Friday, 9 April 2010

Hulu selangor> Rintihan Penduduk Tempatan

Sepetang di Hulu Bernam amat menyedihkan apabila mendengar luahan hati rakyat tempatan berkenaan kesusahan yang dihadapi apabila PKR memerintah di sini. Antaranya riintihan penduduk:-

a)Sekiranya aktiviti agama yang dibuat oleh rakyat tempatan tidak akan disenangi oleh pihak PKR terutamanya apabila ianya dianjurkan oleh orang UMNO. Apabila ceramah-ceramah agama dibuat dan penceramahnya daripada ustat tempatan pun dipertikaikan, kononnya ada berbau politik. Tapi apabila ustat pilihan PKR buat ceramah, penduduk kampung termasuklah anak-anak muda yang tidak mengikutinya kerana ceramah-ceramahnya jelas berbau politik. Tak kisahla siapa pun ustat PAS ker PKR ker UMNO ker, lepas maghrib tu… biarlah ceramah agama. Nak berceramah politik boleh, tapi biarlah kena tempatnya.

b)Pernah juga PKR menganjurkan ceramah-ceramah bi balai raya dengan mentediakan makan munum untuk300 orang, tapi malangnya yang hadir Cuma 30 orang. Makanan banyak terbuang dan yang makannya siapa. Setan kot. Tapi yang bestnya, speaker-speker tu dia tala dari luar balai raya, motifnya untuk orang lain dengar… mana tidaknya, yang dating tak sampai 30 orang. Itula cara yang dia buat.

c)Sedih apabila PKR sering merasakan orang lain semuanya salah, tak betul dan hanya dia sahaja yang betul. Pandai berkata-kata memang dia pandai. Bila berlaku sesuatu kematian, batang hidung pun tak nampak. Walaupun yang meninggal tu penyokongnya sendiri. Apa punya fahaman yang dipegang oleh PKR ni. Disebabkan orang kampung Serigala (Hulu Bernam) bagus didikan agamanya, tidak membeza-bezakan simati apa parti politiknya. Sama-sama oarang kampung membantu, lagipun ianya fardhu kifayah. Dah nama hidup sekampung, sakit demam orang kampung jugalah yang membantu.

d)Kebiasaannya aktiviti-aktiviti orang kampung buat dibalai raya terutama kaum wanita terhalang disebebkan balai raya tidak dapat digunakan kerana dibawah kuasa PKR. Balai raya tidak digunakan dan dibiarkan kosong. Aktiviti tidak dapat digunakan kerana takut aktiviti berbau politik. Apa sebabnya …..Sebabnya PKR ingin menunjukkan kuasanya yang hebat. Dahulunya balai-balai raya digunakan oleh semua orang kampung tanpa bayaran 5 sen pun.. Sekarang apa yang dibuat oleh PKR… 1 sen pun dia nak sedut dari orang kampung.

No comments:

Post a Comment