Monday, 1 March 2010
Selamat Tinggal PKR
Ramai juga wakil-wakil rakyat PKR yang keluar parti. Berduyung-duyung keluar PKR. Macam ada kejohanan keluar PKR. Siapa yang keluar PKR dapat imbuhan ker? Mereka semua kelaur PKR kerana sudah bosan dengan kepimpinan dan kepercayaan terhadap PKR. Sedang Anwar bergelut dengan perbicaraan Mahkamah bersabit tuduhan liwat, anak-anak buahnya berlumba-lumba keluar parti. Adakah mereka-mereka ini adalah golongan yang anwar tersalah pilih. Adakah mereka ini semuanya berpolitik untuk agenda peribadi. Siapa yang tersalah pilih dan siapa yang terpilih. Keluar PKR dan masuk UMNO. Adakah mereka semua sudah lemas untuk berpolitik menggunakan tapak PKR. Adakah semua ini caranya untuk menghidupkan semua cebisan-cebisan arena politiknya dengan menjadi wakil rakyat bebas ataupun sertai UMNO agar politiknya masih bernyawa.
Sekiranya ramai wakil-wakil rakyat PKR yang keluar parti, adakah ini merupakan titik tolak kejatuhan PKR ataupun pelapis-pelapis baru yang lebih berkarisma sudah menunggu kekosongan untuk menjawat jawatan tersebut. Mungkin pada pilihanraya akan datang sudah tersedia muka-muka baru yang bakal diketengahkah oleh PKR. Bagi mereka yang keluar PKR sudah tidak penting lagi. Adakah mereka-mereka ini menggunakan PKR untuk mendapat nama dan gelaran dalam PKR agar senang untuk masuk UMNO. Adakah dalam UMNO akan dipenuhi dengan bekas wakil-wakil dalam PKR. Adakah ini caranya bagi PKR mendekati UMNO. Adakah dalam UMNO pun sudah ada wakil-wakil PKR? Entahlaa.....
Kita hanya mendengar wakil-wakil PKR keluar parti.. tapi macam mana pulak dengan penyokong-penyokongnya. Adakah turut sama meninggalkan PKR dan menyokong BN. Adakah mereka semua dah kena sumpah sebagai pengkhianat parti. Apakah gelaran yang sepatutnya digunakan oleh wakil-wakil PKR yang keluar parti. Penderhakan kepada Anwar? Pengkhianat kepada PKR? ataupun....?
Labels:
harakahdaily,
pas dan pkr
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment