Monday 28 February 2011

PAS Berbalah Sesama Sendiri Isu Pluralisme



Ucapan Anwar Ketua Umum Pakatan Rakyat di London School of Economics(LSE) pada 18 Mac 2010 bertajuk Religion and Pluralism in a Divided World jelas menunjukkan Anwar memang menyokong fahaman tersebut.

Pluralisme agama atau persamaan bagi semua agama dianggap tidak baik. Kalau ketua Pakatan Anwar menerima dan menyokong Persamaan Agama, bermaksud Allah tu sama dengan tuhan2 yang lain dalam cakerawala, Masjid nie sama dengan rumah2 ibadat yang lain, islam tu sama sahaja dengan agama-agama yang lain. Itu yang aku faham la. Kalau salah tolong jelaskan.

Orang Islam tuhannya Allah. Kita tak boleh iktiraf agama lain selain islam. Kalu kita iktiraf agama lain bermaksud kita intiraf tuhannya. Sebab agama lain ada tuhannya sendiri. Tak kan kita nk samakan tuhan kita Allah dengan Topekong. Apa kah hukumnya kita orang islam samakan tuhan kita dengan tuhan lain. HARAM HUKUMNYA...

Cerdik pandai ulamak2 besar PAS, Tok Guru yang bersepah-sepah dalam PAS nie tak reti ker nak cakap pasal ini. Sampai bila PAS nak duk diam diri seribu bahasa nie. Nak jadi Batu yang disembah gak ker duk jer kat situ siang malam pagi petang.

PAS asik kena kuda kat PKR. Anwar yang sehidup semati dengan PKR terpaksa berlindung bawah DAP, kena ikut cakap DAP kalau nak selamat dalam arena politik. DAP dh arahkan Anwar tarik PAS dalam Pakatan untuk kuasa pemerintahan. Sampai bila PAS nak jadi Lembu di Cucuk Hidung. DAP memang tak akan terima Negara Islam. PAS kemana... Negara Islam kemana... Apa nasib melayu dan agama islam....Haram bodoh fahaman nie bg Orang Islam. Kalau orang PAS setuju dengan Anwar... aku tak tahula apa hukuman orang yang sokong?

Ini perkara serius bagi kita yang beragama islam. Realitinya ada orang Islam yang menyokong fahaman ini dan ada yang melaksanakan sesuatu hujah, fatwa, perintah yang bercanggah dengan islam...tanpa mengikut AlQuran dan Sunnah.

INI MERUPAKAN IDEA DAP DAN PKR MENYESATKAN PAS.. SAMPAI BILA PAS AKAN MENYOKONG PAKATAN HARAM INI. JADILA PAS ZAMAN ASRI DULU....

Selain itu boleh juga layari malaysiaaktif.com

Kerdau: Tuan Ibrahim Lupa Masjid Bukan Rumah Tumpangan Jentera PAS

Giler marah Tn Ibrahim Tn Man siap kuat paper lagi kata kerajaan Barisan Nasional salah guna kuasa apabila mengarahkankadi kawal masjid sepanjang tempoh Pilihanraya. Siap cakap yang BN hilang kepercayaan kepada rakyat tempatan yang menguruskan masjid selama ini dengan menghantar pegawai Tadbir Agama atau kadi untuk mengawal masjid.

Betula la apa yang dilakukan oleh kerajaan tu, Ingat masjid nie rumah tumpangan jentera PAS ker. Di Hulu Selangor bolehla PAS buat Masjid macam rumah tumpangan. Sampai menyusahkan orang lain nak sembanyang kat masjid tu.

Suka-suka hati mak bapak belah mak ko lagi bila cuci pakaian sidai kat beranda masjidkan, Masak-memasak sampai tak jaga kebersihan dan sampah2 dah naik berbau tak der plak dibuang ker apa kernak tunggu 2,3 hari baru nak buang..... Tak faham dengan mentaliti puak-puak PAS yang dirasuk DAP nie. Tak kan tahu zina jer... benda haram sedap wooo... paku jangan tak paku....

Sekarang PAS bising bila tempat penginapan untuk jentera PAS berkempen PRK tidak boleh digunakan. Dah susah nak ceramah politik dalam kuliah2 maghrib ke subuh ker. Kalau takat kuliah agara nak maki, hina orang baik tak payahlaa.

Lagi pun orang kampung berterima kasih dengan keprihatinan kerajaan Negeri yang bertindak tegas kepada mereka yang cuba mengambil kesempatan. Penduduk disini lagi suka bila keselamatan harta masjid terkawal dan tidak dipolitikkan oleh sesetengah pihak.

PKR dan DAP tak support ker jentera PAS.... Kebajikan tak diberikan.. PAS siapa dihati mereka...

Kerdau: PAS Ikut Idea PKR

TEMERLOH - Pas menyifatkan kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau tidak mempunyai isu adalah tidak benar.

Calon Pas Hasanuddin Salim berkata, DUN Kerdau masih lagi memerlukan pembangunan untuk memastikan rakyat di kawasan ini mendapat kehidupan yang lebih selesa.

Menurutnya, Pas telah menyenaraikan beberapa aspek penting yang perlu diambil perhatian oleh Barisan Nasional (BN) seperti kemudahan infrastruktur dan pembinaan semula bangunan yang telah berusia lebih 40 tahun... Sinar Harian

Komen:

Ini semua idea yang diberikan oleh PKR kepada semua penceramah PAS termasuk Calon PAS sendiri. Hasanuddin dengan seronoknya menghabiskan masa di kawasan sekitar tempat menunggu dilandasan keretapi Kerdau..Dah takder modal nak main... PaP Pertikai apa yang telah Menteri Besar Pahang.

Lepas nie Calon PAS g bergambar di tepi tong sampah plak, bg tau yang Pahang bandar kotor dan islam mementingakn kebersihan..Ini calon Pas yang suka benda yang remeh temeh dan bukannya memikirkan cara membanggunakan islam, melayu dan masyarakat setempat.

Memangla Calon ini tak pikir semua nie, bukan dia yang kena pikir, Calon hanya tunggu idea PKR yang mahukan PAS kalah demi maruah. PAS kehabisan modal. Nak citer pasal pembanggunan, Di kelantan tu tak tahula berapa tahun yang dipimpin oleh N.Ajis pun tak tahu kemana hala, macam tu gak... Air kt Pasir Mas pun slow gak, kekadang ada, kelajuan air yang keluar lebih deras dari air kencing.

Inikan pulak Hassanuddin yang masih belum tentu menang atau kalah. Kalau kalah langsung tak leh nk banggunkan Kerdau. Kalau menang pun Pakatan haram tak bg bantuan pun. Susah bagi Calon ini buat kerja kerana kerjasama tu tak ada. Dah tentu pahang nie Negeri BN, Pusat BN dan Negeri Pun BN. Senang nak buat kerja.

PAS kat selangor pun tak tahu mana hala. Adun PAS apa tah dibuatnya, makan elaun jer la, nak bersuara takut pada PKR dan DAP.. Mampous kering dak PAS dibawah Pakatan Rakyat.

Kerdau PAS Pertikai Kehadiran Polis

Tempat yang paling strategik buat ceramah PKR


Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Nik Zawawi bin Salleh dalam ceramahnya pertikai kehadiran polis berboyong2 setiap kali PRK dan hanya menghabiskan jutaan ringgit wang rakyat.

PAS kehabisan modal dalam ceramahnya. Kalau berlaku sesuatu perkara yang melibatkan kepentingan Pakatan. Dia salahkan polis tak jaga keamanan setempat. Polis tak jagala, apa la, semua salah polis. Dia tak tahu ker, yang kehadiran polis tu nak jaga keamanan agar sesuatu perkara yang tidak diingini tu tidak berlaku,

Patutla PAS tak peduli kat polis, kalau ceramah PAS lebih suka guna unit Amal jaga lalulintas. Hebat sungguh dengan lampu panjang berkelip2... Hebat2... ada tu bila pakai topi dan pegang lampu kelip2 tu, senyum pun tak bolehnya... kononnya serius sungguh mengawal kawasan. Dia suka jaga kat jalan2. Cam jaga parking...

Tapi kalau kena langgor dek keta, mula la marah... kalau tak ke rumah sakit, ke kubur la awak. Masa ini polis dipersalahkan.. salah lagi polis.. Kali nie polis salah sebab tak jaga lalu lintas... Dah tahu tak der kawasan yang selamat untuk berceramah... mula la buat ceramah tepi2 simpang jalan. Main redah jer tanpa mengira keselamatan. Biasanya PKR punya markasla.Kat simpang Rumpun Makmur tepi simpang tiga. ada markas PKR.. Buat ceramah kat situ... Yang datang orang2 PAS..

PKR dan Bunuh Orang PAS ker......


KERDAU: Pengerusi PKR Pahang Dicemuh PAS


Buat ceramah kat simpang tiga Rumpun Makmur.. Jalan besar ke Jerantut tu... Kena langgar percuma jer....PKR memang dan bunuh orang PAS

Syok wooo kena tipu... hiburan malam lepas penat kerja siang hari...Adik tipu Abg.. PKR tipu PAS..


Kehadiran Pengerusi PKR Pahang berceramah di DUN Kerdau mula menjadi ejekan penyokongnya sendiri. Bila berceramah penduduk di situ mengambil peluang untuk mendengar apa yang ingin diceramahkan. Biasala bukan selalu ada PRK nie.

Bila Pengerusi PKR Pahang tu berceramah, modalnya tak der lain, Cerita kenapa dia keluar BN setelah beberapa penggal memegang Adun Baserah.. Tak tahula apa yang membuatkan Pengerusi PKR tu keluar... Adala tu apa yang dia tak puas hati tu.. Alasannya BN tak jaga kebajikan rakyat, rasuah, makan duit haram, tak amanah, kroni2 BN wat lari duit rakyat 100juta setahun dan macam2 lagila... itu jer modal dia dalam mana2 siri ceramahnya.

Apabila duk join dengar apa yang nak di tipu oleh patang nak ceramah PKR nie, terdengarla ejekan2 oleh penduduk disitu yang dengar ceramah. Apa yang diaorg ejek,...

- "Awok doh senang dalam Barisan dulu, ada ler tu yang dia tak dapat tu"... pas tu keluar Barisan...orang tak berterima kasih macam itu ler...

-" Dia masuk PKR, ada benda yang dia nok tu" tok dapat dia keluar pulok"

-"Nok bercakap pasal agama" awok sendiri pun pening.....

kelakor bila aku dengar diorang duk bersembang-sembang masa pengerusi pkr tu berceramah..

Modalnya hanya mengutuk BN, semua kerajaan buat tak betul yang betul hanya PKR dan DAP..

Nampaknya PAS dah mula terasa dikudakan oleh PKR dan DAP.. Kesian....

Sunday 27 February 2011

KERDAU: Pakatan Tercekil Kepala Ikan Patin



Lawatan sehari PM ke Kg Batu Sawar buat PAS meroyan bila modal masalah air tidak menjadi. Macam biasa PAS sembang BN gagal dalam memberikan bekalan air bersih serta mencukupi. Kat Kerdau kerajaan negeri dari dulu BN dan apa benda masalahpun boleh diselesaikan. PAS asik sembang kononnya kelantan bawah pemerintahan N.ajis terbaek la konon.

Sampai ari nie rasanya kat kelantan tak selesai lagi masalah air.. Tak tahu brapa hutang kerajaan kelantan pun tak tahu... Tapi sebelum kelantan nak bercerita masalah air kat Kerdau ini, baik PAS selesaikan dulu masalah air kt Kelantan.

Hari ini PM umumkan lulus 9.25 juta untuk naik taraf paip dan sistem tangki di Rumpun Makmur ke Kg Kerai dan pembinaan sistem pam di Kg Batu Sawar. Sampai ke anak cucu cicik pun dapat air.

Bodoh punya PAS ikut PKR dan DAP

Saturday 26 February 2011

Suasana Penamaan Calon Kerdau


Kito kena pikir pasal Islam dan Orang Melayu nie Dato Seri, Hambo penat doh kena kudo ko PKR & DAP nie, Hancur Melayu kito... Hancur Agama kito lagu nie.. Berdoso kito doh pecah belah bangsa kito... rosok agama kito......

Bior ler PKR & DAP nak kata mende pun... kite kena kuatkan agama dan bangsa kita... Muafakat kite..lantok ler

kite kena kuatkan melayu. PAS dan BN harus bersatu demi negara bangsa.

Moga kerjasama kita berjaya..koi penat doh kena kuda dek PKR & DAP nie... Malas doh koi nok mikir lagi DAP nie... Rosok Islam.....

Dato'...... hok kiter bincang pasal perpaduan tu kena jadi tu... habis doh jahanam bangsa dan Agama kita nie...PAS doh tok srupe dulu... PAS lari doh pada perjuangan asal nie...Terokkk dohh

Ayoh... moh ler kite balik... adik lapar dah nie... Adik takut deman pulok kalu panas gini... Adik tak nok monteng skoloh... Ayoh.. jom la kita balikk

Ramai pulok geng Puteri datang hari nie

amboi... wanita pun ada juga...


Tepi tong sampoh pun jadik... pengotor btul... islam dok ajor nie duk tempat kotor nie...

Amboi semangat anok muda kita.... Tahniah

Letihla pulok...tak der krusi ker... baik duk drumoh main ngan cucu....

inilah barisan kita...

Demi Agama, Bangsa dan Negaraku

Macammana pun kita kena kemaskan perpaduan kita... kesian diaorang duk menjerit-jerit kat bawah tu... tua muda semua ada.. dok kibo bendera kita... kita kena satukan mereka demi Agama dan Bangsa kita... Berdoso kita nie... PAS loni dok srupa dulu doh... Masa zaman Asri tu come...Kito loni dok capur aduk ngan DAP & PKR... Punoh PAS... Sapa bilo kita nok kena cucuk hidung ko puak2 tu....

Macam manala agama dan bangsa aku akan datang... PAS punoh sebab PKR n DAP..Cilako sungguhla puak nie...Hok bodonya aku.....
Bersih juga bandar Temerloh nie... Bagus kerajaan Negeri... Kalu tengok Peneng, selangor,kedah ker kelantan ... teruk....

JANJI ROCKKK....

Duk elok2...masuk tv kita....

Friday 25 February 2011

Cerdik Pun Tn Ibrahim Tn Man


Calon PAS DUN Kerdau


Tn Ibrahim Tn Man yang dikatakan calon PAS yang akan bertanding kerusi DUN Kerdau tidak menjadi kenyataan, ada sebabnya?

Akhirnya diumumkan Hassanudin Salim calon PAS Kerusi DUN Kerdau oleh Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kompleks PAS Kerdau.

Turut hadir bersama pemain luar dalam hujan yang renyai-renyai bg meramaikan dan menyesakkan jalan di situ timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, timbalan presiden PKR Azmin Ali. Turut hadir YB Kepong.

Tak tahula apa percaturan PAS, meletakkan bekas calon yang kalah pada PRU 2008, adakah kerana Hassanudin dah tahu selok belok arae kerdau kerana dia pernah buat kerja2 raih undi dulu? atau PAS tahu yang PAS akan kalah? Baik PAS letak calon yang dah kalah, paling tidak sejarah cikgu Mala tak berulang? atau PAS TAKUT IMEJNYA TERCEMAR APABILA LETAK TN IBRAHIM TN MAN sebagai calon, kalau kalah hijau muka Tn Ibrahim sebagai pesuruhjaya PAS Pahang.

Takut kalah kepada Syed Ibrahim, takut nk bertanding... sanggup lepaskan kepada Hassnuddin.. Man tahu dapat undi simpati... dah berpenggal2 bertanding, tak menang2 gak.

Kita doakan agar Seluruh Pengikut dan Penyokong PAS mendapat hidayah dr Allah. Kita doakan agar Calon BN menang Pilihanraya DUN Kerdau.. amin....

Thursday 24 February 2011

KERDAU:Tn Ibrahim Tn Man Pun Ikut Berceramah





Kg Telok Sentang smlm berlansung penyerahan borang kemasukan 15 belia Kg join PAS. Borang tersebut telah diserahkan kepada Presiden PAS Abdul Hadi. Paling tidak jadi gurka PAS untuk PRK Kerdau.

Tapi PAS sudah memulakan ceramah awalnya bermula kat Kg Telok Sentang. Nampaknya ada risau gak kat Presiden PAS, sapa yang nak dicalonkan. BN dah letak calon tempatan. Lulusan Al-Azhar lak tu. Abdul Hadi bg tau penduduk keliru... Kedua bakal calon orang islam dan berpendidikan agama. Pening dah PAS nie.. Alih2 Abdul Hadi suh sokong Parti kerana Parti PAS indah. Indah khabar dari rupa laaa..

Tuan Ibrahim Tuan Man juga turut ambil bahagian berceramah. Risau gak dia, sebab calon BN orang tempatan, lulusan Al-Azhar... hebat calon BN... Tapi Tuan Ibrahin cakap mungkin sokongan kepada calon bukan anak tempatan berkurangan... tak ada sokongan... dia kata kita tunggu malam pengumuman calon nanti.. siapakah calon PAS Kerdau..dapat sokongan ker tak?

Nak jadi calon nampak........

Wednesday 23 February 2011

Jambatan Kuala Krau Untuk Rakyat


Cetusan idea Sultan Pahang pembinaan Jambatan Kuala Krau ini telah memberikan seribu rahmat kepada penduduk disini. Keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional menyediakan infrasuktur ini kepada penduduk disini amat dihargai.

Dapat memendekkan perjalanan bg penduduk di felda 21,22,23,24 dan 25.. ke temerloh, jerantut ataupun ke Rumpun Makmur. Jalan pun cantik cuma 20 minit jer, Kalau ikut jalan Kg Awah untuk ke Temerloh tu.. lebih kurang sejam gak.

Bukan takat tu jer, ekonomi sekitar dah bertambah maju. Gunung Senyum tempat perlancongan mula dah ramai orang datang... dulu nak datang jauh sangat bg penduduk di Temerloh dan Jerantut.. Bila dh ada jambatan... makin cepatla perhubungan...

Tak tahu apa yang akan PAS gunakan isu jambatan yang baru siap tu.. Dia nak kata Jambatan bengkok ker melengkong cam pemimpin BN ker?PAS nak cakap projek tu masuk poket Kronie BN ker? PAS boleh cakap... Kita tunggula apa isu Jambatan Kuala Krau tu.

Apa yang pasti kerajaan Barisan Nasional prihatin akan kesulitan rakyat dan sentiasa memperbaiki taraf hidup rakyat. Apa masalah rakyat akan diselesaikan. Masalahnya Pakatan Haram memang sengaja mempolitikkan isu sehingga susah bg kerajaan nak laksanakan kerja untuk rakyat.

BN Umum Calon Merlimau


Roslan Ahmad 44 tahun telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pekan Merlimau, Melaka hari ini. Roslan Ahmad merupakan Ahli Jawatankuasa Umno Jasin.

Apa yang pasti, PAS akan menentang sepunuh hati tanpa belas kasihan... kata pemimpinnyalaaa... yang buat kerja anak buah... matlamat pas nak mungurangkan majoriti sahaja...

Parti yang hanya berjuang untuk kepentingan pemimpinnya sanggup gadaikan kepenatan dan kesusahan gurka2 yang dibawah.. apa yang penting dia masih memegang kerusi politik. Tapi kat Merlimau, PAS bekerja sendirian kerana kekecewaan gurka PKR? Orang Merlimau tahu kot....

Tuesday 22 February 2011

Umum Calon BN Kerdau.. PAS Sakit Kepala




Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Syed Ibrahim Syed Ahmad calon yang akan bertanding kerusi BN di Kerdau. Lulusan Al- Azhar merupakan tandingan calon PAS. PAS yang selama ini terkenal dengan zinanya... oooptt memperjuangan negara islam yang mana calon2nya berkopiah hijau putih telah sakit kepala.

PAS sakit kepala nak letak sapa calon PAS kat Kerdau...tapi apapun PAS tetap akan lawan.. Bila lagi nak tabur fitnah kt kerdau... masa pilihanrayalaaa. walapun PAS tahu kalah dalam tangan dia... paling tak pun nk test ataupun nak kurangkan majoriti. PAS tak nampak yang dia akan menang di kerdau...

PAS sudah pasti akan berdepan dengan calon BN lulusan al-azhar..bolehla kita semua berdebab cakap arab... sama2 pandai bahasa arab....apapun kita tunggu siapa calon PAS yang akan melawan Syed Ibrahim.....

Wednesday 16 February 2011

JAWAPAN KEPADA NIK AZIZ DR TUN M




JAWAPAN INI DARI TUN M KEPADA NIK AZIZ. ORANG2 PAS DAN PAKATAN TOLONG FAHAM MAKSUDNYA...


1. Percubaan Dato Nik Aziz untuk memperingatkan saya bahawa saya akan berdiri dihadapan Allah s.w.t. satu masa nanti sedikit sebanyak membuktikan keangkuhannya seolah-olah saya tidak tahu akan agama saya. Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.

2. Nik Aziz juga akan berdiri dihadapan Allah satu masa nanti dan segala yang dipertutur dan dilakukan olehnya di dunia ini akan diadili di akhirat nanti dan lidah, tangan dan kaki Nik Aziz akan jadi saksi. Bukan bagi Nik Aziz untuk mengadili saya atau sesiapa dan bukan Nik Aziz yang akan mengadili dirinya sendiri.

3. Sehingga kita diadili di akhirat kita tidak boleh dengan angkuhnya merasa kita tidak berdosa dan orang lain yang berdosa. Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui segala dosa yang dilakukan oleh sesiapa, termasuk Nik Aziz. Dakwaan Nik Aziz yang dianya beriman, setelah mengkafir dan memecahbelah orang Islam, membuat berbagai-bagai tuduhan, akan ditentukan oleh Allah s.w.t. Tidak memadai dengan pengakuan Nik Aziz yang dianya beriman.

4. Saya tidak pernah dakwa yang saya ini selalunya betul dan tetap ke syurga. Saya juga tidak suruh sesiapa menyokong atau mengundi saya kerana itu akan menjamin mereka akan ke syurga di akhirat. Yang membuat dakwaan seperti ini ialah Nik Aziz.

5. Dalam Islam tidak ada paderi yang boleh ampunkan sesiapa, atau menjamin balasan di akhirat kelak. Di Tenang Nik Aziz secara terbuka menghukum orang UMNO sebagai Jahiliah.

6. Untuk tidak menjadi Jahiliah sokonglah PAS. Apakah ulama-ulama Islam yang tidak punyai kepentingan politik sudah putuskan bahawa syarat untuk menjadi orang Islam ialah menyokong PAS? Di manakah dalam Al-Quran dan Hadith yang sahih yang menyebut bahawa hanya dengan menyokong PAS baharulah seseorang itu beragama Islam? Kalau ini benar nenek moyang siapa yang jahil kerana tidak ada PAS masa mereka? Orang Islam lain di luar Malaysia sudah tentu bukan Islam kerana tidak ada PAS di negara mereka.

7. Orang UMNO adalah orang yang beragama Islam, walaupun bagi Nik Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS. Dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli UMNO dan ahli PAS juga adalah orang Islam. UMNO tidak mendakwa bahawa hanya orang UMNO sahaja yang Islam, atau dengan mengundi UMNO menjadi Islam dan akan ke syurga.

8. Oleh kerana orang UMNO beragama Islam maka perjuangan UMNO ialah untuk bangsa, agama (Islam) dan negara. Demikianlah pegangan UMNO kepada Islam sehingga Perlembagaan ciptaan UMNO mensyaratkan seseorang itu adalah Melayu jika dianya beragama Islam. Nik Aziz tidak akan memasukkan syarat ini kerana Melayu boleh jadi jahiliah dan tidak Islam kerana tidak sokong PAS.

9. Asas Islam mungkin tidak sama dengan nasionalisme. Penganut-penganut agama lain juga boleh jadi nasionalis. Ini tidak bermakna nasionalis Islam tidak Islam. Nasionalis yang terdiri daripada orang Islam memang berjuang untuk menegakkan agama Islam, memelihara negara Islam dan menjaga kehormatan agama Islam.

10. Mustafa Kemal Ataturk tidak menitik berat ke-Islamannya. Dia adalah seorang nasionalis. Pada masa dia berperang untuk negaranya, Turki dikuasai oleh orang Greek Kristian. Kerana nasionalismenya yang amat kuat, dia berperang sehingga Turki kembali ditakluk dan diperintah oleh orang Turki.

11. Dengan menyelamatkan Turki daripada orang Greek agama Islam terpelihara sehingga ke hari ini dan ke-Islaman orang Turki kekal. Sudah tentu Nik Aziz tidak akan akui orang Islam Turki adalah Islam.

12. Tidak ada keangkuhan yang lebih daripada seorang yang memikir dia sahaja Islam dan orang Islam lain tidak Islam dan tidak beriman kepada Allah s.w.t.

13. Terselamatnya banyak negara Islam yang dahulu dijajah adalah hasil perjuangan nasionalis Islam. Mereka nasionalis kerana mereka masing-masing sayang dan setia kepada negara mereka sahaja. Jika mereka hanya berjuang untuk Islam maka tumpuan mereka tentulah kepada membebaskan seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa atau negara. Tetapi hakikatnya mereka tidak berjuang untuk negara Malaysia dan agama Islam di sini. Yang berjuang untuk membebaskan negara kita dengan agama Islam di sini ialah nasionalis Islam Melayu.

14. Nik Aziz sendiri berjuang hanya di Malaysia dan tidak di seluruh dunia Islam yang hari ini menghadapi pelbagai jenis penindasan dan tekanan. Walaupun Nik Aziz mendakwa bahawa dia berjuang untuk Islam, tetapi dengan menghadkan perjuangannya kepada negara ini dia juga adalah nasionalis sama seperti nasionalis dalam UMNO. Jika orang UMNO jahil kerana nasionalisme mereka, Nik Aziz juga jahil kerana sebab yang sama.

15. Apakah nasionalis Melayu Islam tidak pernah menyatakan tujuan hidup ini? Jika Nik Aziz membuka mata dan telinga, mungkin dia akan melihat perjuangan UMNO untuk Islam secara yang terpampang dihadapannya dan mendengar segala yang diperkatakan oleh pemimpin dan ahli UMNO berkenaan perjuangan untuk Islam, orang Islam dan negara Islam. Saya tidak perlu ulang tujuan hidup nasionalis Islam Melayu ialah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan membuat ibadah tertentu, memelihara orang Islam dan agama islam bukan sahaja di Malaysia tetapi dimana sahaja orang Islam ditindas. Tuhan yang akan menilai pengabdian nasionalis Melayu Islam dan bukan Nik Aziz.

16. Sebaliknya apa yang keluar dari bibir Nik Aziz sebagai tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihanraya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan PKR. Untuk ini Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, bersedia untuk bekerjasama dengan syaitan untuk menjayakan perjuangannya, bekerjasama dengan orang yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS, mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran agama Islam. Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya dalam pilihanraya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah, tetapi kemenangan dalam pilihanraya.

17. Bolehkah Nik Aziz baca apa yang ada dalam hati orang Melayu UMNO Islam apabila mereka mengucap dua kalimah syahadah? Apakah Nik Aziz tahu apa yang ada dalam hati seseorang apabila dia berniat dalam hati semasa solat dan masa-masa lain. Apakah Nik Aziz percaya dia adalah manusia luarbiasa yang tahu apa ada dalam hati seseorang yang tidak sama dengan apa yang disebut olehnya?

18. Kuasa ini hanya ada pada Allah s.w.t. Adakah Nik Aziz juga mempunyai kuasa ini? Apakah pandangan Islam terhadap orang yang mendakwa dia boleh baca apa yang ada dalam hati manusia sepertimana Allah s.w.t. boleh membacanya.

19. Apakah dasar pejuangan UMNO telah saya jelaskan. Islam tidak menyuruh kita hanya membuat ibadat tertentu sahaja. Mempertahankan umat Islam di Malaysia adalah satu daripada yang diwajibkan ke atas orang Islam. Sebab itu orang yang terbunuh mempertahankan orang Islam dan negara mereka termasuk dalam golongan syahid.

20. Apakah usaha yang dibuat oleh Kerajaan pimpinan nasionalis Melayu Islam supaya keupayaan menyelamatkan umat Islam dan agama Islam di Malaysia ada pada negara ini tidak menepati satu daripada kewajipan orang Islam? Untuk pengetahuan Nik Aziz Kerajaan pimpinan Melayu Islam nasionalis berjaya menolong orang Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara tertentu sehingga serangan keatas mereka terpaksa dihentikan.

21. Untuk menunaikan kewajipan ini negara harus mempunyai kewangan yang cukup yang datang daripada peningkatan ekonomi negara. Akan mampukah kita menunaikan kewajipan ini jika kita papa kedana, selalu meminta-minta dan mengemis daripada orang lain. Perjuangan untuk membangunkan negara supaya pertahanannya lebih kukuh adalah kewajipan orang Islam. Tidak mencukupi jika kita hanya berdoa meminta pertolongan Allah s.w.t.

22. Apakah benar UMNO menghapuskan Jawi sehingga kita tidak dapat membaca Al-Quran? Tidakkah Kerajaan UMNO mengadakan sekolah agama, mata pelajaran Islam yang menggunakan tulisan Jawi? Kenapakah Harakah menggunakan tulisan Rumi? Bagaimanakah terdapat lebih ramai yang mempelajari agama sehingga ke peringkat universiti jika generasi ini buta Al-Quran, tidak boleh baca Jawi.

23. Peruntukan kepada sekolah agama rakyat dihentikan kerana bukan agama yang diajar di sekolah-sekolah ini tetapi politik pecah-belah parti PAS.

24. Tidak pernah saya membuat tuduhan yang Nik Aziz menyebabkan parti UMNO diharamkan, atau penubuhan Semangat 46 atau Parti Keadilan. Tetapi yang jelas ialah PAS memberi sokongan kuat kepada serpihan ini kerana gemar melihat perpecahan dan pengharaman UMNO.

25. Benarkah Islam menerima pecah belah sebagai satu perkara yang pasti berlaku seperti Nik Aziz katakan?

26. Tafsiran ayat 36 dalam Surah Al-Baqarah berbunyi demikian; "Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua (Adam dan Hawa) daripada syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan daripada nikmat yang mereka telah berada di dalamnya; dan kami berfirman, "Turunlah kamu. Sebahagian dari (keturunan) kamu menjadi musuh kepada sebahagian daripada yang lain; dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".

27. Ayat ini adalah berkenaan umat manusia yang sering berpecah belah dan bermusuh-musuhan sesama mereka.

28. Rujukan oleh Nik Aziz kepada ayat ini secara tidak langsung menjadi pengakuan oleh Nik Aziz yang dianya memang terlibat dengan pecah belah orang Melayu Islam.

29. Khusus bagi orang Islam, Allah s.w.t. berfirman (Ayat 10 Surah Al-Hujarat); "Innamalmukminu na ikhwana..." iaitu orang-orang yang beriman (mukmin) itu adalah bersaudara.

30. Ayat itu diteruskan dan maksudnya ialah, "maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

31. Allah s.w.t. berfirman lagi dalam Al-Quran (Ayat 103, Surah Ali-Imran); "Dan berpeganglah kamu pada tali Allah (Al-Quran) dan janganlah kamu bercerai berai..."

32. Tak mungkin Nik Aziz tidak tahu akan ayat-ayat ini. Lebih mungkin Nik Aziz lupa dalam keghairahan menyalahguna agama untuk menghalalkan perbuatan yang ditegah. Yang jelas ialah Islam tidak menyuruh perpecahan di kalangan umat Islam.

33. Nabi Muhammad tidak memecah-belah orang Islam. Utbah bin Rabiah mengecam Nabi kerana agama Islam yang dibawa Baginda memecah belah kaum Quraisy (yang pada masa itu bukan semuanya Islam) kerana sebahagian daripada mereka telah memeluk agama Islam. Janganlah Nik Aziz banding dirinya dan apa yang dilakukan olehnya sama dengan Baginda Rasulullah. Baginda telah cuba menyatupadu orang Quraisy melalui Islam tetapi Nik Aziz menyeru supaya orang yang sudahpun Islam berpecah tiga dengan niat untuk melemahkan UMNO, musuh politik PAS.

34. UMNO tidak menculik ADUN PAS. Sebaliknya permusuhan antara pemimpin PAS Terengganu menyebabkan beberapa daripada mereka meninggalkan PAS untuk menyertai UMNO. Hari ini pun terlihat banyak peristiwa seperti ini berlaku. Jika mana-mana ahli PAS yang berpisah dari PAS untuk menyertai UMNO dan kemudian balik kepada PAS itu adalah pilihan mereka. Tidak ada paksaan atau tekanan dengan menyalahguna agama oleh UMNO untuk mendapat orang PAS.

35. Saya tidak tahu ada pilihanraya pada tahun 2003. Yang ada ialah Pilihanraya Umum 2004, di waktu mana saya bukan lagi Perdana Menteri dan PAS kalah teruk.

36. PAS tidak harus lupa di Memali enam orang anggota polis ditembak mati oleh pengganas Memali. Itulah sebabnya polis terpaksa tembak balas.

37. Iqraq ditafsir sebagai "baca". Membaca tetap akan memberi kita tambahan ilmu. Sebab itu intelek Islam dizaman dahulu mengejar ilmu dengan membaca dalam bahasa Greek ilmu yang diterokai oleh mereka itu. Tak mungkin mereka membaca tulisan Greek dengan mengguna bahasa Arab.

38. Selepas menguasai ilmu yang diterokai oleh orang Greek, orang India, Parsi dan lain-lain maka dapatlah intelek Islam menambah kepada ilmu sains dan matematik dengan hasil kajian mereka. Dengan itu juga bahasa Arab menjadi bahasa ilmu.

39. Orang Eropah terpaksa mempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu mereka. Sementara itu orang Islam (Arab) menolak ilmu yang kononnya sekular, kerana kononnya tidak berkaitan dengan agama.

40. Ilmu terkini yang diterokai oleh bangsa Eropah ditulis hampir semuanya dalam bahasa Inggeris.

41. Sains dan matematik tidak seperti ilmu lain. Sains dan Matematik memperkenal banyak ilmu baru hasil kajian yang dibuat sepanjang masa. Semua hasil ini dihebah dalam bahasa Inggeris. Kita tidak mempunyai cukup pakar yang terlatih dalam bidang-bidang sains tertentu yang fasih dalam bahasa Inggeris dan Melayu untuk menterjemah beribu-ribu kertas kajian (research papers) dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya jika ilmu baru ini tidak dikuasai oleh orang Melayu, bahkan orang Islam, mereka akan ketinggalan jauh kebelakang, menjadi mundur dan lemah, mudah dipermain orang.

42. Bolehkah Nik Aziz perkenalkan seorang Melayu yang mempelajari Sains hanya dalam Bahasa Melayu yang mampu menulis kertas atau memahami tulisan berkenaan dengan nano sains atau theory of relativity atau perkiraan yang diperlukan untuk menghantar space shuttle supaya menemui dan dipasang kepada International Space Station.

43. Pada pendapat Nik Aziz apakah hanya dengan mengguna bahasa Melayu dalam mempelajari sains dan matematik kita akan jadi lebih Islam? Apakah Nik Aziz berpendapat dengan mengguna bahasa Malayu maka kita lebih Melayu, lebih setia kepada bangsa, lebih nasionalis, sedangkan Nik Aziz mendakwa Melayu tidak penting asalkan kita Islam, dan nasionalisme menjadikan kita kurang Islam. Apakah minat Nik Aziz kepada pengajaran dalam bahasa Melayu tidak mencerminkan sifat Nik Aziz sebagai seorang nasionalis juga, sama seperti orang UMNO. Nik Aziz harus tuntut supaya Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Arab, bukan bahasa Melayu.

44. Islam tidak akan sempurna tanpa iman kata Nik Aziz. Saya tahu dan orang UMNO tahu. Tetapi bagaimana Nik Aziz boleh tahu seseorang Islam sempurna imannya atau tidak? Allah s.w.t. tahu tetapi apakah Nik Aziz mempunyai kebolehan seperti Allah Ta'ala?

45. Apakah Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah tidak berjasa kepada Islam apabila dia membina Masjid Dhirar? Jika membina sekolah agama tidak bermakna UMNO berjasa kepada Islam, kenapakah saya dikecam apabila peruntukan kepada sekolah agama ditarik balik setelah sekolah dijadikan pusat mengembangkan ideologi PAS untuk membenci UMNO?

46. Apakah oleh kerana di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama (yang dibangun oleh orang Islam) maka ini bermakna pembinaan sekolah agama oleh UMNO tidak bermakna berjasa kepada Islam. Apabila PAS mendirikan sekolah agama apakah PAS berjasa kepada Islam? Atau berjasa kepada parti?

47. Arak sekarang dijual dibawah pemerintahan PAS. Besar atau kecil tidak bermakna kebenaran menjual arak tidak bertentangan dengan Islam.

48. Judi dan arak memang haram bagi Islam. Saya jemput Nik Aziz secara terbuka tuntut rakan karibnya DAP supaya sekarang ini, sebagai anggota dalam Pakatan Rakyat yang akan memerintah negara ini membuat pengakuan tertentu yang Kerajaan campuran Pakatan akan haramkan judi dan penjualan arak, disamping menerima hukum Hudud. Jika DAP enggan membuat kenyataan ini sanggupkah PAS mendakwa akan kalahkan calon DAP? Atau apakah PAS akan membisu berkenaan dengan negara Islam PAS, hukum Hudud, pengharaman judi dan arak kerana bukan dasar dan tujuan perjuangan PAS yang penting tetapi kemenangan dalam PRU dengan pertolongan DAP yang penting?

49. Akhir kata saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri. Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

50. Justeru itu bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihanraya.

Serambi Mekah Sarang Maksiat...



ANGGOTA penguat kuasa membantu seorang wanita di percayai pelacur yang cedera dalam kejadian rumah pelacuran runtuh di Lorong Limau Manis, Kota Bharu se malam.

KOTA BHARU - Tingkat satu sebuah rumah pelacuran dua tingkat di Lorong Limau Manis di sini yang menjadi sarang maksiat sejak 20 tahun lalu runtuh dalam satu operasi cegah maksiat malam kelmarin.

Kejadian berlaku sebaik sahaja 27 anggota penguat kuasa dari pelbagai jabatan melakukan serbuan serentak ke atas rumah berkenaan sekali gus menyebabkan keadaan menjadi panik dan kecoh dengan jeritan.

Enam orang terdiri daripada seorang lelaki, tiga wanita dipercayai pelacur rakyat Malaysia berketurunan Siam dan dua kanak-kanak berada dalam rumah tersebut ketika serbuan dilakukan pada pukul 10.30 malam.

Komen:

Gila lama sarang maksiat kat kelantan, sudah beroperasi sejak 20 tahun... lama-lama..Tapi berkonsepkan tradisional rumah pelacuran tersebut telah membuatkan operasi pelacuran tersebut boleh bertahan begitu lama.. Bertahan sendiri ataupun telah mendapat green light daripada kerajaan negeri. Mungkin dengan syarat jangan gantung CAP TAPAK KAKI kat depan kedai atau reflexology bak kata org kelate.

Tapi punya siot jer penguatkuasa naik sampai 20 orang tu buat apa. Korang g melompat ker dalam rumah tu sampai nak roboh ruamah tu. Tapi cam mana bleh ada kanak2 kat situ.. Mungkin nak mengaburi pandangan masyarakat kot.. Pelacur pun dah pandai ikut cara kempen Pakatan.... Diaorg ikut Bnag Nuar.. pakar mengalih pandangan... pandai spin wooooo..

Tapi apapun banyak lagi tempat yang dijadikan sarang pelacuran di kelantan. Keruntuhan moral yang amat hebat... Kes cerai bersepah2, kes rogol anak banyak, tak usah citerlaaa. banyak sgt...

Sebelum tegur orang, cermin dulu diri sendiri.. selama ini duk canang negeri serambi mekah... tapi pelacuran dan masalah sosial bersepah2... wat malu org kelatam jer..

Monday 14 February 2011

Merlimau dan Kerdau: PAS Sudah Penat


Penat Bodoh....makan dulu....


PAS sudah kepenatan... di Merlimau PAS bertanding dan kemungkinan besar akan kalah.. Pas cuma mahu kurangkan majoriti... kalau majoriti kurang.... dah dikira menang di Merlimau... Bagi PAS la.. Tapi bagi puak2 bawah yang bekerja meraih undi yang sanggup tinggalkan anak,bini, suami merasakan sudah kepenatan yang amat sangat.

Apa yang diorg perjuangkan sekarang sudah tidak menampakkan hasil dan perjuangan yang tidak tahu mana hala... Penat-penat. Apa lagi yang dibanggakan oleh geng2 nie. semakin hari semakin kurang sokongan terhadap PAS. Cuma yang tinggal yang totok sahaja... tu pun dh mula nampak akan kehancuran Pakatan... kehancuran melayu disebabkan muafakat PAS dengan PKR n DAP.

Apabila kerusi Merlimau PAS yang akan bertanding kononnya untuk kurangkan majoriti. Macam mana plak keruis di Kerdau. PAS sudah penat untuk bertanding di kerdau. Kalu bertanding di Kerdau.. kalah dalam tangan.. Buat kerja cam mana pun susah nk amik kerusi di Kerdau.. Adakah PKR yang akan bertanding di kerdau sekiranya PAS sudah penat dengan PRK.

Kerusi Kerdau sudah diminati oleh PKR.. Adakah PAS akan melepaskan kerusi tersebut kepada PKR. N.ajis sakit kepala nak kerahkan jenteranya untuk meraih undi. PAS kehabisan isu yang nak dimainkan dan tak tahu cam mana nak menipu lagi... semua yang diceramahkan sudah tidak dilayan. rakyat sudah pandai menilai yang mana yang palsu dan yang mana benar. Point PKR sudah ditelah bumi cam umat nabi Lut yang main belakang..

Ditelan Bumi seperti kaum nabi lut... pengikut dan penyokong main belakang akan menerima nasib yang sama...


PAKU JANGAN TAK PAKU

Liza, pelacur di Kg Limau Manis, Jalan Hamzah boleh dihubungi menerusi bapak ayam bernama Jai di 014 811 9203... copy dr HousePK


Kelantan atau Serambi Mekah bawah Kerajaan N.Ajis memang hebat dan terhebat dalam seluruh negeri disemananjung. Semua ada di kelantan dan semua undang2 ada di kelantan. Semua baik2 n klau yang tak baik tu datangnya dari BN. PAS semua baik2...

Kalu PAS nak buat rumah urut ker, rumah PAKU ker, Nak tenpat istirehat keluarga main Snooker ker buat la... Selangor, pulau pinang, kedah pun bersepah2 rumah urut, Rumah memaku ker tarak hal nyer. Mungkin Kelantan dah mula belajar daripada pulau Pinang, selangor n Kedah cam mana nk dapatkan keuntungan. so buatla secara senyap2. lagipun kelantan mudah, nak masuk golok pun senang.. semua ada di sana.. bayar jer..

Tapi gambar yang HousePK bg tu melampau sangat... marah puak2 PAS wooo. paling tidak pun biarla nampak senonoh kit. Katil ker hapa tu... berkarah2 beb..dengan bantal goleh tak bersampul, tilam tak bercadar, silap2 pijat pun bersepah2 kat situ... giler tak senonoh..

Tal glamour langsung..bagila gambar yang senonoh sikit sesuai dengan nama kelantan, negeri pantai timur penuh dnegan adat kesopanan.. Orang2 kelantan semua pakai tudung dan berkopiah.. PAS For All, Mungkin kepimpinan PAS terlepas pandang semua nie....Apapun Tahniah kepada PAS kerana mewujudkan tempat memaku... Paku jangan tak Paku

Calon Merlimau dan Kerdau

Siapa pulak yang nak bertanding di Merlimau dh Kerdau nie setelah kerusi tersebut kosong. Apapun alfatihah... kita sesama sedekah. Takziah kepad ahli keluarganya..

Pilihanraya tiba lagi... macam tunggu bulan puasa. puasa pun setahun sekali. Tapi Piliharaya nie plak dah berbelas2 dah.. tak abis2 dengan pilihnaraya...Suka sangat politik.. Bak kata jebatberkokok, kalau dah suka sangat politik, semua benda nak politik, tuhan uji kita semua dengan politik.. Politiklaaa, nak sangat berpolitik....

Mungkin rahmat bagi penduduk setempat bila pilihanraya kecil diadakan. Sedikit sebanyak dapatlah diselesaikan masalah setempat dengan kadar segera. Walaupun BN dh memainkan peranan nie sejak dulu lagi, paling tidak kesinambungan itu diteruskan dengan lebih cepat lagi.

Bagi PAS dan PKR, siapa yang akan bertanding di Kerdau. Merlimau PKR dah bg lalun pada PAS.. walaupun peringkat bawahan dan mengamuk2 protes.. Bagusla kalau dah bergaduh sesama sendiri.. Sekarang kat Kerdau.. Pakatan dah calon tempatan ker? Ada lagi tak penjawat awam yang akan dijadikan korban Pakatan . Kat Tenag dh berkubuq dah..

Friday 11 February 2011

UMMI ada Video Lucah Anwar dgn Shamsidar


Gelombang Rakyat dah masukkan story nie.. kalau UMMI dedahkan video nie kepada umum, bukan sahaja rakyat Malaysia yang tgk, satu dunia akan tgk... Glamour UMMI....

Video Lucah Anwar dgn Shamsidar tu akan mengalahkan Airil peterpond...tak dapat nk bayangkan cam mana aksi2 dalam Video tu.. adakah mengalahkan 5 star punya...

Tapi bagi orang PAS semua tu tak salah...sembahyang hajat sekali, pas tu bg tau allah dah ampunkan dosanya.. Anwar kena bertaubat atas perbuatannya, baru boleh jadi pemimpin PAS ooop Pemimpin Pakatan yang cermerlang terbilang tersondol Belakang.

Bila agaknya UMMI nak dedahkan Video nie.. ker agenda tersembunyi jer...

Paku2.....

Thursday 10 February 2011

Bonus Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Rakyatnya





Taman Pelangi, Juru, Pulau Pinang., satu demonstrasi aman peniaga-peniaga kecil Melayu di sana. Di sini rakan bloggers kita MiM sertakan gambar-gambar yang diambil sebentar tadi.

Inilah nasib orang melayu Pulau Pinang yang telah tersilap memilih Pakatan Rakyat. Disebabkan hanya mahu termakan pujukan Pakatan masa PRU12. Akibatnya merana badan.

Buatla brapa byk demo ker antor surat ker apa ker kat Ketua Menteri berjuta2 kali pun. benda yg dah roboh telah diroboh. teriam jer la apa alasan pun. Mungkin gerai yang diroboh tu gerai yang menentangnya. sia pa yang tak sokong Pakatan, memang akan menerima nasib sebegini.

oleh itu, tepuk dada tanya selera.. Orang Melayu Pulau Pinang berdepan dengan 1001 alasan dari kerajaan pakatan.

PRU 13 masa untuk melayu bersatu...

Merlimau: Selamat Pagi Cikguuuuu MALApas


KFC best wooo


Salah satu faktor kekalah PAS di Tenang disebabkan oleh rakyat di Tenang sudah tidak mempercayai PKR. Mereka sudah bosan dengan permainan, lakonan PKR selama ini yang berjuang untuk diri sendiri.

Masa berebut kerusi Merlimau sapa yang nak letak calon, PAS or PKR. PKR nak letak calon dia kerana melihat PAS sudah tidak diterima lagi oleh orang Islam kerana fatwa2 bodohnya. Lagipun kalau letak calon PKR, yang akan jadi hamba abdi buat kerja sudah semestinya orang PASn yang hina itu.

Tapi PAS plak telah menegaskan akan mengekalkan kerusi tersebut. calon PAS yang akan bertanding. Bagi PAS, PKR sudah tidak dipercayai oleh rakyat tak kisahla melayu ker cina atau india. Yang penting corak kepimpinan PKR sudah hancur dan tunggu untuk dikuburkan sahaja. Oleh yang demikian PAS akan meletakkan calonnnya. Siapa calonnya..... kita tunggu.... ada ker calon PAS nie...

Pergelutan peringkatan atasan pakatan semakin menjadi2 hingga barua-burua dibawah nie dah nak gila cover.. akhirnya pecah gak. PAS berdepan dengan musahnya sendiri. PKR tak akan membantu di Merlimau.

Kekalahan dalam tangan mereka di Merlimau. Orang Melaka tak sabar menunggu kunjungan Pakatan. kasi lumat punya...

Kita tunggu aapa fitnah yang akan dibuat oleh PAS di Merlimau...

Selamat Pagi Cikgu Mala...

Perjuangan Murni Pakatan

Shuhaimi dituduh mengikut Akta Hasutan kerana penulisan di blognya didakwa biadap dan menderhaka kepada Sultan Selangor.


Apa yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan sekarang semuanya murni, kerana rakyat dan mengikut islam.

Sokongan dan bantuan kewangan kerajaan negeri Selangor kepada Shuhaimi Shafiei dlihat tepat dan sejajar dengan prinsip keadilan dan demokrasi yang dijulang Pakatan Rakyat. Boleh guna duit kerajaan selangor untuk membela nasib shuhaimi. Tak der hal laa, sikit punya hal.... yang penting rakyat melihat keprihatinan kerajaan selangor dalam membantu kawannya yang tersepit..

Itu semua bukan duit rakyat... bantuan kewangan kerajaan selangor tu bukan duit rakyat.. tapi duit bapak kepimpinan pakatan. Rakyat bukan tahu pasal pentadbiran kerajaan... Pakatan yang uruskan..

Bila masuk mahkamah atas tuduhan derjaka pada sultan, guan duit rakyat selangor seolah2 rakyat selangor merelakan perbuatan tersebut. mungkin bg puak2 pakatan ianya tidak salah derjaka kepada sultan... Orang melayu derkaha kepada sultan. Shuhaimi tu orang melayukan...Adun Sri Muda.Besar tul dia berani derhaka kepada sultan.

Inilah permainan politik pakatan yang membela nasib puak2nya hanya untuk politik bangsatnya..

Wednesday 9 February 2011

Merlimau: Saya Bodoh Tuan....



Pergolakan di akar umbi PAS dan PKR nampaknya masih tidak Tenang lagi sebagaimana terkena di PRK Tenang tempohari. Sebelum mengundi lagi ramai juak2 PKR dah meninggalkan Tenang kerana tidak senang dengan pemilihan kerusi di Merlimau. PKR mahu bertanding di Merlimaula katakan, kerana akalu PAS bertanding pun pastinya kecundang. So nak kena letak calon PKR yang dikatakan bakal mengurangkan majoriti....

Diperingkat antasan kepimpinan nampak baik-baik sahaja apabila PKR mengalah dengan kekerasan PAS mahu mengekalkan kerusi tersebut, Calon PAS yang akan bertanding... cam biasa juak2 PKR tak membantu sangat pun, kalau ramai pun jauk2 PAS jer yang datang, abis pelusuh bukit , hutan rimba belantara, juak2 PAS akan turun... tak pa masuk syurga...

Persoalannya, siapa calon PAS yang akan bertanding di kerusi Merlimau, adakah dia nie penjawat awam yang nasibnya serupa cikgu Mala di prk Tenang. Letak semua jawatan hanya semata-mata ingin mengurangkan majoriti sahaja. nasib selepas tu... Cikgu Mala la yang akan tanggung.

Sekiranya penjawat awam yang akan bertanding di kerusi Merlimau, apakah nasib yang sama akan diterima olehnya. Adakah PAS akan menyuruhnya letak jawatan tanpa pencen sematan2 mahu dicalonkan demi mengurangkan majoriti BN. kalau inila yang berlaku, PAS sedang berdepan dengan hobi menyusahkan rakyat. Suruh Orang letak jawatan untuk merebut jawatan sebagai Adun atau Parlimen... Bukan nak menang, tapi hanya mahu mengurang majoriti... maha zalim...

Monday 7 February 2011

Pakatan Takut Peranan Kerajaan Selamatkan Rakyat Malaysia Di Mesir

Pakatan memang takut tahap babi apabila misi kerajaan menyelamatkan warga Malaysia di Mesir. Misi yang tanpa mengira bangsa, agama, pahaman politik diteruskan oleh Kerajaan. Apa yang penting selamatkan rakyat Malaysia. 1 Keluarga yang diterapkan dan dilaungkan oleh Kerajaan amat menakutkan puak-puak pakatan.

Puak pakatan hanya mahu mengkritik dan menuduh Kerajaan lembab dan tak prihatin terhadap kesusahan rakyat Malaysia yang berada disana. Kerajaan bawa balik semua rakyat Malaysia.. Yang tak nak balik tu... kerajaan tak leh nk buat... cam lembu boleh ditarik kesungai untuk minum air, tapi tak boleh paksa dia minun air tu....

Dengar2 yang tak nak balik tu merupakan pelajar tajaan PAS dan telah di desak oleh parti tersebut supaya jangan balik. Duk sana diam2. kalau terjadi apa2 kat diorg tu, boleh salahkan Kerajaan. Kononnya kerajaan tak prihatin terhadap pelajar kita disana. tapi yang ramai disana pun orang PAS gak.

Tak silapnya, tahun pertama diorg di taja oleh keluarga sendiri, apabial dh masuk tahun kedua, kebiasaannya mereka akan mula meminta bantuan daripada Baitulmal, MARA, Kerajaan Malaysia dan juga kerajaan Mesir. Kebiasaan Kerajaan akan membantu pelajar2 ini kerana prestasinya bagus serta tidak mahu meyulitkan pelajaran mereka ini. Bertapa baiknya kerajaan tanpa mengira politik keluarga,

Tapi yang sedihnya ada juga yang menuduh kerajaan tak bantu mereka hinggakan diaorg terpaksa menggunakan pembelanjaan sendiri untuk pulang ke Malaysia. Semua nie bohong dan fitnah jahat. Semua pelajar dan warga Malaysia yang di bawa balik di tanggung oleh Kerajaan.

Masih ada perangai sial yang cuba mempolitikkan perkara ini. Tapi apa yang penting kerajaan menghabiskan berjuta2 ringgit semata2 hendak membawa pulang semua warga Malaysia yang berada disana. Apa yang Kerajaan buat nie jauh lebih mulia daripada Pakatan haran yang hanya tahu menuduh, menfitnah, mengkritik kerajaan. kalau Pakatan nie bagus sangat... tanggungla kos perbelanjaan Warga Malaysia di sana.