Showing posts with label calon BN prk hulu selangor. Show all posts
Showing posts with label calon BN prk hulu selangor. Show all posts

Thursday, 15 April 2010

Hulu Selangor>Permohonan Qazaf Anwar Ditolak

ANWAR Ibrahim bersama Wan Azizah serta anaknya, Nurrul Ilham (kanan) berjalan keluar meninggalkan pekarangan Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 14 April - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal mendapatkan perintah supaya pihak pendakwa syarie memulakan prosiding qazaf terhadap bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Ketua Pembangkang itu.

Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Mohd. Shukor Sabudin yang membenarkan bantahan awal pihak responden untuk mengetepikan permohonan tersebut.

Responden terdiri daripada Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsudin Hussain; Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom. Utusan

Komen

Anwar semalam semasa ceramahnya menyentuh soal ini dengan tersenyum-senyum. Mana tidaknya, isu ini yang akan dimainkan dalam ceramah-ceramahnya apabila melabelkan mahkamah syariah dan mahkamah-mahkamah lain sekali dah dibeli oleh BN oleh UMNO. Dengan muka seposen tahap cipan memberi tahu yang keputusan mahkamah tidak memihak kepadanya. Buat reaksi orang terkejut dengan keputusan mahkamah. Tapi dengan selamba dia bagi tau yang mahkamah UMNO nie hendah mengaibkan dia lagi serta seluruh keluarganya.

Sebenarnya Anwar sudah tahu yang kes nya akan ditolak dalam mahkamah syariah, apa yang dia mahukan hanyalah keputusan mahkamah tu diketahui oleh seluruh rakyat malaysia. Kononnya dia dan keluarga akan di aibkan lagi dengan politik UMNO. Ini jer yang dia nak.

Tapi apapun game yang dia buat, rakyat sudah tahu siapa anwar, Rakyat sudah tidak termakan dengan pembohongan yang dibuat oleh pakatan. Rakyat sudah bijak menilai. Dulu mungkin rakyat kesian dengan anwar, tapi sekarang anwar sedang lari dari keadilan. Kalau betul la dia tak bocorkan orang, Bersumpahlah, junjung quran, buat live sambil ditemani oleh ulamak-ulamak seluruh negara. Nak bagus lagi bawa ulamah seluruh dunia. Tapi tak buat.... kenapa tak buat.... takut muntah darah.... Berani kerana benar..

ANWAR CITER JER KEADILAN TETAPI TAKUT KEPADA PENGADILAN.....

Monday, 12 April 2010

Hulu Selangor> Ceramah Dr Pronthip Hulu Selangor


Dr Pornthip dengan imej warna warni


Pakar patologi terkemuka Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand tidak akan hadir memberi keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock apabila ia bersambung pada 20 April ini, menurutnya, kerana 'tekanan politik' dari kerajaan Malaysia.

Macam-macam alasan yang diberikan, kononnya kerajaan Thailand telah dinasihatkan oleh Kementerian Luarnya supaya jangan ke Malaysia, kerana dikhuatiri akan mengalami maslah untuk masuk. Ini disebebkan oleh arahan daripada pegawai kerajaan malaysia secara tidak rasmi. Apa la guna alasan bodoh nie. Setahu akula hubungan Malaysia dengan Thailand amat baik sekali. Nak masuk thailand ker nak masuk malaysia ker tiada masalah, asalkan ko ada dokumen perjalanan yang sah.

Apa masalah Pornthip nie, dah malau-malu alah ker kerana buntu " hipotisisnya" sebelum ini mengatakan 70% Teoh dibunuh. Hipotisis Pornthip tidak tepat sama sekali. Terpaksala berbohong kerana dah dapat wahyu daripada ketua-ketua pakatan untuk menyalahkan kerajaan Malaysia. Hujah yang tidak cukup kuat untuk melawan kebenaran.Apapun kaedah yang digunakan untuk mengalih perhatian rakyat terhadap perbicaraan kes liwat Anwar dengan wujudkan isu lain termasuklah Dr Pornthip punya lakonan, rakyat masih ingat dan masih setia mengikuti perkembangan kes liwat Anwar..

Sunday, 11 April 2010

Hulu Selangor > Nasib Orang Asli Terbela di Bawah Barisan Nasional



SHAH ALAM, 11 April: Kerajaan Negeri Selangor amat prihatin dan memberi perhatian yang serius terhadap taraf sosioekonomi Orang Asli di negeri ini yang seolah-olahnya tidak dibela oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Justeru, masyarakat Orang Asli termasuk di Hulu Selangor merasakan nasib mereka lebih terbela di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah negeri sekarang.

Sehingga hari ini, masih banyak terdapat kampung-kampung Orang Asli tidak mendapat bekalan elektrik, air minuman bersih, dan jalan raya di mana Jabatan Hal Ehwal Orang Asli di bawah Kerajaan Persekutuan gagal menyediakan dana sebelum ini.

Untuk itu, kerajaan negeri merancang untuk memastikan pembangunan sosial dan ekonomik yang bersepadu, melalui program-program pendidikan golongan dewasa, skim pinjaman secara kecil-kecilan, dan program membangunkan diri. Sumber Harakahdaily.net

Komen:

Apa punya pekaklah kerajaan pakatan ni, mengesahkan bahawa kehidupan orang asli lebih terbela dibawah Pakatan Rakyat. Apa yang Pakatan Rakyat selama 2 tahun perintah selangor. Apa yang mereka berikan kepada rakyat tempatan di sini. Kalau takat nak berpolitik tumpang tuah orang lain, baik tak payah. Kalau ditengok gambar projek Risda untuk projek kelapa sawit untuk orang asli tu, lama dah kerajaan sediakan. Pokok kelapa pun dah boleh tuai hasil, entah2 separuh umur Menteri Besar?

Nasib orang asli lebih terbela dibawah kerajaan Barisan Nasional dan rata-rata orang asli disini amat berterima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional keraja prihatin dengan nasib orang asli serta memberi layanan yang sama. apa yang penting ekonomi orang asli disini bertambah baik.

Aku pun tak tahu macam mana kerajaan pakatan boleh buat kenyataan macam ni. Tolong la turun padang dan masuk kat kg2 orang asli nie. Banyak dah projek-projek kerajaan Barisan Nasional buat demi keselesaan rakyat.

Ini baru sikit mengenai orang asli, banyak lg projek-projek orang asli yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional. Tapi macam biasa, Pakatan akan ambil gambar dengan muak-muak sekali dan bg tahu projek tu diorang yang buat.

Friday, 9 April 2010

Hulu Selangor> PAS Letak Calon

Ura-ura mengatakan PAS akan meletakkan calonnya untuk PRK P094 Hulu Selangor. Berita ini terdengar apabila beberapa orang kampung di Hulu Bernam inginkan PAS meletakkan calonnya. Tapi kalau ikut logik pakatan, kalau kerusi itu kerusi PKR, calon PKR yang akan bertanding.

Kebarangkalian mereka mahukan PAS bertanding di Parlimen Hulu Selangor, Ada yang tidak berpuas hati apabila pakatan akan melatakkan calonnya untuk bertanding di Hulu selangor. Nak jer aku cakap, bagus kalu PAS yang bertanding. Sebab, mana2 PRK yang banyak buat kerja orang-orang PAS, Muslimah PAS sanggup tinggalkan anak-anak di rumah demi berkempen meraih undi untuk menang PRK. Muslimah PAS juga sanggup tinggalkan suami di rumah untuk berkempen. Demi kemenangan Pakatan sanggup buat apa sahaja. Mungkin itu yang cuba diluahkan oleh beberapa orang pakcik di kampung ini.

Tapi hakikatnya, PKR akan letak calonnya untuk bertanding kerusi P094 Hulu Selangor, Orang-orang PAS berkopiah putih yang ada hijau sikit bolehla bersiap untuk gantung poster2 Karpal Singh, Ngeh, Lim Kit Siang, Anwar. Nak gantung gambar Teoh pun boleh gak kt tengkuk tu sambil laungkan Takbir!!! Bela teoh... entahlaa sakit mata bila nengok masalah diorang nie.

Wednesday, 7 April 2010

Israel 4 all vs Pas 4 All= ISRAEL 4 PAS




Kalau dilihat lebuih kurang sama jer slogan yang digunakan oleh PAS. Apa laa Israel nie... ada dia tiru slogan PAS. PAS guna slogan PAS 4 all. Israel pun ikut juga, guna pendekatan yang sama Israel 4 All.

Mungkin kebetulan 4 all tu diguna sama pas dan israel. Masalah colour pun sama gak. warna hijau jugak yang Israel guna. Siapa yang dulu guna slogan 4 all nie. siapa tiru sapa. Israel ker PAS yang tiru.

Adakah PAS nie idola Israel hingga sanggup guna slogan 4 All. Di Hulu Selangor, kita boleh melihat banyak poster atau sepanduk PAS 4 ALL yang akan dibawa oleh muslimah2 PAS, kanak2 termasuk laki dan pompuan. Sian budak2 tu. terpaksa ikut mak bapak dia, panas ker hujan ker,,, duk bawa ker bendera PAS 4 ALL... Dah kena dah... Ada slogan baru yang bakal digunakan oleh PAS di Hulu selangor "Israel 4 PAS"

Wednesday, 31 March 2010

Hulu Selangor> Belajar Melalui Tauladan

Soal calon merupakan soal yang boleh menyebabkan sakit kepala, lenguh2 badan, marah,menyampah,tidak puas hati dikalangan kita terutama rakyat dikawasan itu. Inila yang sering menjadi buah mulut apabila PRK berlaku.

Boleh dikatakan sekarang, kekalah dalam pilihanraya juga disebabkan oleh calon itu sendiri. Kalau diingatkan sekitar tahun 80an dulu, PAS berceramah dengan angkuhnya sering berkata"Kalu kito letok lembu pun kito menang" punya laa hebat PAS nie... letak calon lembu pun orang sokong... itu PAS punya hal.... tp apa yang penting. faktor calon merupakan sesuatu yang perlu dititik beratkan..

Apa yang penting lagi. Kebanyakan pengundi2 di Hulu Selangor sudah bisik-bisik mengenai calon. Ada yang mengatakan inginkan perubahan dengan meletakkan calon UMNO disitu... mungkin disebabkan oleh majoriti pengundi di kawasan tersebut.

Apapun kita tunggu dan lihat apa kehendak rakyat disitu,,, Siapa yanga kan bekerja kuat nanti?