Monday 22 March 2010

Menteri SentuhPendirian Kerajaan Perlaksanaan Seksyen 51A

22 Mac 2010

Menteri menjawab pendirian kerajaan menegenai perlaksanaan Seksyen 51A Kanun Keseksaan Jenayah yang tidak menepati semangat pindaan seksyen tersebut.

Jawapan Menteri:

Kerajaan sentiasa memastikan bahawa ia melaksanakan sesuatu undang2 dengan mengikut semangat undang2 itu diperbuat. Dalam melaksanakan seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593), kerajaan berpendirian bahawa ia telah mematuhi kehendak seksyen tersebut sebagaimana yang dimasukan melalui akta kanun tatacara jenayah (Pindaan) 2006 (akta A1274). Oleh itu tidak wujud persoalan bahawa perlaksanaan tersebut tidak selaras dengan semangat ia dimasukkan dalam kanun tatacara jenayah. pihak pendawaan sememangnya terikat dengan peruntukan tersebut dan sentiasa mematuhinya semasa menjalankan pendakwaan.

Sebelum perbicaraan dimulakan, pihak pendakwaan akan membekalkan tertuduh dengan maklumat yang diberikan dibawah seksyen 107 akta 593, dokumen yang digunakan dalam perbicaraan dan fakta yang berpihak kepada kepada tertuduh, sekiranya ada. Fakta yang menyebelahi pihak tertuduh akan dibekalkan untuk mencapai perbicaraan yang adil. Subseksyen 51A(2) menyatakan bahawa pihak pendakwaan boleh untuk tidak membekalkan dokumen dan fakta dibawah subseksyen (1) sekiranya pembekalan dokumen dan fakta tersebut adalah bertentangan dengan kepentingan awam. Berkenaan dengan peruntukan ini kerajaan menyedari hakikat bahawa hak dan kepentingan tertuduh perlu dijaga tetapi hak dan kepentingan tersebut perlu diseimbangkan dengan kepentingan orang ramai termasuklaah mangsa dan saksi yang mempunyai risiko tinggi untuk terdedah kepada bahaya dan ancaman.

Beban untuk membuktikan tertuduh bersalah pada pihak pendakwaan dan untuk menyabitkan seseorang dengan sesuatu kesalahan, bukti dan keterangan yang tidak boleh disangkal perlu ada terhadap kes prima facie atas penilaian maksimum. pihak pendakwaan mempunyai tugas yang berterusan dalam menyemak apa2 fakta atau keterangan yang memihak kepada tertuduh. Dalam menjalankan tugas tersebut dan melaksanakan peruntukan seksyen 51A, pihak pendakwaan bersikap terbuka, peka dan bertindak secara munasabah serta sentiasa menyokong hasrat kerajaan dan semangat pindaan kepada kanuan tatacara jenayah tersebut.

Soalan macam ini pun ada ka. Apa kepentingan kepada rakyat berhubung soalan ini. adakah ianya berkait rapat dengan pertuduhan liwat. Semuanya ada kepentingan peribadi. Pakatan memang cam tu..

No comments:

Post a Comment