Showing posts with label harakahdaily. Show all posts
Showing posts with label harakahdaily. Show all posts

Monday, 22 November 2010

Solat Hajat Selamatkan PKR




Bila Tok Guru nak buat solat hajat seluruh Malaysia serentah untuk selamatkan PKR daripada jahanan disebebkan oleh masalahnya sendiri.Apa tidaknya, isu pemilihan pimpinan PKR kecoh satu malaya.

Ada yang sampai buat demonstrasi bantah keputusan pemilihan pimpinan baru, semua nay sudah dirancang. Ahli-ahli PKR yang merasakan perjuangan untuk rakyat sebelum ini sudah kecewa kerana perjuangan hanya untuk jadi PM dan hanya untuk kepentingan familynya sahaya.

Suka betul berdemostrasi. Bapak Borek Anak Rintik. Semua berpunya daripada pemimpinnya. Kenapa semua ini berlaku. Adakah sebab kepimpinan PKR yang lemah dan tak terurus. Adakah disebabkan semua ahli dan penyokong PKR yang sebenarnya bodoh dan mudah tertipu oleh permainan politik PKR? Jelasnya henti2la menyokong PKR. PAS masih lagi berpegang kepada kepercayaannya menyokong PKR dapat jadi PM dah pemimpin PAS dapat jadi Menteri, Dapat jadi Timbalan Menteri, dapat jadi Setiausaha Politik. Tapi apakan semua itu terjadi. Mungkin satu hari nanti?

Paling malang apabila akal fikiran yang bijak2 yang ada pada setiap manusia tidak dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang betul dan mana yang palsu. Semua merasakan diri sendiri sahaja yang betul.

Sunday, 2 May 2010

PAS> Syarat Masuk Syurga



Syarat bg PAS untuk masuk syurga dengan memburuk2kan orang seagama? Cam tu ker......PAS boleh buat apa sahaja yang dia suka tanpa rasa bersalah ataupun berdosa. Kalau pakatan buat apa pun tak salah dan berdosa pun... semuanya boleh.... semuanya ada sebab kenapa ia boleh dan tak boleh... Tapi apa yang kerajaan BN buat semuanya salah dan berdosa... itu yang pasti....

Pasal Kickdefella dedahkan PAS peruntukan 4 Juta hanya untuk mengurus operasi geraf saraf bagi melemahkan kepimpinan Datuk Seri Abdullah ahmad Badawi memang mencuit perhatian penyokong2 pas dan juga rakyat Malaysia. Hebat permainan parti yang mmeperjuangkan islam, tapi belanja sejumlah wang 4 Juta untuk memburuk2kan seseorang dan juga negara sendiri. Masuk syurga juga kot kalau menfitnah orang nie, masuk syurga juga kot memburuk2kan orang nie. 4 Juta oooit... bukan 4 henggip... Banyak tu... Kalau duit tersebut diguna untuk keselesaan rakyat kelantan, ramai rakyat kelantan yang sennag sikit... Tapi kalau tolong rakyat dengan duit tersebut masuk neraka kot... sebab tu la PAS tak tolong rakyat kelantan... PAS hanya berminat dengan operasi gerak saraf memburuk2kan orang. Itukah antara syarat orang PAS masuk syurga? tak faham tul akuu.....

APA NAK JADI DENGAN PAS AKAN DATANG!!!!!!






Sunday, 11 April 2010

Hulu Selangor > Nasib Orang Asli Terbela di Bawah Barisan Nasional



SHAH ALAM, 11 April: Kerajaan Negeri Selangor amat prihatin dan memberi perhatian yang serius terhadap taraf sosioekonomi Orang Asli di negeri ini yang seolah-olahnya tidak dibela oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Justeru, masyarakat Orang Asli termasuk di Hulu Selangor merasakan nasib mereka lebih terbela di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah negeri sekarang.

Sehingga hari ini, masih banyak terdapat kampung-kampung Orang Asli tidak mendapat bekalan elektrik, air minuman bersih, dan jalan raya di mana Jabatan Hal Ehwal Orang Asli di bawah Kerajaan Persekutuan gagal menyediakan dana sebelum ini.

Untuk itu, kerajaan negeri merancang untuk memastikan pembangunan sosial dan ekonomik yang bersepadu, melalui program-program pendidikan golongan dewasa, skim pinjaman secara kecil-kecilan, dan program membangunkan diri. Sumber Harakahdaily.net

Komen:

Apa punya pekaklah kerajaan pakatan ni, mengesahkan bahawa kehidupan orang asli lebih terbela dibawah Pakatan Rakyat. Apa yang Pakatan Rakyat selama 2 tahun perintah selangor. Apa yang mereka berikan kepada rakyat tempatan di sini. Kalau takat nak berpolitik tumpang tuah orang lain, baik tak payah. Kalau ditengok gambar projek Risda untuk projek kelapa sawit untuk orang asli tu, lama dah kerajaan sediakan. Pokok kelapa pun dah boleh tuai hasil, entah2 separuh umur Menteri Besar?

Nasib orang asli lebih terbela dibawah kerajaan Barisan Nasional dan rata-rata orang asli disini amat berterima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional keraja prihatin dengan nasib orang asli serta memberi layanan yang sama. apa yang penting ekonomi orang asli disini bertambah baik.

Aku pun tak tahu macam mana kerajaan pakatan boleh buat kenyataan macam ni. Tolong la turun padang dan masuk kat kg2 orang asli nie. Banyak dah projek-projek kerajaan Barisan Nasional buat demi keselesaan rakyat.

Ini baru sikit mengenai orang asli, banyak lg projek-projek orang asli yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional. Tapi macam biasa, Pakatan akan ambil gambar dengan muak-muak sekali dan bg tahu projek tu diorang yang buat.

Monday, 22 March 2010

Menteri SentuhPendirian Kerajaan Perlaksanaan Seksyen 51A

22 Mac 2010

Menteri menjawab pendirian kerajaan menegenai perlaksanaan Seksyen 51A Kanun Keseksaan Jenayah yang tidak menepati semangat pindaan seksyen tersebut.

Jawapan Menteri:

Kerajaan sentiasa memastikan bahawa ia melaksanakan sesuatu undang2 dengan mengikut semangat undang2 itu diperbuat. Dalam melaksanakan seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593), kerajaan berpendirian bahawa ia telah mematuhi kehendak seksyen tersebut sebagaimana yang dimasukan melalui akta kanun tatacara jenayah (Pindaan) 2006 (akta A1274). Oleh itu tidak wujud persoalan bahawa perlaksanaan tersebut tidak selaras dengan semangat ia dimasukkan dalam kanun tatacara jenayah. pihak pendawaan sememangnya terikat dengan peruntukan tersebut dan sentiasa mematuhinya semasa menjalankan pendakwaan.

Sebelum perbicaraan dimulakan, pihak pendakwaan akan membekalkan tertuduh dengan maklumat yang diberikan dibawah seksyen 107 akta 593, dokumen yang digunakan dalam perbicaraan dan fakta yang berpihak kepada kepada tertuduh, sekiranya ada. Fakta yang menyebelahi pihak tertuduh akan dibekalkan untuk mencapai perbicaraan yang adil. Subseksyen 51A(2) menyatakan bahawa pihak pendakwaan boleh untuk tidak membekalkan dokumen dan fakta dibawah subseksyen (1) sekiranya pembekalan dokumen dan fakta tersebut adalah bertentangan dengan kepentingan awam. Berkenaan dengan peruntukan ini kerajaan menyedari hakikat bahawa hak dan kepentingan tertuduh perlu dijaga tetapi hak dan kepentingan tersebut perlu diseimbangkan dengan kepentingan orang ramai termasuklaah mangsa dan saksi yang mempunyai risiko tinggi untuk terdedah kepada bahaya dan ancaman.

Beban untuk membuktikan tertuduh bersalah pada pihak pendakwaan dan untuk menyabitkan seseorang dengan sesuatu kesalahan, bukti dan keterangan yang tidak boleh disangkal perlu ada terhadap kes prima facie atas penilaian maksimum. pihak pendakwaan mempunyai tugas yang berterusan dalam menyemak apa2 fakta atau keterangan yang memihak kepada tertuduh. Dalam menjalankan tugas tersebut dan melaksanakan peruntukan seksyen 51A, pihak pendakwaan bersikap terbuka, peka dan bertindak secara munasabah serta sentiasa menyokong hasrat kerajaan dan semangat pindaan kepada kanuan tatacara jenayah tersebut.

Soalan macam ini pun ada ka. Apa kepentingan kepada rakyat berhubung soalan ini. adakah ianya berkait rapat dengan pertuduhan liwat. Semuanya ada kepentingan peribadi. Pakatan memang cam tu..

Terkini> Isu Tabung Haji Taja Penyokong Politik

22 Mac 2010

Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberi penjelasan dalam Dewan mengenai individu atau Kumpulan RA yang pergi menunaikan hajai secara ditaja sepenuhnya oleh Lembaga Tabung Haji sedangkan mereka ini adalah dari kalangan penyokong politik?

Menteri menjawab persoalan ini dengan ringkas. Apa yang disebut sebagai RA (Rombongan AM) adalah terdiri daripada Ahli Lembaga Pengarah TH dan ahli-aahli jawatankuasa dibawah Lembaga Pengarah yang menggunakan kelayakan mereka menunaikan fardhu haji. Bagi indivudu pula, TH tiada menaja mana-mana indivudu untuk tujuan menunaikan fardhu Haji.

Apa punya bodoh tuduhan ini. Orang nak mengerjakan fardhu haji pun pertikai, kononnya orang UMNO.. Cuba try test tanya Menteri Besau kelatam pasal ini.. apa komen dia..

Terkini.. Temph Seminggu Untuk Anwatr Ubah Kenyataannya.

Parlimen hari ini kecoh apabila pembangkang cuba halang usul khas Ahli Parlimen Kota Belud minta Anwar Ibrahim (Permatang Pauh) tarik balik dakwaan APCO cadang 1Malaysia & OneIsrael. Kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Permatang pauh adalah bercanggah kerana menyifatkan cadangan 1Malaysia dicadangkan oleh APCO syarikat perunding antarabangsa yang ditunjangi oleh dua tokoh Israel. Idea cadangan 1Malaysia ditiru daripada OneIsrael. Kenyataan yang dibuat ini adalah salah dan perlu diperbetulkan oleh Anwar. Anwar cuba mengaitkan 1Malaysia dengan OneIsrael kerana melihat 1Malaysia merupakan cadangana yang bernas untuk negara. Oleh itu bagi melihatkan 1Malaysia ini buruk, oleh yang demikian 1Malaysia telah dikaikan oleh OneIsrael.

Tempoh seminggu diberikan kepada Anwar Ibrahim untuk betulkan balik kenyataannya.


Thursday, 18 March 2010

Pendedahan Berani YB Zahrin ( PR Taik)


Ahli Parlimen Bebas


Selepas ini Dewan Rakyat akan menambah pewangi didalam dewan apabila YB Bayan Baru Dato Seri Zahrin mendedahkan wakil-wakil rakyat dalam PKR adaklah berdaki dan najis sahaja. YB Zahrin memetik buku SHIT tulisan sasterawan negara Professor Emeritus Dato Shahnon Ahmad dan menganggap apa yang tinggal didalam PKR hari ini hanyalah SHIT sahaja. Busuk siott

"Pada 12 Februari 2010, saya terpaksa mengambil langkah berani berhijrah daripada PKR menjadi Ahli Parlimen Bebas tanpa ikatan kepada mana-mana Parti. asas kepada penghijrahan ini adalah kerana keyakinan saya kepada perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat sudah diselubungi keraguan.

Keraguan saya adalah berdasarkan kepada landasan perjuangan Paktan Rakyat yang berteraskan reformasi dan pengubahan sudah menjadi agenda peribadi. ini terbukti apabila pembohongan dan putar belit agenda 16 September terbongkar, agenda merampas Putrajaya 'at all cost' keghairahan mereka terhegeh-hegeh menghantar deligasi sandiwara dianggotai oleh YB Batu, YB Bukit Lanjan, YB Machang dan lain-lain ke taiwan membontoti Ahli Parlimen Barisan Nasional demi melaksanakan agenda sempit mereka.

Yang Di Pertuan Agong dikatakan sedang menunggu di Istana untuk mendapat pengesahan jumlah MP BN yang akan melompat dan memberi perkenan Tuanku untuk PR membentuk Kerajaan Persekutuan. Malahan yang Di Pertuan Agong dikatakan sudah berkenan dan merestui YB Permatang Pauh sebagai PM ke 6. Malahan nombor plate kereta pun sudah ditukar menjadi WMK 6! kami disogok cerita kononnya Panglima ATM dan ATM juga memberikan sokongan pembentukan Kerajaan Peesekutuan oleh PR." Petikan ucapan YB bayan Baru 18 Mac 2010.

Giler hebat permainan politik PR. Tak sangka begitu cemerlang perancangan dalam mimpi-mimpinya untuk merampas negara daripada BN. Cukup-cukup hebat...

Apapun yang tinggal dalam PR hanyala taik-taik yang busuk dan hina. Semasa persidangan Dewan Rakyat bersidang, Ahli parlimen BN serta bebas terpaksa berkongsi bau busuk yang melanda dewan persidangan kerana bagi YB Zahrin wakil rakyat PR seperti taik. Apa lagi Anwar angkat kaki kira-kira lima minit selepas Y.B Zahrain membuka pekung Nuar Brahim mengenai pelan 16 September yang turut dikaitkan dengan Yang Di Pertuan Agong dan Panglima Angkatan Tentera. Panas telinga juga Nuar Brahim.. tak tahula sama ada dia menyampah tgk muka Zahrin atau Nuar Brahim memang nak terkucil ker masa tu, ataupun.. memang dia tak mahu mendengar hakikat sebenar yang dia gagal dalam mentadbir PR. Kalau ini pun tak boleh nak buat, macam mana pulak negara.. Besau dan tinggi sungguh angan2nya nak mentadbir negara..ini didedahkan sendiri oleh ahlinya..... Yang pastinya cakap memang pandai....


Kita ikuti perkembangan persidangan dewan rakyat minggu depan...

Antara Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Dalam Sektor Pertanian

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menjelaskan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengeluaran bahan makanan supaya negaratidak terus bergantung kepada bahan makanan yang diimport dan seterusnya mempertingkatkan tahap sara diri.

Antara usaha-usaha yang dilaksanakan olehkementerian di antaranya ialah
(i) Meningkatkan pengeluaran makanan melalui perlaksanaan lima projek berimpak besar. High impact project iaitu Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Ladang Kontrak, Pusat Feedlot Nasional (NFC), Zone Industrial Aquaculture (ZIA), dan Pembangunan 15,000 usahawan industri asas tani

(ii) Berusaha meningkatkan pengeluaran padi melalui Dasar Jaminan Bekalan Makanan 2008 – 2010 yang mana kerajaan juga telah menyediakan peruntukan bagi penyelenggaraan parit, tali air,perataan tanah, memberi bajet tambahan, racun perosak, kapur,dan lain-lain

(iii) Peningkatan pra-aktiviti melalui hasilan penyelidikan, dan pembangunan atau pun R&D yang dipindah dan dikomersialkan kepada golongan sasar seperti variety, baka, bibit yang berkualiti tinggi, dan rintang penyakit serta penggunaan mekanisasi dan automasi dalam operasi pertanian

(iv) Memberi inisiatif pengeluaran bagi membantu pengusaha mengurangkan beban kenaikan harga import pertanian supaya mereka terus terlibat dalam aktiviti pengeluaran makanan

(v) Penyediaan perkhidmatan, perkembangan, dan membantu golongan sasar meningkatkan kuantiti dan kualiti pengeluaran.

Wednesday, 17 March 2010

Menteri menjawab di Parlimen Kapal Selam Tidak Boleh Menyelam





Menteri menjawab isu kapal selam rosak (kapal selam tidak boleh menyelam)

Soalan dari William Leong Jee Keen Ahli Parlimen Selayang

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan Yang Mulia ini, masaalah teknikal yang dihadapi oleh KD TUNKU ABDUL RAHMAN adalah masaalah yang boleh dialami oleh mana-mana kapal selam lain di dunia. secara khususnya kapal berkenaan tidak dibenarkan menyelam kerana mengalami sedikit masaalah yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan selaman. Ini adalah langkah keselamatan biasa pengendali kapal selam yang mengamalkan prosuder keselamatan yang sangat ketat.

Berdasarkan situasi tersebut, tiada keperluan untuk kerajaan mendapatkan penilai bebas antarabangsa sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak pembangkang kerana masaalah teknikal kapal selam SCORPENE yang dihadapi telah pun diatasi oleh pembekal dan ujian selaman telah berjaya dilaksanakan pada 22 Februari 2010 yang lalu. Perkara ini juga tidak ada kena mengena dengan unsur-unsur sabotaj pihak luar atau penipuan oleh pihak kontraktor.

Jumlah masaalah teknikal yang dialami oleh KD TUNKU ABDUL RAHMAN semenjak tiba di Malaysia sebagaimana yang didakwa pihak pembangkang juga adalah sedikit dan tidak membimbangkan. Kesemua masaalah teknikal yang dialami masih didalam jaminan dan dibawah tanggungjawab sepenihnya pembekal. Sekiranya masaalah teknikal ini berlarutan Kerajaan mempunyai opsyen untuk menggunakan klausa tertentu didalam Kontrak Perolehan Kapal Selam yang menuntut pembekal untuk melakukan pembaikan sehingga berjaya.

Perlu dinyatakan di dewan Yang Mulia ini, masaalah teknikal ini tidak akan menjejaskan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mempertahankan kedaulatan negara kerana kapal selam ini masih boleh beroperasi dan mampu melaksanakan peranannya apabila diperlukan. TLDM sentiasa memastikan prosuder pengoperasian dan senggaraan dipatuhi sepenuhnya bagi memastikan kapal selam dapat dioperasikan dengan selamat.

Menyentuh isu yang dibangkitkan mengenai kos senggaraan kapal selam TLDM, anggaran kos penyelenggaraan dan alat ganti bagi 2 buah kapal selam ialah dianggarkan RM270 juta setahun. Kontraktor penyelenggaraan masih belum diputuskan oleh Kerajaan kerana masih didalam peringkat rundingan.

Saya juga ingin meningatkan Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa bukan semua isu ketenteraan dan aset-aset strategik ketenteraan boleh dipolemikkan sewenang-wenangnya. Ianya boleh mendedahkan kelemahan pertahanan kita kepada pihak luar. Sebarang permasalahan yang dihadapi terutamanya melibatkan aset strategik kapal selam akan ditangani oleh Kerajaan dengan sebaiknya tanpa mengakibatkan ketirisan maklumat-maklumat penting dan strategik jatuh kepada pihak luar.


Ketua pembangkang pertikai ucapan Tuanku


Ahli Parlimen permatang pauh membuka ucapannya dengan mengkritik, mencerca serta mempertikaikan Titah Ucapan Diraja sempena pembukaan sidang Mesyuarat pertama, penggal ketiga Parlimen kedua belas (2010)

Ketua pembangkang seolah-olah tidak berpuas hati apabila dalam titah ucapan Tuanku memuji sikap kepimpinan Perdana Menteri dan isterinya. Dalam ucapan Tuanku
para pemimpin agar mencontohi Perdana Menteri dengan turun padang untuk mendampingi rakyat bagi memahami masalah dengan lebih dekat. Manakala kerja-kerja baik yang dilakukan oleh isteri Perdana Menteri memainkan peranannya dalam PERMATA juga turut disenda oleh ketua pembangkang. adakah kerja baik untuk rakyat juga menjadi satu mainan politik pembangkang.


Langung dari Parlimen...

Ketua pembangkang juga merasakan ucapan tuanku tersebut seolah-olah deraf ucapan yang tekah dibuat oleh orang UMNO. Deraf ucapan yang memuji perdana menteri dan isterinya. Ketua pembangkang merasakan pelik kerana macam mana tuanku boleh memuji Perdana Menteri dan isterinya.

Apa yang tekah dititahkan oleh tuanku merupakan titah ucapan tuanku. Kalau Tuanku berkenan nak berucap memuji sesiapa pun itu merupakan hak tuanku. Adakah Ketua Pembangkang sedih kerana keluarga ketua pembangkang tidak di puji.

Sepatutnya kerja-kerja baik untuk rakyat sepatutnya disokong dan bukannya dicerca. Mengapa semua ini dibentangkan atau dibincangkan dalam parlimen oleh Ketua Pembangkang. Adakah irihati dan tertekan kerana Tuanku memuji sikap dan kepimpinan Perdana Menteri yang diterima rakyat.

Sunday, 14 March 2010

Tulah dan Itulah

Apa yang kita faham dengan Tulah nie.. apa Tulah yang sebenarnya.. sukar untuk difahami sepenuhnya pada generasi baru kini. Tapi bagi yang belajar sejah malaysia di sekolah menengah ataupun intiitusi pengajian tinggi sudah tentunya faham akan istilah ini.

Dalam kamus dewan edisi kedua tulah bermaksud kemalangan yg berlaku pd diri seseorang kerana melanggar larangan (melakukan perbuatan yg kurang baik terhadap orang tua, orang suci dsb). menulah mengenakan tulah pd; me­ngutuk atau menyumpah seseorang (supaya mendapat kemalangan). ke­tulahan mendapat kemalangan kerana ditimpa tulah.

Dalam kamus dewan edisi keempat tulah I bermaksud kemalangan yg menimpa kerana me­langgar larangan (melakukan sesuatu yg kurang baik terhadap orang tua-tua, menderhaka kpd raja, dll), kualat, kutuk: ampun beribu-ribu ampun, takutlah patik menjadi ~ duduk di atas peterana ini tempat bersemayam adinda; ~ papa kutuk yg mendatangkan kesengsaraan (kepapaan); takut ~ Br takut mendapat kece­la­kaan kerana melawan perintah ibu bapa; takut akan ~ baginda takut akan kualat baginda; menulahi mengenakan tulah kpd, mengu­tuki (menyumpahi dll) orang supaya men­dapat kemalangan; ketulahan mendapat kemalangan kerana ditimpa tulah, menderita tulah:

Apakah dalam pakatan yang di ketuai oleh Anwar telah kena tulah kerana menderhaka kepada raja serta rakyat dibawah naungan tuanku kerana memporak perandakan keamanan dan keharmonian rakyat di Malaysia Rakyat menjadi susah dengan pepecahan dalam politik melampau.Berpolitik untuk diri sendiri keluarga dan kawan2. Apakah ini yang sedang terjadi dalam pakatan sekarang. Derhaka kepada sultan.. kerja sapa? Mendoakan kecelakaan kepada semasa islam.. kerja sapa? menipu rakyat dengan janji2 kosong pilihanraya... kerja sapa? Apakah ini yang dikatakan telah kena Tulah....?

Itulah.... itulah yang terjadi kerana kerakusan berpolitik mereka-mereka dalam pakatan. Itulah yang terjadi dengan pepecahan yang berlaku dalam pakatan kini. Seorang demi seorang keluar pakatan kerana tidak mahu bersekongkol dengan anwar. Itulah yang bakal diterima oleh anwar kerana setiap seorang demi seorang dengan lantangnya bersuara mendedahkan kebusukan dan jijiknya pakatan sekarang. Apakah ini yang diterima kerana mengkhianati serta merosakkan keharmonian rakyat yang hidup dibumi Malaysia ini. Bagi pengkhianat orang melayu... pengkhianat negara.....renung2kan......

Thursday, 11 March 2010

Kerja Kosong


Jangan lupa bagi kunci syurga kat aku jugak



Desas desus mengatakan banyak kerja-kerja kosong terdapat di selangor, kedah, pulau pinang dan kelantan. Betul ker? Ada kerja kosong peringkat atasan, bawahan serta kuli batak. Ini amat dirasai apabila banyak kerja-kerja yang dilakukan oleh syaitan telah dilakukan oleh golongan-golongan ini. Apa tidaknya sifat-sifat yang diwajahkan oleh golongan-golongan ini amat jelas menyerupai sifat-sifat syaitan.

1. melalui sifat-sifat bohong dan angkuh.. Ramai golongan-golongan ini berbohong dalam janji-janjinya semata-mata ingin meraih sokongan daripada rakyat. Angkuh apabila berhujah.. dengan penipuan yang diluahkan daripada hatinya yang gerhana, hanya semata-mata ingin memenangi hati rakyat. Biasala bila kunci pintu syurga dalam tangan...

2. Sifat kedekut ini terdapat pada golongan atasan. Apabila berceramah jer.. siap dah balaci-balaci akan mengutip derma dari rakyat. Belum sempat habis berceramah akan ada waktu rehat 5 minit.. masa untuk kutip derma. Golongan atasan yang berelaun wakil rakyat.. minta derma dengan petani, penoreh getah, penyapu sampah.. Diorang memang cam tu..

3. Sifat takbur dan bongkah ini biasa dalam diri-diri golongan atasan. Apabila bercakap.. dia jer yang betul.. orang lain salah. Apabalila bercakap akan ada kiasan-kiasan hingga mengelirukan orang yang mendengar.. Semua dia betul la. Orng lain salah. Orang lain semuanya kapir.. Dia jer yang terbaikkk. Syurga-syurga dalam poket. Tapi bab caci maci orang dia no 1. 1fcukatan durjana..

4. Kianat dalam organisasi nie baisa bak kata orang cas keting nie wujud dalam kelompok mereka. Apabila kekejaman terhadap isu-isu agama serta kroni moni... ramaila yang akan keluar kerana tidak sanggup menyambung kerja-kerja yang bersifatkan syaitan ini.

5. Sifat yang tidak suka menerima teguran , ilmu daripada orang lain. Kalau dh bebal tu.. dh rasa diri tu pandai susahlah.. Jenis bodoh tak leh diajar, pandaii tak leh nk tumpang.. Payahhh cam nie. Kalau dh orang kata tak betul tu... Dia kata betulll... Cam-cama cara akan dibuat.. yang haram jadi halal... Ramailaa yang mabukkk .. dan sekarang pun dh mabukkkkk...

6. Melalui hasat dengki.. Tak leh tengok orang senang sikitt... Dia pun nak juga.. kalau orang berjawatan tinggi.. Dia pun nak jugak.. tapi dai bodoh tak alayn untuk menjawat jawatan tu.. kalau orang jadi Perdana Menteri... dia pun nakkkk...amacam...

7. Suka merendah-rendahkan orang lain.. kalau iman tu bukan dari golongan dia.. tak sah la pulah jemaah tu.. kononnya orang lain nie tak sempurna amalanya...

8. Sifat yang suka buruk sangka terhadap orang lain. kalau orang dah buat benda betul tu... dia akan cari pelbagai alasan untuk memburuk-burykkan benda yang betul tu. Semua yang orang buat tak betull.

9. Ini yang palaing parah.. bila suka berangan ini. Berangan sampai nak jadi pemimpin dunia. Nak memimpin golongan sendiri pun tak betul, cam mana nak jadi pemimpin yang baik. kalau berlajan pun kena tolak, kena pegang takut jatuh.. susahlaaa... kena tgk keadaan diri jugak.. Macam mana nak jadio pemimpin kalau pemimpin tu buta dan yang ingin dipimpin tu celik. Berangan nk pegang pucuk pemerintahan tettinggi.. sanggup jual beli nie.. janji jadii.. Berangan sampai kesitu.. Apa yang terjadi... belum sempat beli barang, barang sendiri dah rosakkk..

Nampaknya syaitan-syaitan sudah banyak senang kerjanya kerana telah berjaya mewarisi sifat-sifat azalinya kepada manusia.. Maka syaitan-syaitan tegar nie sudah tidak bekerja dan kekosongan untuk menjawat kerja-kerja ini sedang diisi..

Wednesday, 10 March 2010

Ferari Hijau Budak Melaka


Amalan fcukatan....


Ketika dulu kecoh dengan 16 sept. Cita-cita hendak mewujudkan kerajaan baru dibawah pakatan senyap tanpa khabar berita. Pengasasnya sekarang sedang berdepan dengan kes mahkamah. Semua wakil pakatan sekarang tengah sibuk bercakaran sesama sendiri demi kepentingan peribadi.

Lompat sikatak lompat yang diperkenalkan oleh sifunya.. (Kes Lewat) dulu sibuk hendak membeli wakil rakyat BN... kononnya pada 16 sept akan tertubuh kerajaan baru dibawah pakatan.. apa yang di lihat sekarang semuanya tersungkur menyembah bumi... hanya mampu sujudddd...

Sekarang wakil rakyat pakatan berlumba-lumba keluar pakatan... melayu ker cina ker islam ker bukan islam ker sudah tidak tahan dengan mainan politik pembangkang yang sudah tiada hala tuju.. Semuanya jelas kelihatan apabila matlamat hanya satu,, Untuk menjadi Perdana Menteri.. Yang lain mampuslaaaaa... tiada sapa yang akan peduli.. dari aspek agama ker, moral ker, hak melayu.. kedaulatan.. raja ker semua dilanggar...Yang penting bergabung... buat2 sepakat untuk jadikan satu pakatan demi politiknya. Boleh mentadbir negeri walaupun bagi geng2 pakatan.. walaupun bersifat sementara.. janji apa yang boleh kaut... kita kaut...

Hari ini... pihak pakatan sibuk mengatakan BN sedang berusaha keras membeli wakil rakyat pakatan.. Siapa yang beli siapa nie? wakil rakyat pakatan keluar parti tanpa paksaan, keluar pun bersalam.. macam mana boleh ada jual beli plak nie. sakit dah orang pakatan nie.

Sepatutnya rakyat perlu sedar dengan politik murahan pakatan. Rakyat ditipu hidup-hidup dengan janji-janji manis pakatan.. tapi apa yang dapat... habukkk pun tarak.. Orang yang sepatutnya menjadi wakil setelah mendapat sokongan rakyat sendiri tidak bekerja untuk rakyat. Hanya bekerja untuk diri sendiri dulu. Apabila diri sendiri pun dh tidak diendahkan.. dah kena campak jauh2... barula terpokir yang diri ini hanya boneka yang digunakan semata-mata untuik memenuhkan pencalonan bertanding pilihanraya. Rakyat juga yang kena tipu.

Sekarang wakil yang dipilih oleh rakyat sendiri kelaur parti kerana parti sendiri tidak mampu untuk menolong wakilnya... hanya seorang... macam mana sebuah parti yang gah dengan pakatan ingin berjasa kepa ribuan rakyat disesuatu kawasan sedangkan yang seorang pun gagal nak jaga.

Kalau seorang bini pun tak terjaga.. macam mana nak tambah lagi sorang... kalau wakil rakyat sorang dis esuatru kawasan pun tak leh nak jaga... macam mana plak nak jaga satu kawasan yang ada ribuan keluarga... Yang ditipu hanya penyokong dan pengikut2 pakatan... kembalila kepada ikatan awal. ikatan perpaduan sesama islam. sefirrrnya mudah UMNO + PAS = Jahanan DAP dan PKR.. tul ker?

Tuesday, 9 March 2010

SAH ? SAH... lebih suara bersetuju....


Allah bersama dengan mereka yang benar..kebenaran kepada mereka yang benar



Mahkamah telah memutuskan bahawa pemecatan semua, semua jawatan dalam kerajaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim disisi undang-undang adalah sah. Mahkamah Persekutuan telah memutuskan pelantikan dan pelucutan jawatan menteri Kabinet merupakan kuasa Perdana Menteri.

Panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff menyatakan, Yang di-Pertuan Agong langsung tidak mempunyai budi bicara mempertikai atau menolak sebarang pelantikan mahupun pemecatan menteri.

Jelas beliau, ini kerana sistem Raja Berperlembagaan menghadkan kuasa Seri Paduka berbuat demikian memandangkan rujukan kepada baginda seperti yang dizahirkan di bawah Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan hanya satu formaliti.

Dengan keputusan itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku responden pertama dan kerajaan Malaysia responden kedua bertindak mengikut undang-undang ketika memecat Anwar daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

''Kuasa memilih dan melantik Menteri Kabinet terletak di tangan Perdana Menteri, jika beliau memutuskan seseorang menteri itu meletak jawatan, Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa menyatakan sebaliknya.

''Prinsip undang-undang jelas menyatakan bahawa hanya pihak yang melantik berhak melakukan pemecatan,'' ujar Hakim Alauddin ketika membacakan penghakiman bertulisnya setebal 33 muka surat. ... utusan malaysia 9 mac 2009.

Sebagai sebuah keluarga besar pakatan Anwar dan Peguamnya Karpal Singh sebelum ini menyatakan, Dr. Mahathir bertindak tanpa mengikut perlembagaan ketika memecat Anwar kerana beliau sekadar menyampaikan atau memaklumkan keputusan yang dibuatnya, bukan menasihati baginda. Peguam pakatan memang pandai dalam bab berhujah hujah nie.

Namun begitu, ianya telah berlalu 11 tahun yang lalu, walaupun ketua pembangkang telah merasakan keputusan mahkamah tidak memihak kepadanya. Mungkin peguam kesayangannya telah bisik-bisik yang kes ini memihak kepada Dr . Mahathir kerana sebelum keputusan yang akan di buat oleh Perdana Menteri pada masa tu Dr. Mahadhir bukan membabi buta, tetapi merujuk kepada penasihat undang-undang. Lagipun Dr. Mahathir memang bijak... tak seperti mereka didalam pakatan. Walaupun Peguam Anwar telah tahu keputusan daripada mahkamah, namun sebab nak jaga hati Anwar,,, amik juga la kes nie... Mungkin pada masa tu penyokong dan pengikut anwar marah kepada Dr. Mahathir pada masa tu dan amat menyokong agar kes pemecatan ini dibawa ke mahkamah... tapi saya percaya penyokong anwar sekarang pun dh lupa pasal keputusan mahkamah kes pemecatan jawatan anwar.

Mana perginya penyokong Anwar masa mahkamah hendah mengumunkan keputusan kes pemecatannya oleh Dr. Mahathir adalah sah atau tidak sah.

Tuesday, 2 March 2010

PAS Tersentak Dengan Penubuhan NGO Melayu


NGO Melayu (Majlis Perundingan Melayu)

Sebanyak 76 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu bergabung di bawah satu payung yang dinamakan sebagai Majlis Perundingan Melayu (MPM). Penubuhan ini semata-mata mahu menjaga kepentingan bangsa, agama dan negara. Akhirnya terdapat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melayu yang mahu berjuang bersama-sama dengan UMNO membela nasib bangsa, agama dan negara. MPM juga berperanan sebagai benteng yang mempertahankan kedudukan dan kedaulatan Kesultanan Melayu. Cumanya masih ada orang-orang melayu yang sudah merasai dirinya masuh syurga sahaja bermusuhan dengan UMNO. Sedih apabila melihat sekumpulan orang melayu islam yang diperkudakan oleh kafir-kafir lahanat yang berjuang hanya untuk kepentingan mereka sahaja. Apa yang paling diutamakan hajat untuk menjadi no 1 tercapai.

Pengabungan sebanyak 76 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melayu sekarang telah memberi tamparan hebat kepada PAS dan PKR dimana PAS yang memperjuangkan agama islam dan melayu nampaknya tidak memberikan kesan yang baik malah telah melemahkan pengikut serta penyokongnya untuk memihak kepada NGO melayu yang semakin lantang memperjuangkan hak bangsa, agama dan negara. Secara tidak langsung bersedia menyokong peranan yang dimainkan oleh UMNO selama ini. Ini tidak berlaku dalam PAS dan PKR yang hanya mementingkan kepentingan individu. Bagi PAS, agama sebagai alat untuk mereka berpolitik. Biasala darah hijau...

Nampaknya orang melayu sekarang sudah berfikiran terbuka dan MPM sudah bersedia untuk memaikan peranan secara serius kerana sejak akhir2 ini bermacam tekanan telah dicipta oleh pihak tertentu agar kerajaan dapat dilemahkan. MPM kini bersedia untuk bersama-sama dengan UMNO menepis secara politik busuk pihak tertentu yang boleh menganggu gugat Raja, islam serta melayu. Pemikiran sempit melayu PAS dan PKR telah memakan diri sendiri apabila seorang demia seorang wakil rakyatnya tinggalkan PKR. Ini tidak diambil kira penyokong2 nya. Selamat tinggal pemikiran sempit PAS dak PKR.

Sudah sampai sampai masanya orang2 kuat PAS dan PKR cari calon baru kerana semakin hari semakin ramai yang tinggalkan parti. Bersiap sedia untuk PRU akan datang. Penggabungan NGO melayu sedikit sebanyak membuatkan PAS dan PKR seperti cacing kepanasan. Melatah tak tentu arah. Mana tidaknya... ramai orang melayu menyertai NGO melayu.. tak ramai yang masuk unit amal. Agaknya la. Pegang lampu jer laa..

Pakatan terkejut beruk apabila melayu-melayu sekarang sudah mula bersama-sama, berganding bahu, bersemangat dalam menjaga kedaulatan negara, agama dan bangsa. Ini tidak berlaku dalam pakatan. Tamparan hebat ini telah menyebabkan PAS dalam tekanan kerana NGO melayu tidak menyokong PAS dan PKR. Inila yang menyebabkan muka mereka cam muka tak siap... tak tentu arah beb. Berkerut-kerut dahi mikir sambil berdoa. Doa sahaja tapi tak der usaha seterusnya. Baik tak payah. Berusaha dulu, br berserah kepada Allah. Takat tampal gambar berkerut-kerut dahi sepeluruh daerah selama berpuluh tahun pun , harammm tak maju gak.. Nasib baikla kerajaan pusat tolong bg bantuan.. tu pun tak berterima kasih lagi. Orang dah bagi kaki nak dada.

Takut juga wakil rakyat PAS kat Ibrahim Ali.. Tiada seorang pun wakil rakyat PAS kelantan setanding Ibrahim Ali. Biso brahim nie....Bijok2...

Apapun taniah diucapkan kepada NGO Melayu.

Monday, 1 March 2010

Selamat Tinggal PKR


Ramai juga wakil-wakil rakyat PKR yang keluar parti. Berduyung-duyung keluar PKR. Macam ada kejohanan keluar PKR. Siapa yang keluar PKR dapat imbuhan ker? Mereka semua kelaur PKR kerana sudah bosan dengan kepimpinan dan kepercayaan terhadap PKR. Sedang Anwar bergelut dengan perbicaraan Mahkamah bersabit tuduhan liwat, anak-anak buahnya berlumba-lumba keluar parti. Adakah mereka-mereka ini adalah golongan yang anwar tersalah pilih. Adakah mereka ini semuanya berpolitik untuk agenda peribadi. Siapa yang tersalah pilih dan siapa yang terpilih. Keluar PKR dan masuk UMNO. Adakah mereka semua sudah lemas untuk berpolitik menggunakan tapak PKR. Adakah semua ini caranya untuk menghidupkan semua cebisan-cebisan arena politiknya dengan menjadi wakil rakyat bebas ataupun sertai UMNO agar politiknya masih bernyawa.

Sekiranya ramai wakil-wakil rakyat PKR yang keluar parti, adakah ini merupakan titik tolak kejatuhan PKR ataupun pelapis-pelapis baru yang lebih berkarisma sudah menunggu kekosongan untuk menjawat jawatan tersebut. Mungkin pada pilihanraya akan datang sudah tersedia muka-muka baru yang bakal diketengahkah oleh PKR. Bagi mereka yang keluar PKR sudah tidak penting lagi. Adakah mereka-mereka ini menggunakan PKR untuk mendapat nama dan gelaran dalam PKR agar senang untuk masuk UMNO. Adakah dalam UMNO akan dipenuhi dengan bekas wakil-wakil dalam PKR. Adakah ini caranya bagi PKR mendekati UMNO. Adakah dalam UMNO pun sudah ada wakil-wakil PKR? Entahlaa.....

Kita hanya mendengar wakil-wakil PKR keluar parti.. tapi macam mana pulak dengan penyokong-penyokongnya. Adakah turut sama meninggalkan PKR dan menyokong BN. Adakah mereka semua dah kena sumpah sebagai pengkhianat parti. Apakah gelaran yang sepatutnya digunakan oleh wakil-wakil PKR yang keluar parti. Penderhakan kepada Anwar? Pengkhianat kepada PKR? ataupun....?