Saturday 9 January 2010

PAS,PAS,PAS Kamu jangan Nakal..................

Semakin hari semakin ramai pihak-pihak yang ingin melihat perpaduan kaum di negara hancur. Mereka hanya memikirkan cara dan bagaimana hendak melihat Malaysia yang dahulunya hidup aman damai tanpa mengira kaum,bangsa, warna kulit dan agama.Adakah ini mainan politik sesetengah pihak yang cuba menjahanamkan kemakmuran negara untuk kepentingan diri serta keluarganya? Adakah ini caranya bagi melihat perpaduan kaum serta kebebasan beragama dinegara ini berkecai.


Kebakaran Gereja Desa Melawati Kuala Lumpur





Demontrasi aman Masjid kampong Baru


Masjid kampong Baru

Terlalu awal jika hendak dikaitkan dengan kemarahan masyarakat islam mengenai isu kalimah ALLAH dengan kebakaran Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur.Terlalu awal bagi pihak tertentu menunding jadi kepada islam dengan memperlihatkan islam itu ganas. Pihak-pihak tertentu wajib bertanggungjawab agar isu ini tidak merebak dan imej negara islam,Malaysia tercalar dimata dunia. Jangan isu ini menjadi perhatian negara luar untuk campurtangan dan menjadikan sasaran......

Demontrasi aman yang dilakukan dalam perkarangan masjid selepas solat jumaat telah dilakukan bagi membantah perggunaan kalimah Allah. Demonstrasi membantah isu yang diadakan di Masjid Negara,Kampung Baru Kuala Lumpur dan masjid negeri di Shah Alam.Terima kasih pada mereka yang terlibat.

Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, hantar sepucuk surat kepada Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur mengenai isu penggunaan kalimah Allah untuk mengadakan perbincangan. Bagus laa tindakan tu.. Tapi aku tunggu-tunggu jugak kalau-klaau nak buat demontrasi jalanan. Boleh baring-baring tengah jalan. Orang PAS suka baring-baring dan tidur atas jalan.Bila demontrasi PAS buat semua kaum datang... cina pun datang, india pun datang... Bila takbir dilaungkan... cina ke india ker semua laung Allahu akbar. Takbir... Allahu akbar...mungkin bagi diaorang boleh gunasama kot kalimah Allah.Kena betulkan tu. Bilah Ngeh baca ayat suci Alquran bunyi calar balar pun masa ceramah PAS.. tak pa plak. tak kira mempersenda agama islam plak..entahlaa PAS... Apa yang korang perjuangkan pun aku tak tahu. Ulama PAS doa kecelakan sesama islam pun tak pa... kalau cakap celaka,celaka,celaka oleh ulama PAS pun tak pa. Mana satu tah yang betulnya

Wednesday 6 January 2010

Kelantan lelong kota Serambi Mekah

Apa dah jadi dengan negeri serambi Mekah. Baik jual jer atau timbang kati kat negeri lain. Mana tahu selangor, kedah atau P.Pinang nak beli. sebabnya, kelantan dah mula malu dengan masalah maksiat yang semakin hari semakin subur dan bertambah maju.. biarpun negeri tak maju-maju.19 tahun Kelantan yang berada di bawah pemerintaan PAS telah terkenal dengan pembangunan Kota Serambi Maksiat, peneraju terkenal dgn Negeri paling miskin dan mundur, peningkatan kes rogol kepada 25%, paling kotor menjijikan, sampah sarap, saluran najis, saluran air yg tak terurus, air bersih yg banyak tercemar, kota Berhala Buddha serta dan terbaru saman sebanyak RM800 juta.

Selama ini anak-anak mudanya terkenal dengan lemah lembutnya, adat ketimurannya,terkenal dengan ilmu agamanya hancur apabila kes-kes maksiat yang didedahkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan sepanjang bulan ini. Pendedahan seramai 30 pasangan, termasuk 15 pasangan muda di tangkap kerana berkahwat . Itu yang didedahkan oleh Jabatan hal ehwal Agama Islam di bandar-bandar. Ini belum kes-kes di kawasan luar bandar Kes jenayah rogol di Kelantan juga telah meningkat terutamanya bawah umur semakin membimbangkan apabila kelantan mencatatkan peningkatan 25 peratus. Ini kes yang direkod. kes yang tak rekod tak tahu laaa yg tak rekod. Belum lagi masuk kes cekuduk dalam ladang sawit.Menurut Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata 60 peratus daripada jumlah kes rogol dilaporkan sepanjang tahun lepas di negeri itu membabitkan mangsa berumur bawah 16 tahun.

Melalui hasil kajian, Abdul Rahim berkata polis mendapati kejadian kes rogol berlaku disebabkan pergaulan bebas dan faktor suka sama suka. Anak-anak muda kelantan mempunyai semangat ingin mencuba sesuatu yang baru. Sekiranya anak-nak muda ini belum merasai cekuduk. Nescara semangat ingin tahu tu la yang membuatkan mereka cekuduk. Maka bertambah-tambah la kes maksiat di kota serambi mekah. Adakah ini yang disematkan dalam jiwa anak-anak muda Kelantan. Patutla kes-kes maksiat di Kelantan meningkat. Bermula dari yang tua sampailah bawah umur pun buat maksiat.Ini boleh dikatakan agak bagus juga, sebabnya rasa-rasanya tiadanya kelab malam, dangdut ker apa ker kat sana. Pusat-pusat karaoke tak tahu ada ker tak ada. Kena haram kot. Kalau la tempat-tempat cam tu ada kat kelantan.. rasanya makin banyak kot masalah sosial yang tak dapat dikawal oleh kerajan PAS kelantan.

Kerajaan PAS sepatutnya prihatin serta memandang berat masalah ini daripada menunding jadi menyalahkan pihak lain berlakunya masalah sosial di Kelantan. Adakah PAS terlalu sayangkan politik hinggakan tanggungjawab kepada rakyat terabai.Apakah peranan sekolah-sekolah agama rakyat dikelantan tidak menitikberatkan masalah ini? Adakah pihak Polis yang bersalah? Adakah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan terlalu rajin membuat serbuan?

Monday 4 January 2010

Kalimah Allah!!! PM menghadap Agong


Dato' Seri Najib akan mengadap Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja dalam tempoh terdekat ini bagi menjelaskan isu berkaitan penggunaan kalimah Allah yang menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini. PM memandang isu ini amat sensitif bagi masyarakat umat islam di negara ini dan serata dunia. PM juga berharap agar masyarakat islam bertenang dan bersabar dan berjanji akan menyelesaikan perkara ini.

Terima kasih kepada semua masyarakat islam,parti-parti politik dan juga NGO yang membuat bantahan terhadap penggunaan Kalimah Allah oleh agama lain serta pihak-pihak tertentu bagi kepentingan mereka. Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Gereja Katholik, Herald - The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya. Kenapa mereka perlu menggunakan Kalimah Allah? Kenapa ALLAH? Beratus nama tuhan-tuhan di seluruh dunia?Dah tak ada nama tuhan lain ke yang mereka nie nak ikut. Adakah ini cara terbaik bagi menghina Islam, memecah belahkan umat Islam? Adakah ini yang dijadikan tali pengukur untuk melihat sejauh mana kekuatan islam di Malaysia dan dunia. Adakah ini juga yang dijadikan tali pengukur PAS samaada melihat isu ini sensitif bagi masyarakat islam atau hanya mainan politik. Adakah mereka merasakan umat islam di Malaysia telah berpecah- belah disebabkan oleh Parti Politik?Adakah mereka merasakan PAS akan menyokong mereka kerana PAS mempunyai ramai Ulama yang boleh menyokong mereka?

Ternyata mereka silap dan seluruh umat islam bersatu hati tanpa mengira fahaman politik telah bersatu bagi menghalang kalimah Allah digunakan oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab. Kesucian agama islam wajib dipelihara selama-lamanya. Sudah sampai masanya umat islam seluruh malaysia melihat ini sebagai cara pihak yang tidak bertanggungjawab memecah belahkan masyarakat islam di Malaysia. Sudah sampai masanya Masyarakat islam berpadu tenaga,bersatu hati dan mengukuhkan perpaduan agar negara kita dan agama rasmi kita tidak dipijak dan dirampas oleh mereka-mereka yang bertanggungjawab.