Saturday 29 January 2011

Kisahku disebalik KeTENANGan ku

Salahkan aku sekiranya aku ingin mencari keseronokan sendiri dalam kehidupan ku. Memang aku telah jatuh cinta kepada nya kerana dia bekerja sebagai seorang pengurus bah kata orang kelantan kijo dia 'NEJA' atau Manager.

Ingat senang ker nak jadi seorang isteri kepada seorang Manager dan berasal dari bandar Muar Johor.. alangkah baiknya menjadi seorang isteri kepada Manager. Tapi aku memang totok PAS.. kalau aku tercedera dan pergi, mendapatkan raeatan di Hospital, memang susah kerana darahku pelik sikit, warna hijau.

Aku telah mendapat tawaran menyambung pengajianku di pulau Pinang, dapat masuk maktab perguruan... kalau masuk USM, glamour laa kit cam citer Ali Setan... Best2... Aku mula berjauhan dengan suami ku, abg Neja.... tetapi untuk menghilangkan kerinduanku,, aku mula berkawan rapat dengan kenalan disini... semuanya bakal cikgu nanti yang akan berkhidmat kepada anak bangsa nanti... itulah semangat yang ada diriku tetapi dalam masa yang sama aku memang taksud tahap cipan terhadap PAS.. biarlaaaa

Semasa di kampus, aku telah rapat dengan seorang jejaka bermisai... maklumla aku nie cantik n manis dipandang... nampak ayu apa aku nie.....tak lama pun kenal dalam 3 bulan jer kot.. tapi abng misai tu ayat power beb,, cair tu... sampai boleh lupala kat abg Neja ku... tapi apa boleh buat... di sana jauh dan disini dekat aja pak... jerit pun boleh dengar... aku bercinta... kalau curang pun bukan orang tahu pun.. apa yg aku buat kt sini.... mana ada org tahu...

Disebabkan itu, gedebak gedebuk.... proses cerai pun bermula... aku nak kawin dengan abg misai... sama2 pendidikla...jadi pemikiran seorang pendidik tak sama dengan Neja... so kira serasilaa...

Aku pun memulakan kehidupan baruku dengan abg Misai sehingga la hari ini. Moga jodoh ku berpanjangan....

Tapi semuanya berlaku sekelip mata apabila kisah ku didedahkan oleh pihak-pihak tertentu... Bak kata orang tua2, langit tisak selalunya cerah,, kisahku mula diketahui ramai yang aku pernah ada dua lelaki dalam hidupku... kitanya aku hebatla... dua tu.... hebatlaaa dr satu... power2..

Aku pun tak tahu apa yang aku buat sekarang betul atau tidak... ingin membantu orang, tetapi perangai aku pun teruk gak... aku lepaskan semua kerjayaku demi perjuangan ku... tapi apakan perjuanganku ini hanya sia2. Terserahla pada mereka..

Tapi bila diingat kembali.... bodoh pekung aku sebenarnya... aku dan suamiku yg no 2 nie termakan akan pujukan syaitan mata satu.... bersungguh2 aku buat apa yang diorag nak...bila dipikir semula,,, kalau akau tewas.. apa yang aku dapat. kerja hilang, penden tak dapat... suami no dua pun terjebak dengan ini cerita...duk payung aku sampai ambil MC tak g kerja... apa plak kata majikan dia.... kalau suami no 2 aku kena tindakan kerana tipu MC, cam manala nasib aku sekeluarga... mampussss kalau nk pikir nie....

Aku cuma tinggal beberapa hari sahaja bersama kepimpinan atasan... pas pengumuman... semuanya balik ke tempat masing2.. yang hanya tinggal.... aku dan keluarga ku.... apa aku dapat.... penat n kebodohanku....

Nak buat cam mana, aku bodohhh... padan muka aku.....

Friday 28 January 2011

Andaian Nasib Keluarga Cikgu Mala





Apa yang akan terjadi kepada nasib keluarga cikgu Mala selepas pengumuman calon Dun Tenang oleh pegawai SPR pada malam 30 Januari 2011. Adakah Calon BN ataupun Calon PAS?

Sekiranya ditakdirkan calon BN yang akan memenagi kerusi DUN Tenang 2011 apakah nasib yang akan menimpa Cikgu Mala. Suaminya kini dikatakan kritikal kerana telah diberikan cuti rehat oleh Doctor. Serius ker kesihatan suami cikgu Mala nie?

Sekiranya serius dan sakit tenat? suami cikgu Mala sudah tidak boleh bekerja lagi sebagai guru dan Cikgu Mala pun bukan guru lagi?

Sekiranya ditakdirkan Cikgu Mala tewas kepada Calon BN, adakah Pakatan Rakyat akn membantu keluarag cikgu Mala kerana dilihat pada surat cuti suaminya itu, tahap kesihatannya agak serius? Betul ker tahap kesihatan suaminya serius tahap gaban nie? kita pun tak tahu.

Kalau cikgu Mala kalah ? semua pemimpin pakatan rakyat, PAS dan DAP akan balik ke kawasan masing2 ke kaual lumpur ker, peneng ka, kelantan ke, perak ataupun kedah. Yang tinggal keluaga cikgu Mala di Labis nie.

Lainla kalau pakatan dam campak juta2 pada keluarga cikgu Mala? berbaloila jadi calon PAS.

Kita doakan agar kesihatan suami cikgu Mala bertambah baik dan boleh kembali kesekolah menjalankan tugas hakikinya... amin... utusan.com.my

Monday 24 January 2011

Ribuan Datang Ceramah PAS Tenang


Tido Berdiri

Ribuan yang datang


Semalam cuaca amat baik, perkarangan ceramah PAS atau DAP amat tenang sekali dengan tiupan angin sepoi2 bahasa,, nyaman skali... Namun sambutan yang datang ceramah PAS DAP amat mengecewakan dan yang datang boleh dikira dengan bulu hidung. Rasanay bulu hidung lebat lagi..

Macam biasa MP Batu cakap cina, sepatah haram aku tak faham.. Tak tahu apa yg dia goreng..

Mat sabu cam biasa memulakan bicara dengan jilat menjilat apabila dia kata seronok berucap depan org cina , biasanya dia beriucap dalam ceramah PAS, yg datang org melayu...kononnya konsep 1 Malaysia... Perpaduan laaa..

Biasa mat sabu berucap berdegar2, typ semalam cam baru baik dari deman jerr... segan kot dengan kehadiran ribuan pengundi... kagum dan terujaaa...Tak perlu kupas apa yg dia ceramahkan memang boodoh sapa yg percaya tu... semua bohong.Tapi bermodalkan isu air yng diberi percuma dh mula dipertikainya apabila mula merasakan kerajaan selangor dh tak mampu bg air percuma lg. Bra[pa juta kerajaan selangor perlu bayar kt syabas. Brapa lama kerajaan pakatan nak bertahan... dh mula gelabah pasal isu air... nk tarik balik ker subsidi air selanagor nie. Dah mampu nk tanggung lg ker air percuma.,,, baru air bg percuma.. belum subsidi lg.... puas dia nk pusing... sian pakatan,,,,, Undilah BN..

Tapi inilah sokongan padu puak2 Pakatan bagi Pilihanraya Tenang.... kita ushar malam nie plak....

Sunday 23 January 2011

Berhentila PAS


Kalau kita tengok gambar nie dh menggambarkan kempen PAS di Tenang sudah berhenti. PAS sendiri menggantungkan benderanya disini. Kalau aku faham, Berhentilaaaa PAS dari menabur fitnah di sini.

Ceramah PAS semalam tam abis2 dengan pembohongan dan manipulasi cerita kepada orang disini. Walaupun kehadiran penduduk disini tidak ramai, tapi ceramahnya tak abis2 dengan pembohongan yang amat zalim.

Harga barang tak terlepas disebut-sebut dalam ceramah. Boleh dalam ceramahnya harga barang baik disebabkan kerana Rosmah nak shooping dan pemimpin BN yang nak pakai duit. Apa mabuk tah penceramah nie. Suka2 mak bapak dia jer nak buat perbandingan..

Berhentila PAS dari menipu rakyat....

Saturday 22 January 2011

PAS LAWAN BN DI TENANG

Suami Isteri Calon PAS dan Calon BN selepas Penamaan Calon Berakhir


Calon PAS Bersama Presiden PKR menuju ke Dewan Penamaan Calon

PAS vs BN

Penyokong BN

Penyokong BN

Penyokong PAS



Penyokong PAS



Penyokong PAS

Thursday 20 January 2011

Adun Merlimau Melaka Meninggal Dunia



Adun Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54 tahun telah menghembuskan nafasnya yang terakhir jam 8.10 Malam di Hospital Putra Melaka. Kematiannya disebabkan oleh masalah jantung.

Takziah diucapkan kepada seluruh keluarganya..

Alfatihah...


Wednesday 19 January 2011

Calon BN Dun Tenang


Calon BN Dun Tenang



Mohd Azahar Ibrahim diumumkan Calon mewakili BN dalam pilihan raya kecil DUN Tenang hujung bulan ini. Beliau merupakan bendahari Pemuda Umno Labis.

Azahar Ibrahim merupakan anak kelahiran Labis Segamat berusia 39 tahun. Azahar Ibrahim mendirikan rumah tangga dengan Puan Tuty Roshizana binti Tumin berusia 31 tahun . Beliau telah dikurnikan tiga (3) cahayamata berusia 6 tahun, 2 tahun dan 7 bulan.

Beliau mendapat Diploma Pentadbiran Awam Melaka pada tahun 1993 dan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sains Politik di Portsmouth, United Kingdom dengan kepujian.

Pada tahun 2000 beliau telah memualkan kerjayanya sebagai Penolong Pentadbir Tanah Segamat hingga 2006. Selepas itu beliau telah bertugas sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit Batu Pahat Johor.

Azahar merupakan anak kepada bekas Adun Tenang dan keluarganya amat disenangi oleh penduduk disini.Bekas Penolong Pentadbir Tanah Azahar Ibrahin bakal ditentang oleh Ketua Muslimah Pas dan juga bekas guru berkelulusan dari Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang,Normala Sudirman.

SPR menetapkan 22 Januari ini tarikh penamaan calon dan 30 Januari 2011 tarikh pengundian. Pilihanraya Kecil Dun Tenang dibuat selepas kematian Allahyarham Dato Sulaiman Tapa

Monday 17 January 2011

PRK Tenang: Normala Di Kambing Hitamkan Oleh Pakatan

Apakah sudah tiada calon yang sesuai untuk bertanding di Tenang. Kenapa dicalonkan Normala untuk bertanding sedangkan PKR dan DAP mengetahui sukar untuk memenangi kerusi Dun Tenang. Kenapa perkara ini terjadi?

Normala terpaksa meletakkan jawatannya sebagai pendidik untuk bertanding di Dun Tenang. Melepaskan jawatan tetap dan melepaskan usaha murninya mendidik pelaajar sekolah hanya semata-mata mengikut arahan Parti yang sudah mengetahui kekalahan miliknya dan hanya mahu mengurangkan majoriti. Kenapa perlu membinasakan kerjaya Normala.. Normala memang merupakan seorang guru yang baik dan disayangi oleh pelajarnya.

Normala sepatutnya tidak dijadikan korban kerjaya oleh Pakatan hanya semata-mata mencari undi simpati daripada pengundi Tenang. Memang Pakatan menjadiukan Normala mangsa untuk meraih undi simpati untuk kepentingannya sahaja tanpa mengambil kira masa depan keluarga normala. Apa yang penting hanya mahu mengurangkan majoriti.. Memang Pakatan mahu meraih undi simpati

Tenang kehilangan seorang pendidik yang boleh mendidik beribu pelajar menjadi manusia cemerlang, tetapi terpaksa berhenti kerana desakan politik partinya. Adakah selepas ini ramai lagi pendidik yang akan berhenti untuk bertanding kerusi PAS.

Lim Kit Siang cakap sukar nak menang, kalaula ditakdir Normala kalah. Adakah untuk PRU 13 Nama Normala akan naik lagi sebagai calon atau ada orang lain plak yang akan jadi calon. Adakah Normala merupakan kayu pengukur unyuk melihat sejauh mana kekuatan Pakatan di Tenang.

Rata-rata memperkatakan Normala menjadi kambing Hitam oleh Pakatan dan hanya undi simpati dimainkan disini, Hanya undi simpati..... Itula yang Pakatan mainkan di Tenang... memilih untuk meraih undi simpati....

Tapi perlu diingat... Pakatan sedang meraih undi simpati daripada pengundi Dun Tenang

Calon Wanita PAS di Tenang



Calon yang dijangka2 akan bertanding di Dun Tenang. Akhirnya diumumkan oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis ceramah Pakatan Rakyat di Labis. Normala Sudirman merupakan ketua muslimat Pas Labis. Beliau juga merupakan seorang guru sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah, Segamat dan meletak jawatan pada 28 Disember 2010.

Kakitangan kerajaan yang mahu bertanding dalam pilihanraya mesti meletakkan jawatannya dulu.. itu syarat.. tetapi apa yang Normala ucapkan agak susah baginya untuk memenangi pilihanraya ini. Sekiranya dia semdiri tidak yakin dengan dirinya sendiri, adakah Normala sudah menjangka yang dia akan kalah atau dah dijanjikan sesuatu oleh Pakatan Rakyat.

Sekiranya Normala tidak bertanding, beliau tak perlu nak letak2 jawatannya sebagai pendidik. Sekarang terpaksa letak jawatan pendidik semata2 nak jadi calon. Apapun tawakal, letak jawatan dulu dan jadi calon. Kalah menang tuhan yang menentukan...

Monday 10 January 2011

Robingah Nafi Kena Rogol Oleh Majikannya

Sepanjang 8 tahun bekerja di Kediaman Menteri sebagai Pembantu Rumah menafikan majikannya merogolnya. Semuanya baik-baik sahaja, Tidak pernah ada masalah, apatah lagi perlakuan tidak senonoh terhadapnya.. kata robingah...

Sebelum ini Menteri tersebut dah buat pengakuan dan menafikan sekeras2nya tuduhan yang dilemparkan kepadanya.. ini melibatkan seluruh keluarganya mendapat aib disebabkan fitnah serupa itu... tuduhan rogol... kalau keluarga kita kena tuduhan seperti itu.. tak tahula....

Persoalannya, kenapa menteri tersebut menjadi mangsa pertuduhan2 liar ini. kalau tak silap dah 4 kes... semuanya tertumpu pada menteri tersebut.. adakah sebab menteri ini istimewa atau kerusi Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang istimewanya? Ataupun kuasa serta agensi yang ada dibawah kementerian ini menjadi rebutan semua pihak? Ataupun ada projek-projek yang istimewa terdapat dalam agensi-agensi bawah kementerian ini menjadi tarikan pihak-pihak tertentu?

Wednesday 5 January 2011

Rais Yatim Buat Penafian Bertulis Fitnah Rogol

Hari ini Rais Yatim telah membuat penafian berhubung fitnah yang dibuat oleh jutawan bloggers terhadapnya. Tuduhan jahat terhadapnya kononnya beliau telah merogol Amahnya sendiri beberapa tahun dulu.

Dalam penulisan oleh Bloggers tersebut membuat pertuduhan tetapi tidak mengemukakan bukti yang jelas dan sepatutnya Bloggers tersebut mengemukakan bukti atau fakta yang tepat. kalau dikatakan isu Menteri rogol Amahnya diambil daripada kenyataan wikileaks, tak nampak plak kenyataan daripada wikileaks. Ada ke wikileaks membuat pendedahan ini... Mungkin ada dan mungkin tiada. Dimanakan sumber yang diambil oleh bloggers tersebut berhubung kes ini.

Untuk kenyataan rasmi penafian oleh Rais Yatim boleh layari http://malaysiaaktif.com/article.php?aid=6099

Monday 3 January 2011

Fitnah Rogol Amah?

Isi lain tapi melibatkan menteri yang sama dimainkan oleh beberapa Bloggers tesohor. Terbaru isu amah yang dikatakan telah merogol orang gajinya yang didedahkan oleh Wikileaks? Dulu pasal projek juta-juta. sekarang Pasal rogol Amah. Berat tuduhan yang dibuat oleh beberapa bloggers yang mesra BN.

Adakah apa yang didedahkan oleh Wikileaks itu betul atau sengaja di reka-reka untuk menjatuhkan kredibiliti seseorang bergelar Menteri. Apakah soal saman akan dibuat selepas ini bagi membersihkan segala tuduhan yang amat berat ini. Ini bukan sahaj melibatkan individu itu sendiri malah melibatkan seluruh keluarga dan saudara mara. Ianya juga akan melibatkan dua negara.

Tapi yang peliknya kejadian itu berlaku dah lama, kenapa sekarang baru nak dikeluarkan dan adakah ada satu agenda menjatuhkan karier politik beliau. Kenapa sekarang, keapa tak didedahkan pada masa tu. Apakah Wikileaks belum dedahkan lagi perkara ini atau Wikileaks belum sempat nak dedahkan.

Kalaula kejadian rogol yang berlaku.. panjang lagila kes ini. Nak kena cr saksi lagi, ada ujian DNA ke hapa ker... banyak yang terlibat. Mungkin Amah tersebuat yang akan buat pengakuan bersumpah la kot.. susah2.... yang akan lepas tangan bloggers yang mendedahkan perkara ini dan yang akan tanggung kes ini yang dituduh, yang kena tuduh, keluarga-keluarga mereka... berapa tahun plak la kes ini dan sudah pastinya perjalanan politik beliau juga terbantut..

Harap-harap ada jalan penyelesaian terbaik antara bloggers mesra BN dengan beliau selepas ini.