Tuesday 21 April 2009

Keterbukaan Perlu Ada Tutupnya

Apa baiknya keterbukaan atau kebebasan yang diberikan menyebabkan kesusahan dan tidak selesanya kepada orang lain. Sekiranya keterbukaan dan kebebasan terutamanya media cetak atau elektronik digunakan tanpa kawalan dan pemantauan yang sihat…sudah pastinya menyebabkan kesusahan kepada orang lain.

Dengan penyebaran fitnah, penipuan,mencaci, mengutuk,menghina serta memalukan orang lain serta keluarganya menggunakan saluran media ini dianggap suatu yang murni. Murni ke? Guna saluran media untuk berpolitik sekarang makin canggih. Baca surat khabar ker blog ker tak abis-abis dengan isu kutuk, fitnah,dakyah, menipu ke apa ker asalkan hatinya bahagia, boleh buat Negara kacau bilau, boleh buat orang melayu bermusuh dan berpuak-puak, boleh buat orang masuk syurga asalkan register nama dalam partinya serta boleh mengelirukan orang dengan fatwa-fatwanya. Asal saja politiknya suksesss.

Hidup dengan aman, tenteram, bahagia, takder kacaubilau dibumiku MALAYSIA tak boleh ker. Berpolitik sehingga rakyat hidup dalam kesusahan,tak tenang, jalan sesak sebab ada rusuhan atau perarakan. Buat kecoh sepanjang tahun suruh orang tidak lupa yang korang sedang berpolitik. Yang susahnya orang lain.

Bila diberi kebebasan…. salah gunala pulak. Bila disekat sedikit kebebasan, kata kerajaan tidak teluslaa tak terbuka laa, Sebab tu dalam keterbukaan pun perlu ada tutupnya. Tak bolehla nak bagi semua kebebasan. Kerajaan perlu simpan sedikit keterbukaan tu untuk kesenangan rakyat. Adanya akta mesin cetak tu merupakan panduan agar penyebaran unsur-unsur fitnah yang boleh menganggu gugat keamanan Negara dapat dikawal. Saranan kepada kerajaan agar diperketatkan lagi undang-undang mesin cetak agar rusuhan seperti di Thailand tidak berlaku di Malaysia. Adapun sikit jer…berlaku kat Stadium bola sepak Kota Bharu.. main bakar-bakar kenderaan…. Nasib baik tak bakar Stadium….Kalau bakar stadium....boleh dapat stadium baru ker? Yang buat salah, tabor fitnah, menghasut, menyebabkan tercetusnya rusuhan dan kacau bilau kat Negara ini bolehla registerkan mereka kat Sekolah Menengah ISA, Kamunting Perak. penginapan dan makanan ditanggung.

Sunday 12 April 2009

KABINET BARU 2009

PERDANA MENTERI
- Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI
- Tan Sri Muhyiddin Yassin


MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - Perpaduan & Pengurusan Prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - Perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - Hal Ehwal Islam



TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah

MENTERI KEWANGAN I
Datuk Seri Najib Tun Razak

MENTERI KEWANGAN II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)

MENTERI PELAJARAN
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)

MENTERI PENGANGKUTAN
Datuk Ong Tee Keat
Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)


MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)

MENTERI DALAM NEGERI
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
Datuk Seri Dr Rais Yatim
Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Datuk Seri Shafie Apdal
Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)

MENTERI PENGAJIAN TINGGI
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Datuk Mustapa Mohamed
Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Datuk Douglas Uggah Embas
Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)

MENTERI PELANCONGAN
Datuk Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS INDUSTRI
Datuk Noh Omar
Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)

MENTERI PERTAHANAN
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)

MENTERI KERJA RAYA
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)

MENTERI KESIHATAN
Datuk Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)

MENTERI BELIA DAN SUKAN
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)

MENTERI SUMBER MANUSIA
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL-EHWAL PENGGUNA
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)

MENTERI LUAR NEGERI
Datuk Anifah Aman
A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)

Saturday 4 April 2009

Ngeh persenda ucapan Salam, pemimpin dan penyokong Pas bersorak sorai















KIRA-KIRA jam 10.35 Isnin malam, Presiden Pas Hadi Awang mengumumkan pencalonan Nizar Jamaluddin, bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang di depan beberapa ribu penyokong di padang Taman Kota Jaya, Simpang, Taiping.Jelas sekali, kelulusan dan permit polis menggunakan Padang Kota digunakan sebaik mungkin oleh Pas dan wakil-wakilnya. Pemimpin DAP dan PKR selain Hadi mengambil kesempatan memancing undi sambil mencemuh. menfitnah,memutar belit fakta dan tentunya mencari kesalahan kerajaan saja.Namun apa yang Coleteh agak terkilan adalah apabila mendengar ucapan Salam semua pemimpin itu kepada hadirin dalam pelbagai bahasa.Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Wanikam, Ni hau ma – tentunya semuanya itu baik bagi mengambil hati hadirin yang majoriti kaum Melayu sedangkan pengundi Cina dan India boleh dikira.Apa yang dikesali adalah apabila Ngeh yang juga Pengerusi DAP Perak memulakan ucapan dengan memberi salam. Dia ikut suka dia jer. Beliau amat sukar untuk menyebut Salam sambil berkerut-kerut dahi.Tapi dia belasah semacam jer bunyinya. Sangat pelik bunyinya. Susah nak eja apa yang disebut oleh Ngeh itu. Apa yang pasti Ngeh main hantam saja. Sungguh aneh dan memalukan.Tapi pemimpin dan hadirin berkopiah dan mak aji Pas bersorak sorai, gembira kononnya Cina DAP dah terima Islam dan boleh terima Melayu, dah boleh makan sepinggan.Bagi wakil DAP tu, salah sebut Salam mungkin bukan penting sangat. Yang penting orang Pas Bukit Gantang suka. Tapi jangan lupa DAP sering membantah sekeras-kerasnya apabila Azan dikumandangkan di masjid-masjid dan surau-surau.Salam yang diberikan oleh Ngeh tu salah sebutannya. Terlalu berserabut. Anda boleh fahamla, jika menyebutnya sekadar mahu menunjuk-nunjuk . Tapi orang Cina Islam, ok pulak fasih dan betul mereka menyebutnya.Apa yang pasti lain bunyinya orang Islam dan bukan Islam menyebut kalimah Allah dan ucapan Salam.Tapi kalau setakat nak mengambil hati orang Melayu dan Pas pun buatlaa latihan “sebutan” . Ramai ustaz dan ustazah di kalangan pemimpin Pas yang boleh ajar cam mana nak sebut perkataan Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh.. dengan baik.Tapi diaorang berlagak bodoh jer. Tidak peka langsung Seolah-olah tak ada apa yang berlaku. Tak tahula pula apa hukum orang kafir memberi Salam kepada orang Islam. Kalau orang kafir memberi salam Assalamualaikum kepada orang Islam, apa yang harus kita jawab. Bagi mereka yang tahu hukum-hakam Islam bolehlah menjawab dengan betul.Tapi bagi yang lain pasti belasah jawab macam biasa jer.Apakah tujuan di sebalik ucapan Salam pemimpin DAP itu? Apakah makna Salam Ngeh itu? Adakah ada kepentingan politik ataupun hatinya ikhlas mahu mengenali Islam atau ingin mengaburi pemikiran orang islam Pas Bukit Gantang?Celoteh cadang agar Hadi atau ustaz dan ustazah Pas membuat kelas pengucapan Salam dengan sebutan yang betul kepada wakil Cina dan India. Fikir-fikirkanlah warga Bukit Gantang

KEMANA TUJUAN YANG BERHORMAT FAIRUS


Coleteh Bukit Gantang (2)“KATA DULANG PAKU SERPIH MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH”

Kemelut politik kedah dan perak semakin haru-biru dengan pelbagai masalah dalaman. Belum lagi reda keluar pulak Fairus yang letak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.Tindakan berani ataupun terlalu cepat melatah boleh menyebabkan keadaan gabungan pembangkang semakin rapuh dan goyah. Apa yang telah berlaku sebenarnya.Belum lagi habis pilihan raya Batang Ai, Bukit Selambau dan Bukit Gantang.Alangkah baiknya sekiranya Fairus letak jawatan sebagai timbalan Lim Guan Eng selepas pilihan raya.

Siapa pulak yang akan menggantikan tempat Fairus. Adakah ada lagi muka melayu yang layak untuk menjawat jawatan tersebut? Pedih, pilu, sedih,geram,terpaksa.......Adakah itu yang dirasai sekarang oleh Fairus. Kalau setakat ambil cuti rehat pun tidak akan dapat mengubati keperitan melepaskan jawatan Timbalan Ketua Menteri dan Exco. Berapa gaji dan elauan Timbalan Ketua Menteri 1 dan Exco. Terpaksa melepaskan semua. Apakah semua ini Fairus? Kenapa ini terjadi? Ada udang sebalik mee ker. Mee Udang kat Kuala sepetang adalah.Ferari Hijau budak Melaka belum rasa lagi mee udang.Apapun Fairus... penjelasan perlu dibuat agar kestabilan dan kekuatan Pakatan Rakyat kekal.Berapa kerat sangat melayu yang ada dalam Kerajaan Pulau Pinang. Adakah Abdul Malik layak menjawat jawatan tersebut. Adalah jawatan tersebut akan dikosongkan atau dijawab oleh Ramasamy.

Fairus….teruskan perjuanganmu menegakkan orang melayu.Malangnya gosip orang politikus kata Fairus sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkaitan kes suapan dan penyelewengan kuari di kawasan DUN Penanti.Keadaan diburukkan lagi apabila cara Fairus menjalankan tugas seharian di pejabat TKM 1 dipertikaikan ramai pihak.Di kawasan undi pula, rakyat yang tampil membuat aduan terkejut dengan kelembapan tindakan diambil bagi menyelesaikan masalah mereka. Kini jelas sekali lagi Anwar Ibrahim sudah tersalah pilih calon pemimpin. Tamparan hebat kepada penasihat PKR dimana terlalu sibuk mencari salah orang lain hinggakan terlupa pergolakan didalam rumah sendiri yang amat besar sedang melanda.Adakah ini yang perlu difahami didalam parti campuran Pakatan Rakyat? Renung-renungkanlah

Coleteh Bukit Gantang : Mengapa Baiki Jalan Dekat Pilihan Raya?


Coleteh Bukit Gantang 1 :Masa rakan panglima jalan-jalan dari Bandar Taiping nak Simpang ...Konon-kononnya nak minum laaa..Sesak pulak jalan kat situ… ingatkan ada kemalangan ker?,kereta langgar lori bawa babi ker apa ker… rupa-rupanya ada plak kerja naik taraf dan memperbaiki jalan laa pulak. Takkan laaa bila nak pilihanraya ni.. macam-macam pembangunan ala ‘mee segera’ plak. Waktu ini laa plak nak baiki jalan. Adakah ini yang dikatakan nak pancing undi? .Kononnya kerajaan prihatinla pada rakyat.. bagi kesenangan kepada rakyat.Buatlaa sikit-sikit pembangunan, nak tunjukkan pada rakyat kerajaan kita mampu buat. Kerajaan apa? Kalau bukan Kerajaan Barisan Nasional.Tapi nak buat cam manakan...masa diluluskan projek membaiki jalan tu... tarikhnya berdekatan laa plak dengan tarikh pilihan raya. Dah orang kata kerajaan ambil kesempatan ni bagi projek repair jalan semata-mata nak pancing undi.Kalau tak ada pilihan raya pun...Kerajaan tetap akan membaikpulih jalan tu.. takkan laa nak tunggu hancur, berlubang ker hapa ker, baru nak baiki. Kalau aku tengok jalan tu memang patut pun di naik taraf. Aku lalu tadi pun hangin gak...bergegar tu keta aku. Nasib baik gua pakai spring n absorber jepun kedai potong... tak derlaa bergegar sangat..sedap jer..cam mana kalau ferrari hijau Budak Melaka lalu situ. Tak ker tercabut bumper bila dia lalu 8 kali kat jalan tu.... dah sampai masa jalan tu kena repair... repair jer laa.
Peringatan kepada warga Bukit Gantang ....jangan mudah dengar khabar angin dan dakyah parti yang menentang Kerajaan BN... Pembangunan BN tidak mengira politik kalu hendak buat dibuat jua...terbukti pembinaan Landasan Berkembar Keretapi dan Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang tetap diteruskan......... fikir-fikirkan la

Penduduk mahu lihat perubahan, pembangunan

Sepetang bersama rakan duduk di pekan Kuala Sepetang sambil melihat ikan, udang dan kerang dinaikkan dari jeti di situ.Keadaan agak sibuk sikit dengan aktiviti harian, termasuklah lori-lori yang keluar masuk membawa hasil tangkapan untuk pasaran tempatan. Tak tahulaa hasil tangkapan ini dijual di sekitar Pulau Pinang, Ipoh ataupun Kuala Lumpur.

Walaupun kekurangan infrastruktur tetapi penduduk di sekitar Jeti Kuala Sepetang masih meneruskan aktiviti harian mereka.Berehat seketika sambil minum tea Cina n kopi memang menyeronokkan sambil berbual-bual dengan pengunjung kedai. Walaupun kurang fasih berbahasa Melayu, namum hentam sajalaa janji sama-sama faham.Rata-rata penduduk di situ memerlukan perubahan agar kepentingan anak-anak mereka terjamin.

Agak terkejut juga apa bila isu perubahan kuasa di sebut-sebut. Sebab itulah mereka mahu melihat Datuk Seri Najib Razak memainkan peranan menstabilkan terus ekonomi negara.Di samping itu juga.. mereka menyambut baik dua tokok negarawan iaitu Tun Mahathir dan Pak Lah yang sanggup berganding bahu bekerjasama demi kepentingan rakyat.

Namun apa yang ramia tidak faham mengapa Nizar Jamaludin dicalonkan oleh tampuk pimpinan Pas. Nizar pernah pegang jawatan Menteri Besar Perak dan DUN Pasir Panjang.Banyak tu gaji dan elaun diterima Nizar. Bila penamaan calon yang diumumkan tempoh hari, ramai terkejut bila anak tempatan Bukit Gantang tidak terpilih.

Adakah tiada calon yang layak bertanding atas tiket Pas atau BNNizar mahu menambah lagi gaji yang sedia ada serta kuasanya.Maklumlah bertanding kerusi Parlimen ni, boleh pergi Parlimen, dapat elauns lagi. Apakah yang dimahukan Nizar dan Pas.Semasa mengumumkan calon PAS yang bertanding di Parlimen Bukit Gantang di Padang Kota tempoh hari, rata-rata yang hadir bukanlah penduduk setempat. Semuanya orang luar. Mana perginya orang tempatan.

Calon tempatan pun tak ada, inikan pula penduduk tempatan.Apa pun angin perubahan amat dinantikan baik di Kuala Sepetang mahupun pengundi di Terong, Cangkat Jering.