Friday, 9 April 2010
Hulu Selangor> Semangat Serigala
Tersentuh juga hati apabila melihat semangat seorang wanita di kg Serigala dalam daerah Hulu Bernam apabila sanggup tutup bengkel perniagaan kecil-kecilan untuk dijadikan Bilik Gerakan Barisan Nasional Kampung Serigala Hulu Selangor. Bukan sahaja bilik gerakan dibuka, diupahnya jentolak meratakan tanah di depan bilik geraknya kerana ingin memudahkan untuk orang dating ke Bilik Gerakanya.Dulu Bilik Gerakan boleh dibuat di Balai Raya, namun sejak kuasa di tangan PKR, memang tak dapat la nak guna. PKR la pulak akan buka bilik gerakannya disitu.
Tapi semangat makcik ini berjuang tanpa mengira usianya dan tenaganya, sanggup berkorban demi kepimpinan Datuk Seri Najib. Apa yang penting penduduk dikampung Serigala hanyalah UMNO tetap dihati. Ditanya mengenai perletakan calon MIC yang telah diumumkan oleh pucuk pimpinan sedikit pun tidak melemahkan semangat juang wanita ini. Memang ada sedikit rasa sedih dikalangan penduduk disitu, namum mereka percaya dan amat yakin dengan keputusan Datuk Seri Najib. Apa yang penting mereka mahukan Barisan Nasional. Di ulang… Barisan Nasional. Walaupun siapa calon yang diletakkan melayu, mahupun cina dari Barisan Nasional, sokongan tidak berbelah bagi tetap diberikan. Apa yang penting bagi penduduk disini, adalah pucuk pimpinan yang menerajui parti. Inilah yang dikatakan semangat setiakawan dalam parti.
Pujian tetap diberikan kepada makcik di sini kerana banyak bertanya mengenai dasar-dasar baru seperti MEB, NKRA,GST, tranformasi kerajaan dan lain-lain isu semasa yang dibuat oleh Perdana Menteri. Walaupun banyak isu yang tidak difahaminya, namum setelah perbualan dan penerangan diberikan mengenai isu tersebut barula mereka tersenyum dan faham akan isu ini. Alangkah bagusnya sekiranya lebih ramai lagi orang-orang kampung yang memahami secara mendalam apa yang ingin dibuat oleh pucuk pimpinan parti. Semuanya untuk kebaikan semua termasuk orang melayu.
Harapan agar agensi-agensi kerajaan dapat menjalankan penerangan yang lebih baik lagi kepada orang-orang kampung byukan sahaja di Hulu Selangor tapi disemua pelusuh kampung di Malaysia. Namum begitu jentera-jentera Barisan Nasional juga wajib memainkan peranannya serta bekerja kuat bersama-sama agensi kerajaan dalam memberikan penerangan berkaitan dasar-dasar kerajaan. Jangan meletakkan beban tersebut kepada sebelah pihak sahaja. Semangat serigala tidak akan membenarkan kawasannya diceroboh oleh musuhnya. Dia akan menjaga kawasannya hingga titisan darahnya yang terakhir.
Labels:
Hulu selangor,
Wanita UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
syabas herokecik! nanti aku sound najib kao dah jumpa penyokong umno tegar!
ReplyDeleteAnon
ReplyDeleteBangga aku lihat semangat makcik tu....