Monday 19 March 2012

SMM Akan Turun Padang

Tidak berpuas hati dengan keputusan Menteri Besar Trengganu menarik balik bantuan pinjaman pengajian. Walaupun terlibat dengan perhimpunan haram. Dah buat salah marah orang plak. Hukuman tersebut terlalu berat la hapa la.

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SSM) tidak menolak akan turun kejalanan untuk protes keptusan yang dibuat oleh Menteri Besar Terengganu. Turun ke jalanan lagi, inila yang disukai oleh mereka, nak tunjuk terre sangat, berarak di jalanan hingga nyusahkan orang. Kalau nak berarak juga berarahlah, startla dari tol jalan duta sampai tol Bukit Kayu Hitam. Berjalan la korang sampai bila-bila pun. Kalau kena langgor lagi bagus...

Tak payahla nk desak nak buat protes kat kerajaan negerila, Protes pilihanraya ka, memeng korang tak akan sokong kerajaan pun. Jadi kalau SSM bagus sangat, korang kumpul la duit sama ahli2 korang tu.. bagi kat student tu.. tak pun minta duit ngan mak bapak korang bagi kat diaorang tu. Lagi best kalau minta PKR sponsor diaorng tu.

kalau dah buat salah mestila kena hukum. kalau toron jantan sama jantan, nabi tak ngaku umat, kalau berzina ada hukumnya.. Mereka ni buat salah... ada hukumannya.. kenapa plak nak marah kalau mereka kena hukum. Nak tunjuk prihatin la konon... pergi jahanam la ko punya prihatin...

Tarik Balik Tarik Balik


Masalah student kita apabila nak berlagak pandai dan suara mahasiswa power telah memakan diri sendiri. Mana tidaknya kerajaan Terengganu telah menarik balik pinjaman kepada 6 anak negeri yang belajar di Mesir apabila mereka menyertai perhimpunan haram tahun lalu.

Keputusan dibuat setelah mereka gagal menjelaskan surat tunjuk sebab yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Terengganu. Bala-bala tak abis bala. nak sangat tunjuk pandai sampai bantuan pun kena tarik. sapa yang susah, Mak bapak korang juga yang susah. Tapi tak tahula kalau mak bapak korang banyak duit. Tak pun bantuan daripada penganjur perhimpunan yang akan support pengajian korang plak pas nie.

Ketegasan Kerejaan Terengganu dilihat baik kerana memberi pengajaran kepada mereka yang lain, jangan tak tunjuk besar kepala sangat. Habiskan dulu study...Tapi Kerajaan masih lagi baik dan berlembut kerana memberi peluang kepada mereka semua membuat rayuan. Buatla rayuan.

Wednesday 14 March 2012

Saman Jangan Tak Saman

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli tetap berpandangan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa dalam isu tempahan jamuan bankuet pertunangan anak perempuannya. 

Katanya, beliau tetap berpandangan demikian walaupun kenyataan daripada hotel penyedia katering bahawa jamuan berkenaan dibayar oleh perdana menteri.

Kalau dah rasa kenyataan tu betul dan PM salah guna kuasa.. saman la. buat demostrasi ker, perhimpunan jalanan ker, solat hajat  pecah perut ka, Ini semua hanya mahu menjatuhkan kredibiliti PM. Semua nak tunjukkan kat rakyat nilai RM409,767 yang dibayar oleh PM kpd Hotel Shangri-La bagi perkhidmatan katering tu besar dan mewah, sedangkan rakyat hidup susah. Rakyat hanya nampak PM pakai duit rakyat dekat separuh juta ringgit untuk majlis pertunangan dan nilai tu amatla besar di mata rakyat. Itu sebenarnya yang cuba disampaikan kepada rakyat.

Apa lagi samanla..Kalau kenyataan PKR betul PKR boleh saman dan kalau PM betul>>> saman jangan tak samannnn.... saman biar dia rasa.. afusss

Tuesday 13 March 2012

Al Fatihah

Polis sedang berusaha menyiapkan kertas siasatan kes bunuh dan bakar kanak-kanak malang, Nurul Nadhirah Abdullah yang berusia 5 tahun, secepat mungkin bagi membolehkan suspek kes itu dihadapkan ke mahkamah dengan segera.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata pihaknya sedang menunggu beberapa lagi laporan dari Jabatan Kimia untuk menyiapkan kertas siasatan itu sebelum dikemukakan kepada Pendakwa Raya untuk tindakan.

Katanya tiga daripada empat suspek termasuk seorang wanita berumur 30 hingga 40 tahun itu didapati positif dadah jenis metamphetamine dan ice --- manakala dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan dadah dan curi. (Radio24)

Saman jangan tak saman



Saman jangan tak saman, biasa diaorg yang saman, utusan pun pernah kena saman. ok sekarang saman balik.. Mentang2 tak ramai melayu reti baca cina, tulis kat surat khabar cina, tak der orang kesahlah.

Apapun MB Pahang nafi apa yang ditulis dalam surat khabar cina tu salah. Ok saman....

Shahrizat Sudah, Yang Lain Bila Lagi?


Ramai pemimpin Umno anggap tindakan Shahrizat sesuatu yang mulia dan jarang ada pemimpin yang macam shahrizat. Macam mana plak dengan pemimpin yang lain, bila lagi nak undur diri, bagi peluang kat orang lain plak.

Bak kata pepatah melayu... Tua sayang muda dan muda hormat tua... Yang Tua berundur bagi peluang kepada yang muda dan yang Tua menasihati yang Muda. Kalau belah sana politik diaorg sampai mati, selagi hidup selagi tu la pegang jawatan dan tak akan lepas2 dah. Janji dapat kuasa dan wang ringgit. Kerja buat atau tidak no 18 yang penting poket masuk dan hidup glamour sebagai ahli politik.

Mungkin terdapat pemimpin umno dan BN yang terlalu lama memagang jawatan dalam parti dan sudah tiba masanya untuk melepaskan kepada orang lain. Ikutkan jejak Shahrizat demi kepentingan parti dan kerajaan.

Thursday 8 March 2012

Gaji Minimum-Maksimum ganti struktur gaji SSM

PUTRAJAYA 8 Mac - Jadual Gaji Minimum -Maksimum diperkenalkan menggantikan struktur gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jadual gaji yang diubah suai itu menyaksikan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bagi Gred 1 hingga Gred 54 sebanyak RM80 hingga RM320 mengikut gred.

Kadar KGT bagi JUSA dan ke atas kekal menggunakan KGT SSM dengan diberi pelarasan mengikut peratusan yang ditetapkan. - UTUSAN


"Dengan keputusan ini, Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan," katanya.
Berhubung pelarasan gaji pula, keputusan yang dibuat seperti berikut:

Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.
Kenaikan 9 peratus untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A.
Kenaikan 8 peratus untuk turus 3 dan 2.
Kenaikan 7 peratus untuk turus 1 dan ketua setiausaha


Berita penuh BERNAMA

Pembatalan SBPA: PUTRAJAYA, 8 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.

Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

Najib membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.--BERNAMA


Wednesday 7 March 2012

Tolong Sebarkan

PENAMA BERIKUT DILAPORKAN HILANG
SRI ALAM REPOT 2088




    NAMA  -NURUL NADIRAH BINTI ABDULLAH
   UMUR  -5 TAHUN
   JANTINA -PEREMPUAN
   BANGSA -BAJAU

SILA HUBUNGI TALIAN BERIKUT SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG MAKLUMAT ATAU
MENGETAHUI DI MANA PENAMA BERADA.
NO TEL PEGAWAI PENYIASAT   : NOOR RUBEENA BT BAHARUDDIN (012-5997705)
NO HOTLINE  KONTINJEN JOHOR       : 07-2254422
NO HOTLINE IPD SERI ALAM (DCC) : 07-3871422

Tuesday 6 March 2012

Menteri KBS Saman Mahfuz

Menteri KBS

Menteri KBS akan menyaman Mahfuz kerana dengan suka-suka menyatakan kementerian belia dan sukan (KBS) menaja sebanyak 30 juta kepada bekas exco selangor Datuk Hasan Ali. 

Sebelum ini Menteri KBS dah menafikan dakwaan tersebut yang KBS tidak menaja Datuk Hasan Ali. Tapi Mahfuz cakap Menteri tu menipu. Nampaknya bersungguh2 benar Mahfuz nie menuduh KBS terlibat menggunakan sewenang2nya wang kerajaan taja Datuk Hasan Ali berceramah diseluruh negara.

Kenapa dengan Mahfuz nie... memang keturunan suka fitnah ker. Suka cari publisiti murahan cam artis tempatan nk kereta artis bercermin gelap.. sesungguhnya Koya dan Perasan tahap Gaban..

Apa lagi Menteri KBS saman jer la... Jangan tunggu lagi.. Saman saja.. Orang cam tu memang kena ajar sikit. Orang macam ini tidak perluada di bumi Malaysia. Perosak bangsa sebab suka fitnah.. Kat Mahkamah boleh citer... tengok sapa salah dan sapa benar
KB salah ker atau dahwaan mahfuz tu betul... 

Lari Sekatan Polis, Langgar Pembahagi Jalan, Cedera Parah= Polis Yang Salah.... Memang Cibai




Kalau bab nie Polis yang kejam, Polis yang salah dan Kerajaan Zalim. Budak cina nie tak pakai helmet dan langgar sekatan yang dibuat oleh Polis. Difahamkan umur budak tu 15 tahun dan bawa motor tak pakai helmet. Confirm salah lesen tak ada bawa moto tak pakai helmet n langgar sekatan. Mak Bapak budak nie tak ajar ker. Langsung tak pikir keselamatan anggota polis yang bertugas. Main langgar jerr..Berapa ramai anggota polis yang kena langgar oleh pemandu kenderaan motor nie...Berapa ramai yang cedera dan masuk hospital... Ada korang kesahh..

Kalau budak tu brenti.. paling tidak kena saman dan pastinya polis tak terajang motor anak cina tu.Bila dah jatuh cedera parah... salahkan polis pulak... memang sialll... Kaum keluarga mangsa tu mengdakwa anggota polis tu terajang moto anaknya tu sebab tak berenti sekatan jalanraya.

Anak cina tu cuba melepasi sekatan jalan raya dengan cuba melarikan diri dan melanggar pembahagi jalan lalu  terjatuh. Cedera di kepala akibat tak pakai helmet. Sendiri cari penyakit lepas tu salahkan orang lain.... Namun telah di putarbelitkan oleh keluarga mangsa kata polis tu terajang motor tersebut. Sendiri salah lepas tu campak kat polis... polis disalahkan dan kerajaan bagi pampasan. Langsung dijadikan permainan politik DAP.. Sungguh keji dan hina perbuatan tersebut. Tuduhan awal kakak mangsa memang tak betul, apapun tunggu laporan dan siasitan polis dulu... Ini main tuduhhh jer....Memang Sial dan Sial....

Semua nak salahkan Polis. sendiri punya salah nak campak kat orang lain. Memang Sial..

Perasan Glamour : Kereta Cermin Gelap Utk Artis

Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) kemukakan tiga usul kepada kerajaan dalam memorandum yang diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz pada ahad lalu.

Antara usul yang dicadangkan adalah kebenaran menggunakan cermin gelap kereta untuk golongan artis atas faktor keselamatan.Bernama Radio24.

Sesungguhnya amat perasan golongan artis kat Malaysia nie.. Siapa artis Malaysia sehingga nak pasang cermin gelap atas dasar keselamatan. Tak der sapa nk pedulu pun artis Malaysia nie. Ko ada ker tak ada ker orang tak kesah pun.

Malaysia nie dah tak aman ker sampai nk bercermin gelap atas dasar keselamatan. Tak pernah artis kena serbu kat peminat hingga artis tu cedera ker hapa. Ini antara perkara yang paling Bodo pernah diorg minta nie. Semua giler glamour, Perasan Bagus....

Skaldal Baru PKR.. RM 249 Juta



SKANDAL BARU PKR ... Projek KRONI RM 249 Juta TANPA TENDER ... Anwar Ibrahim TERDUDUK ...Baca kt sini KLIK DISINI

Bangkai Babi seekor Habis Busuk Chempaka


Hatinya terlalu benci terhadap Umno sehingga apa jua yang dilakukan oleh Umno semuanya salah. Baginya tiada satu pun orang Umno yang dipercayainya.. Baginya Umno tidak boleh menegakkan islam. Baginya Umno nie rasuah dan baginya Umno nie perosak bangsa melayu dan islam.

Tapi baginya amat mempercayai Nuar Brahim, Baginya Nuar Brahim adalah penyelamat bangsa dan agama. Baginya Nuar Brahim boleh memberikan kuasa kepadanya. Baginya Nuar Brahim seorang yang mulia. Baginya Nuar Brahim adala segala-galanya di Negara ini.

Kenapa ini semua berlaku.... disebabkan seorang yang sudah di pengaruhi kebencian dan benci tu orang cakap budi pekerti syaitan sanggup menjual bangsa dan agama. Seorang yang terlalu membenci kepada Umno sanggup gadai agama bangsa dan negara.Hanya seorang yang hatinya sudah rosak, sudah bertukar dari hati yang suci kepada Amarah hingga bangsa dan agama di lacurkan demi kuasa dan kepuasan hati.

Macam ini punya orang pun ada...disebabkan sorang nie....semua jadi rosak.. Bak kata orang tua disebabkan Bangkai Babi seekor  Habis Busuk Chempaka....

Monday 5 March 2012

BR1M : Usaha memburuk2kan Kerajaan

Rupanya banyak pihak yang cuba memburuk-burukkan BR1M yang di ilhamkan oleh kerajaan. Disebabkan usaha murni ingin mmebantu mereka yang berpendapatan rendah mendapat bantuan kerajaan sebanyak rm500 kepada warganegara Malaysia dan berpendapatan kurang daripada RM3000

Pada mulanya puak2 sana nie cakap wang yang kerajaan nak bagi nie rasuah pilihanraya. Tabur duit sebelum pilihanraya naik raih undi....kononnya kerajaan prihatin...

Lepas tu cakap plak wang yang diberikan tu haram dan akan di tolak cukai pendapatan... ini pun tak faham celah mana tolak cukai..

Pas tu bila kerah semua ahli2nya mohon bila bantuan RM 500 tu ada orang dah dapat... kerah ahli2nya minta balik... siap bukak tempat untuk memohon BR1M lagi...Klau ada yang kena catu masuk tabung parti tu tak tahuuulaaaa.. kalau kena alasan akhiratttt akan di balasss..

Tapi yang paling sedih lagi ada yang cuba sabotaj, isi borang salah la, tak lengkap la, tak cukup dokumen la... alasannya untuk menunjukkan pemberian BR1M tu tak adil.. Hanya diberi kepada kronie sahaja.. Bila yang tak dapat tu salahkan kerajaan. Kerajaan salah sebab tak cukup maklumat.

Warga negara di katankan bukan warganegara.. Ini semuanya nak menunjukkan yang sistem pendaftaran kita tak telus dan tiris.Masalah tak dapat bantuan sebab keliru dengan warganegara.

Senangla nak salahkan kerajaan bila berlakunya pilihanraya...  ramai yang tak leh mendaftar sebab status warganegara. Ada pengundi hantu la nie.... Bijak2...

Boleh buat permohonan balik  kalau tak dapat.. pasti ada tak cukup maklumat... biasa yang tukang isi borang tu yg bahalol...

Masalah Tak Selesai

Pergolakan di akar umbi semakin terasa bahangnya. Sehingga tuduh menuduh semakin open dan tak berselindung lagi. Dahulunya setiap kali ada masalah dalaman akan di selesaikan mengikut 'acuan anak beranak' bak kata orang seorang yang kentut dalam kumpulan.. di hidu dan dihirup bersama.. Begitula kuatkan hubungan dalaman Pas.

Itu dulu, semasa Pas tidak dijadikan kuda Pakatan. Setiap masalah dalam di selesaikan dengan baik. Tapi kini masalah dalam sudah dicampur tangan oleh semua pihak yang berkepentingan. Justeru itu masalah dalam Pas tidak akan selesai sampai bila. Apa jua keputusan yang capai bukan la kata sepakat yang diterjemahkan tetapi merupakan arahan daripada yang lebih berkuasa. Kini Pas sudah gerhana kerena sudah tidak mampu membuat keputusan..

Di peringkat akar umbi merasakan Pas sudah menghampiri perpecahan. Dalam tak selesai bagaimana mahu berdepan dengan Pilihraya. Pengikut di kerah tanpa mengetahui perjuangan dan hala tuju sebenarnya dengan harapan Parti Pas menang dalam setiap pilihanraya. tapi hakikatnya yang berkuasa hanya DAP dan Nuar Brahim sahaja.

Hadi Awang Bakal Di Pecat

Apa kata Hadi Awang dan juga Pakatan dengan kenyataan bekal exconya Datuk Hasan Ali merasakan Pas akan kelihangan banyak kerusi pada pilihanraya umum akan datang setelah mengambil keputusan yang bodoh dengan memecat Datuk Hasan Ali.

Pas gagal dalam kenyataannya berhubung isu Palestin - Israel serta isu murtad nie. Pas lesu dalam menyelesaikan isu rumah urut, judi, arak di selangor.Pas tidak tegas dalam isu tersebut.. yang tegas Datuk Hasan Ali, yang akhirnya telah dipecat.

Pengikut Hasan Ali ramai dan semakin bertambah serta amat marah dengan keputusan PAS... Orang yang balik di buang dan orang yang bermasalah di simpan dan dibelai elok-elok. Ini yang sedang berlaku dan harapan agar melayu Pas sedar akan perkara ini.

Perpecahan sedang dilakukan oleh Pakatan dan seperti biasa Umno penyebab perpecahan orang melayu islam.. Ini yang dilakukan dan kebodohan ini menyebabkan melayu semakin berpecah.

Mungkin ada hikmah di sebalik pemecatan Hasan Ali. Hasan Ali dengan berani menejlaskan apa yang berlaku dalam Pakatan dan golongan Parasit yang sedang menghancurkan perpaduan melayu.

Ostat Azizan Dalam Gerhana

Nampak gayanya ostst Azizan kini berada dalam keadaan genting dan nazak dalam usaha menjernihkan kekalutan di Kedah. Nampak gayanya golongan parasit semakin kuat dan ganas. Habis semua di langgarnya.

Hebat permainan yang dimainkan oleh golongan yang menyokong nuar brahim yang berterusan menyokong kiblat DAP.

Buat PC ka meeting 10 kali ka jawapan nya tetap gerhana dan kekalutan tidak dapat diselesaikan. Puak2 pengikut dan penyokong pas tgh bengong tak tahu apa yang sedang berlaku... Mungkin baginya ianya satu konspirasi media umno yang mahu memecah belahkan Pas.

Pastinya tiada jalan penyelesaian dicapai dalam meeting tersebut. Kedua2nya tidak mahu mengalah dan yang jelas ostat azizan semakin di tekan..

Friday 2 March 2012

Noh Omar Di Fitnah DAP.. Tunggu Apa Lagi Samanlaaaa

Dah la datang cam samseng buat kecoh program, pas tu tuduh  di kasari. Apa punya cerita la puak2 DAP nie. kalau dah rasa diri tu kena fitnah... Apa lagi saman la... Suka sangat buat dakwaan bodoh demi mendapat simpati rakyat...


Semalam, ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), Lee Kee Hiong dan beberapa  pemimpin DAP tempatan mendakwa mereka telah dikasari di luar SRJK (C) Bandar Sungai Long, Selangor, beberapa minit sebelum ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk majlis pecah tanah sekolah tersebut. Malaysiakini.

Datuk Noh Omar pergi nak kawal keadaan tetapi di tuduh mengkasari... Apa lagi... saman sudah... Orang macam nie nyusahkan jer.. bukan boleh tumpang pun.. Dah la biadap datang buat kecoh kat program orang.. 

Ini kalau buat laporan polis dan polis panggil bg keterangan... Jawapan rasmi puak nie, kami di upah, kami di minta hadir ke situ... kami di bayar la... ini biasa...

Memang menyakitkan hati jer.......

Bodohnya Kamu Bodohnya Kamu

Apa pasai pemimpin Pas nie suka buat dahwaan merapu dan tak masuk akal.. suka-suka jer buat dakwaan. Semuanya tak berasas dan tak masuk akal.

Mahfuz menuntut audit penuh dijalankan ke atas satu unit strategik di Kementerian Belia dan Sukan yang didakwa menyediakan dana RM30 juta untuk membiayai program Datuk Hasan Ali. Kononnya dengan cara tersebut boleh menarik golongan muda agar menyokong BN. Selama ini pun memang ada program untuk golongan muda berbentuk pembangunan sukan negara.. Tapi tak ada la pulak dengar  Datuk Hasan Ali di taja oleh KBS jadi duta tarik golongan muda sokong BN.

Apa lagi Tubuh Suruhajaya Di Raja la Siasat kes ini. Power2 Pas

Apa pasai boleh buat dakwaan cam nie, dah abis modal ker atau tak tahu dh nk buat kenyataan. Kenapa pemimpin Pas nie bodo sangat dalam buat kenyataan. Tersangat Bodo dan terus Bodo. dalam duk sebok buat dakwaan, selesai dulu masalah dalaman Pas kedah dulu... Bunuh atau Bela Parasit... setel masalah tu dulu.. Kes khalwat bini org ker, isu sokong keselamatn israel ka. 

BN Tadbir Kelantan , Kelantan Sejahtera

Perdana Menteri Malaysia buat lawatan rasmi sehari ke kelatam dan berjanji sekiranya rakyat kelatam memberikan mandat kepada BN nanti masa pilihanraya umum insyaalah masalah bekalan air bersih, masalah ladang rakyat,masalah kemudahan asas dan masalah perumahan rakyat diselesaikan.

Ini janji kerajaan Barisan Nasional dan janji BN pastinya dilaksanakan. Walaupun negeri ini bakal merubah lanskapnya tetapi berpaksikan kepada islam dan ilmu akhlahnya tetap di pertahankan. Logik nya ada dan pembangunan dari aspek kemudahan amat di perlukan oleh rakyat kelantan tetapi tak usah pembangunan berupa klcc ke2 di sana. Cukup dengan kemudahan asas yang baik dah menjamin kesejahteraan rakyat.

Perkara ini sukar dilaksanakan oleh pemimpin Pas di kelatam> mereka hanya mampu mengucapkan 'insyaalah kita cuba selesaikan, sobar la abe, kita tengah uruskan.. kerajaan pusat sekat peruntukan.. semua kerja kerajaan pusat kena buat'   itu biasa diluahkan oleh pemimpin pas. Ayat standed......

Gelombang Merah sedang menguasai kelatam dan puak2 pemimpin hijau semakin kepanasan kerana elaun bulanan duk saja bakal berubah tangan.. Berpenggal2 takdir kelantam hanya modal air liur dan modal serban. Cakap hanya bak car silap orang dan bukan nak tingkatkan ekonomi dan pembangunan penduduk... sembang jer lebihhhh.....

Muslim Soleh Di Mata Anwar Boleh Pimpin PAS

Adakah seseorang muslim yang soleh boleh memimpin PAS?

Adakah muslim soleh di mata Nik Aziz sahaja yang boleh pimpin Pas?

Adakah lim kit siang masuk islam boleh pimpin Pas?

Selama ini rakyat melihat PAS sudah di tadbir oleh DAP.. apa la susah nak bagi tau rakyat Pas milik DAP sekarang.. Pemimpin PAS bukan boleh buat apa pun.. Bersuara sikit tentang ideologi PKR dan DAP dan kena pecat. Hasan Ali salah sorang yang menjadi mangsa...

Adakah kenyataan Nik Aziz nie mahu memperlihatkan Pas sekarang lebih kepada keislaman dan pemimpin yang soleh dan bertakwa sahaja boleh pimpin pas walaupun berbangsa lain. Bermakna pemimpin Pas dari golongan ulama sahaja boleh pimpin Pas. Al kisahnya sekarang golongan ulama pun dah nak dihapuskan oleh golongan Parasit... semua orang tahu tu.. terutama penyokongnya sendiri.

Golongan erdogan tu semuanya soleh ker.. soleh dimata Nik Aziz kot? Apa punya kenyataan la... dah abis modal nak buat kenyataan. Bila kena sindir terasa plak.. Lantik jer Penasihat DAP tu sebagai Presiden Parti... Sama jer... Selama ini pun Pas tunduk kat DAP juga.... kecohlaaa Nik Aziz nie....

Kesian Setiausaha Agung PAS

Apa lagi daya yang mampu di buat oleh Setiausaha Agung PAS setelah surat Dr Mahadhir kpd ke3 Perdana Menteri Israel didedahkan dan sekali gus memperlihatkan kegagalan Anwar Ibrahim menyamakan pendiriannya dengan rejim Zionis.

Kemungkinan Anwar lupa akan bukti yang jelas Malaysia tidak menyokong Zionis. Namun begitu Setiausaha Agung Pas merasakan ianya tindakan terakhir kerajaan BN dalam memancing undi rakyat Malaysia. Tiadea satu pun kenyataan yang baik di keluarkan oleh Setiausaha Agung Pas tersebut...

Sudah jelas Kerajaan Malaysia tidak menyokong Zionis tetapi kenyataan terbuka Anwar Ibrahim dalam WSJ menyokong penuh keselamatan israel telah mendatangkan kemarahan rakyat Malaysia apabila prinsip keadilan dan kebenaran tersasar jauh.

Kesian Setiausaha Agung Pas yang cuba mempengaruhi fikiran rakyat Malaysia dengan menyamakan pendirian Kerajaan Malaysia dengan Anwar Ibrahim. Mungkin kenyataan Anwar Ibrahim mahukan sokongan israel dalam Pilihanraya Umum nanti.

Kesian kesian kesian... tiada guna punya olanggg

Thursday 1 March 2012

Surat Mahathir kepada 3 PM Israel

KUALA LUMPUR 29 Feb. – Berikut ialah surat yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada tiga Perdana Menteri Israel iaitu Yitzhak Rabin pada tahun 1993; Benjamin Netanyahu pada tahun 1997; dan Ehud Barak pada tahun 1999 seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Malaysia di sini, hari ini. – BERNAMA