Wednesday 31 March 2010

Hulu selangor> Semangat 1Malaysia


Apapun bakal terjadi pada pilihanraya kecik Hulu Selangor, semangat Barisan Nasional tetap wujud dalam masyarakat hulu selangor. Apapun yang bakal diumumkan siapakan yang akan dicalonkan untuk merebut kerusi Parlimen Hulu Selangor bakal terjawab tidak lama lagi.

Kita tunggu pucuk pimpinan siapa yang akan dicalonkan. adakah kerusi Hulu Selangor untuk UMNO atau MIC. Ramai yang mencongak kerusi Parlimen Hulu Selangor akan diisi calon UMNO. Rakyat disitu juga rata-ratanya mahukan calon melayu. Calon dari UMNO yang ditunggu selama ini. Inilah luahan rakyat hulu selangor.

Namum begitu, apapun bakal terjadi semangat Barisan Nasional tetap wujud. Bagi BN tak kesah calon dari UMNO atau MIC ataupun MCA. Sokongan tak berbelah bagi daripada semua pihak tetap akan diberikan. Ini semangat 1Malaysia. Kita perlu ada semangat itu, Walaupun siapa calon, berlainan agama atau warna kulit, kerja harus dibuat demi kesejahteraan rakyat tak kira dimana berada.

kalau diikutkan majoriti atau atas kertas, ramai melayu dikawasan tersebut dan sepatutnya wakilnya daripada kalangan melayu. secara logiknya. Macam tu la... Tapi disebabkan oleh semangat 1malaysia, dengan negara berbilang kaum, kita hidup pun dh lama dalam pelbagai agama, bangsa serta keturunan,,, kita boleh terima siapa yang memimpin dan siapa yang dipimpin. Yang penting kita hidup aman sejahtera.

Semangat harus terus dibakar dan diteruskan demi anak bangsa...

No comments:

Post a Comment