Friday 23 April 2010

hulu Selangor> Ucapan Tun Mahathir Di Serendah






Terbukti semangat Barisan Nasional semakin kuat di Hulu Selangor. Apa tidaknya kehadiran Tun Mahathir Mohamad Mantan Perdana Menteri berucap dalam satu siri ceramah di Serendah. Walaupun calon Barisan Nasional di Hulu selangor dari MIC namum atas dasar semangat 1 Malaysia dan setiakawan dalam Barisan Nasional sokongan tak berbelah bagi tetap diberikan.

Tun M memuji calon yang dipilih oleh Barisan Nasional kerana mempunyai budi pekerti yang baik dan juga merupakan anak tempatan. Kini Kamalanathan sudah dikenali ramai,bukan sebab dia dipopularkan oleh TV, Blog atau pun surat khabar tapi sudah lama di kenali oleh penduduk hulu selangor. Tidak asing bg rakyat Hulu selangor. Jika dibandingkan dengan zaid yang kini dikenali ramai sebab ia mengaku sudah stop tonggang botol dan juga ada bela kuda lumba.

Tertariknya dalam ucapan Tun M, pembangkang mengatakan ianya rasis dan hanya condong kepada melayu. Tapi sejarah 1997 semasa ekonomi merundum, boleh dikatakan ramai peniaga cina yang akan gulung tikar dan muflis, namum kepimpinan Tun M pada masa itu berjaya mengatasi krisis ekonomi masa itu menyebabkan ramai peniaga cina selamat daripada gulung tikar. Apa yang kita boleh tolong kita tolong tak kira melayu, cina, india, kadazan, iban ker. Dengan rasa hormat dan keikhlasan hati mengucapkan TQ kepada Tun Mahathir. Ucapan TQ itu keluar daripada anak-anak cina apabila terserempak dengan Tun M sekarang. Ucapan TQ kepada Tun M kerana telah berjaya dalam menerajui Negara dan keluar dari krisis ekonomi masa tu. TQ daripada generasi muda yang tidak pernah wujud semasa zaman Tun M. Perhargaan daripada anak-anak kecil ini disebabkan oleh kejayaan Barisan Nasional sebagai sebuah parti yang prihatin kepada apa jenis bangsa dan agama sekali pun.

Tetapi pada pemimpin pakatan yang dulunya pernah bernaung dibawah payung Barisan Nasional dan pernah ditolong oleh Barisan Nasional dulu kini telah menjadi seperti kacang lupakan kulit. bukan sahaja nak ucap terima kasih tapi yang sedihnya di hentamnya kerajaan dan Barisan Nasional. Tetapi sanggup jual bangsa, agama dan negara. Ini dia pemimpin pakatan. srbuah parti yang hanya dikenali dalam beberapa tahun ini hanya berjuang untuk kepentingan peribadi sahaja berbeza dengan Barisan Nasional yang telah berjaya mengangkat dan memajukan negara yang berbilang kaum. Ini dia Barisan Nasioal.

Siapapun calon yang dipilih, pilihan tetap satu iaitu Barisan Nasinal. Hanya Barisan Nasional sahaja yang mampu mentadbir negara yang berbilang kaum, bangsa dan agama.

2 comments:

  1. Salam Sejahtera,

    Kami amat berbesar hati atas sokongan Tuan terhadap Kempen Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) apabila Tuan mempamirkan Logo SSS di laman citra Tuan.

    Kami dengan bangganya menyenaraikan laman citra Tuan di senarai e-Patriot SSS.

    Kami amat menghargai sokongan Tuan.

    Salam.

    "SATU BAHASA, SATU BANGSA, SATU NEGARA"

    ReplyDelete
  2. 1sekolah, 1malaysia, 1 pilihan yang tepat... Barisan nasional

    ReplyDelete