Tuesday 9 March 2010

SAH ? SAH... lebih suara bersetuju....


Allah bersama dengan mereka yang benar..kebenaran kepada mereka yang benar



Mahkamah telah memutuskan bahawa pemecatan semua, semua jawatan dalam kerajaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim disisi undang-undang adalah sah. Mahkamah Persekutuan telah memutuskan pelantikan dan pelucutan jawatan menteri Kabinet merupakan kuasa Perdana Menteri.

Panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff menyatakan, Yang di-Pertuan Agong langsung tidak mempunyai budi bicara mempertikai atau menolak sebarang pelantikan mahupun pemecatan menteri.

Jelas beliau, ini kerana sistem Raja Berperlembagaan menghadkan kuasa Seri Paduka berbuat demikian memandangkan rujukan kepada baginda seperti yang dizahirkan di bawah Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan hanya satu formaliti.

Dengan keputusan itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku responden pertama dan kerajaan Malaysia responden kedua bertindak mengikut undang-undang ketika memecat Anwar daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

''Kuasa memilih dan melantik Menteri Kabinet terletak di tangan Perdana Menteri, jika beliau memutuskan seseorang menteri itu meletak jawatan, Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa menyatakan sebaliknya.

''Prinsip undang-undang jelas menyatakan bahawa hanya pihak yang melantik berhak melakukan pemecatan,'' ujar Hakim Alauddin ketika membacakan penghakiman bertulisnya setebal 33 muka surat. ... utusan malaysia 9 mac 2009.

Sebagai sebuah keluarga besar pakatan Anwar dan Peguamnya Karpal Singh sebelum ini menyatakan, Dr. Mahathir bertindak tanpa mengikut perlembagaan ketika memecat Anwar kerana beliau sekadar menyampaikan atau memaklumkan keputusan yang dibuatnya, bukan menasihati baginda. Peguam pakatan memang pandai dalam bab berhujah hujah nie.

Namun begitu, ianya telah berlalu 11 tahun yang lalu, walaupun ketua pembangkang telah merasakan keputusan mahkamah tidak memihak kepadanya. Mungkin peguam kesayangannya telah bisik-bisik yang kes ini memihak kepada Dr . Mahathir kerana sebelum keputusan yang akan di buat oleh Perdana Menteri pada masa tu Dr. Mahadhir bukan membabi buta, tetapi merujuk kepada penasihat undang-undang. Lagipun Dr. Mahathir memang bijak... tak seperti mereka didalam pakatan. Walaupun Peguam Anwar telah tahu keputusan daripada mahkamah, namun sebab nak jaga hati Anwar,,, amik juga la kes nie... Mungkin pada masa tu penyokong dan pengikut anwar marah kepada Dr. Mahathir pada masa tu dan amat menyokong agar kes pemecatan ini dibawa ke mahkamah... tapi saya percaya penyokong anwar sekarang pun dh lupa pasal keputusan mahkamah kes pemecatan jawatan anwar.

Mana perginya penyokong Anwar masa mahkamah hendah mengumunkan keputusan kes pemecatannya oleh Dr. Mahathir adalah sah atau tidak sah.

No comments:

Post a Comment