Thursday 15 April 2010

Hulu Selangor>P. Kamalanthan VS Zaid Ibrahim


Calon Barisan Nasional P.Kamalanthan



TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumunkan calon yang akan bertanding bagi kerusi P094 Hulu Selangor daripada MIC iaitu P. Kamalanthan. P. Kamalantan merupakan ketua penerangan MIC pusat.Pengumuman dibuat di Command Centre BN di rawang selangor.

Majlis yang berlangsung dalam suasana yang harmoni dan semangat setiakawan antara kawan antara parti komponen amat jelas dirasai. walaupun dalam keadaan yang terimpit-impit dan panas, namum semua menteri, jentera parti dan orang ramai setia menunggu smabil menyanyikan lagu negaraku serta lagu keramat lagu Barisan Nasional.

Hari ini kelihatan Presiden MIC Dato seri Samy Vellu tersenyum riang dan sempat berucap dengan semangat seklai selepas TPM mengumumkan calon. Semangat setiakawan inilah yang patut ditanam dalam diri setiap rakyat Malaysia agar keharmonian tetap dipelihara sampai akhir hayat.





No comments:

Post a Comment