Thursday 18 March 2010

Antara Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Dalam Sektor Pertanian

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menjelaskan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengeluaran bahan makanan supaya negaratidak terus bergantung kepada bahan makanan yang diimport dan seterusnya mempertingkatkan tahap sara diri.

Antara usaha-usaha yang dilaksanakan olehkementerian di antaranya ialah
(i) Meningkatkan pengeluaran makanan melalui perlaksanaan lima projek berimpak besar. High impact project iaitu Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Ladang Kontrak, Pusat Feedlot Nasional (NFC), Zone Industrial Aquaculture (ZIA), dan Pembangunan 15,000 usahawan industri asas tani

(ii) Berusaha meningkatkan pengeluaran padi melalui Dasar Jaminan Bekalan Makanan 2008 – 2010 yang mana kerajaan juga telah menyediakan peruntukan bagi penyelenggaraan parit, tali air,perataan tanah, memberi bajet tambahan, racun perosak, kapur,dan lain-lain

(iii) Peningkatan pra-aktiviti melalui hasilan penyelidikan, dan pembangunan atau pun R&D yang dipindah dan dikomersialkan kepada golongan sasar seperti variety, baka, bibit yang berkualiti tinggi, dan rintang penyakit serta penggunaan mekanisasi dan automasi dalam operasi pertanian

(iv) Memberi inisiatif pengeluaran bagi membantu pengusaha mengurangkan beban kenaikan harga import pertanian supaya mereka terus terlibat dalam aktiviti pengeluaran makanan

(v) Penyediaan perkhidmatan, perkembangan, dan membantu golongan sasar meningkatkan kuantiti dan kualiti pengeluaran.

1 comment: