Monday 19 April 2010

Hulu Selangor> Dendan PAS Zaid Tolak Hudud

Zaid Ibrahim pernah suatu ketika sekitar tahun 2003 telah menimbulkan kemarahan semua penyokong PAS apabila failkan saman terhadap kerajaan negeri kelantan berhubung Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hukum Hudud) yang didakwa tidak sah mengikut Perlembagaan Persekutuan. Tapi kejab jer... Zaid tarik balik .

Tapi dengan perbuatan Zaid Ibrahim telah dikecam hebat oleh pemimpin-pemimpin PAS yang menyifatkan tidak pernah ada orang islam yang sanggup mencabar hukum Allah di Mahkamah. Orang PAS begitu marah dan sampai sekarang peristiwa itu masih melekat dalam kepala hotak orang PAS.

Orang PAS tidak akan bersekongkol dengan orang yang tolak Islam.. Orang PAS tidak akan menyokong Zaid Ibrahim atas sebab dia sanggup cabar hukum Allah. Orang PAS hanya boleh bersekongkol dengan DAP dan DAP sah2 tolak islam.. tapi macam mana PAS boleh sokong. PAS pulak tidak akan menyokong peminum arak tegar.. itulah dilema PAS sekarang apabila berada di Hulu Selangor. Orang PAS susah bekerja disini kerana bersubahat dengan wakil pemimpin yang tegar botol..

Dendan orang PAS terhadap zaid semasa failkan saman terhadap kerajaan negeri mengenai Hukum Hudup masih segar dalam sanubari orang PAS.

No comments:

Post a Comment