Wednesday, 7 April 2010

MIC Akan Bertanding Parlimen Hulu Selangor

Persoalan yang bermain dalam kepala mungkin telah sudah terjawab, Calon Barisan Nasional daripada MIC akan bertanding di kerusi parlimen p094 hulu selangor. Apapun kita belum tahu siapakan calon MIC tersebut. Apakah Datuk G akan bertanding semula? Apakah ada calon lain daripada MIC? Semua akan terjawab dalam masa terdekat.

Apa yang terjadi tradisi Barisan Nasional susah hendak dipecah. Dari dulu sampai sekarang tradisi tidak akan dipecahkan. Apakah kalau dah kerusi MIC ker UMNO ke kerusi DAP ker.... sampai sudah akan terus dikekalkan? Adakah ini yang ditekankan dalam BN. Siapapun yang bertanding, semangat muafakat serta kepercayaan tetap wujud dalam BN..

Kalau dilihat secara kasar di Hulu Selangor, terdapat 3 DUN, Ada wakil rakyat melayu dan cina. Parlimen pun bakal ditandinggi oleh kerusi MIC. Kira cukup serangkai melayu, india dan cina di Hulu Selangor..

Sengit tetap sengit, panas tetap panas di sini. Hari ini sahaja bahang pilihanraya sudah dirasai... Masing-masing menunggu siapakah calon daripada PKR.

No comments:

Post a Comment