebarang bukti kukuh.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata setiap penuntut institut pengajian tinggi swasta atau awam perlu mematuhi undang-undang sama ada di dalam atau luar kampus dan jika mereka melanggar undang-undang, pihak berkuasa termasuk pihak universiti dan polis boleh mengambil tindakan sewajarnya.
Beliau berkata demikian sbg mengulas penahanan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dua hari lepas oleh polis bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan di ibu negara, 28 April lepas. Pelajar tersebut, Khalid Mohd Ismath, 22, kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

Kejayaan Malaysia Dalam Inisiatif Pengajian Tinggi


Kejayaan Malaysia dalam inisiatif pengajian tinggi merentasi sempadan yang diterajui kolej dan universiti swasta dibentang pada Sidang Kemuncak Pendidikan Antarabangsa sempena Sidang Kemucak G8 di Washington.

Timbalan Ketua Pengarah Pengajian Tinggi (Institusi Pengajian Tinggi Swasta) Prof Datin Dr Siti Hamisah Tapsir memberitahu pakar pendidikan antarabangsa dan pembuat dasar pada seminar itu, bagaimana Malaysia menggunakan krisis kewangan pada 1997 sebagai kelebihan dalam mencari jalan lebih kreatif.Ia bagi membuka sektor pendidikan tinggi negara.

Pelan jangka panjang itu berjaya dengan Malaysia mengurangkan bilangan pelajarnya di seberang laut, mengadakan program berkembar dengan universiti terkemuka dan menarik pelajar asing ke kolej tempatan. Bernama

MP Tolong Bantu Mana Patut


Kira-kira 2,500 penduduk membabitkan 15 kawasan sekitar daerah Batang Kali terjejas akibat banjir selepas hujan selama 2 jam dari pukul 2.30 pagi hingga 4.30 pagi.

Menurut jurucakap bomba, paras banjir setinggi kira-kira satu meter di beberapa kawasan itu turut mengakibatkan kesesakan jalan raya dari Rawang menghala Kuala Kubu Bharu.

Antara kawasan terjejas adalah Kampung Ulu Kalong, Kampung Genting Malek, Kampung Masjid, Kampung Batu 30 Ulu Yam Lama, Kampung Seri Cahaya, Kampung Sekolah serta Kampung Sungai Manis.Bernama

Semak Permohonan IPTA

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan setaraf boleh mula menyemak keputusan permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan politeknik premier bagi sesi akademik 2012/2013 mulai jam 12 tengah hari ini.
Semakan berkenaan boleh dibuat sehingga jam 12 malam 28 Mei ini.
Unit Pusat Universiti (UPU) dalam kenyataan menerusi laman webnya berkata, pelajar boleh menyemak keputusan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) melalui perkhidmatan mySMS .
Pelajar juga boleh menghubungi talian bantuan Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi untuk sebarang pertanyaan. Bernama