Sunday 11 April 2010

Hulu Selangor > Nasib Orang Asli Terbela di Bawah Barisan Nasional



SHAH ALAM, 11 April: Kerajaan Negeri Selangor amat prihatin dan memberi perhatian yang serius terhadap taraf sosioekonomi Orang Asli di negeri ini yang seolah-olahnya tidak dibela oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Justeru, masyarakat Orang Asli termasuk di Hulu Selangor merasakan nasib mereka lebih terbela di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah negeri sekarang.

Sehingga hari ini, masih banyak terdapat kampung-kampung Orang Asli tidak mendapat bekalan elektrik, air minuman bersih, dan jalan raya di mana Jabatan Hal Ehwal Orang Asli di bawah Kerajaan Persekutuan gagal menyediakan dana sebelum ini.

Untuk itu, kerajaan negeri merancang untuk memastikan pembangunan sosial dan ekonomik yang bersepadu, melalui program-program pendidikan golongan dewasa, skim pinjaman secara kecil-kecilan, dan program membangunkan diri. Sumber Harakahdaily.net

Komen:

Apa punya pekaklah kerajaan pakatan ni, mengesahkan bahawa kehidupan orang asli lebih terbela dibawah Pakatan Rakyat. Apa yang Pakatan Rakyat selama 2 tahun perintah selangor. Apa yang mereka berikan kepada rakyat tempatan di sini. Kalau takat nak berpolitik tumpang tuah orang lain, baik tak payah. Kalau ditengok gambar projek Risda untuk projek kelapa sawit untuk orang asli tu, lama dah kerajaan sediakan. Pokok kelapa pun dah boleh tuai hasil, entah2 separuh umur Menteri Besar?

Nasib orang asli lebih terbela dibawah kerajaan Barisan Nasional dan rata-rata orang asli disini amat berterima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional keraja prihatin dengan nasib orang asli serta memberi layanan yang sama. apa yang penting ekonomi orang asli disini bertambah baik.

Aku pun tak tahu macam mana kerajaan pakatan boleh buat kenyataan macam ni. Tolong la turun padang dan masuk kat kg2 orang asli nie. Banyak dah projek-projek kerajaan Barisan Nasional buat demi keselesaan rakyat.

Ini baru sikit mengenai orang asli, banyak lg projek-projek orang asli yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional. Tapi macam biasa, Pakatan akan ambil gambar dengan muak-muak sekali dan bg tahu projek tu diorang yang buat.

2 comments:

  1. Demi perpaduan kami mahu Tan Sri Dato Hj Muhd Taib sebagai calon MP Hulu Selangor........jika setuju sila klik katsini

    ....jika tak setuju pula klik katsini


    BN jamin menang.....

    ReplyDelete
  2. Hashim, tak kesah sapa2 yg bertanding..Yang penting Pucuk Pimpinan Parti kita sokonggg ..

    ReplyDelete