Monday, 22 March 2010

Kerajaan Prihatin Bantu Golongan Miskin

22 Mac 2010

MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan tanpa pelaksanaan gaji minimum, bagaimanakah Kementerian dapat memastikan golongan pekerja yang berpendapatan rendah dapat menjalankan kehidupan seharian. Adakah Kementerian akan menetapkan garis kemiskinan yang berlainan untuk kawasan bandar dan luar bandar dan seterusnya membantu pekerja yang berpendapatan lebih rendah daripada garis kemiskinan tersebut dengan lebih berkesan.

Jawapan:

Kerajaan amat prihatin akan kesukaran yang dihadapi oleh rakyat terutamanya kos sara hidup yang semakin membebankan. Justeru, Kerajaan telah menjadikan agenda membasmi kemiskinan sebagai salah satu daripada 6 Bidang Keberhasilan Utama Negara(NKRA). Antara usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan adalah melalui beberapa program antaranya seperti:

a) memudahkan pemilikan rumah bagi kumpulan berpendapatan sederhana dan rendah;

b) mengagihkaan bantuan kebajikan Persekutuan pada hari pertama setiap bulan;

c) menyediakan peluang untuk memulakan perniagaan dengan menyediakan lebih banyak premis perniagaan terutamanya dilokasi strategik di luar bandar;

d) mewujudkan kementerian yang khusus untuk menjaga golongan miskin bandar dan

e) mempertingkatkan jaringan perlindungan sosial dengan membantu orang kurang upaya, warga emas, ibu tunggal dan kanak-kanak yang memerlukan bantuan kebajikan.

Kementerian Sumber Manusia (KSM) tidak menetapkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) sebaliknya ia dikeluarkan oleh unit Perancangan Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri. Nilai PGK yang dikeluarkan oleh EPU dikelaskan kepada dua iaitu pendapatan isi rumah dan per kapita serta dibahagikan mengikut negeri, bandar dan luar bandar.

Kementerian mempunyai pandangan yang terbuka mengenai dasar penetapan gaji minimum ini. Pada masa ini KSM sedang mendapatkan maklum balas serta pandangan daripada orang awam termasuk pekerja dan majikan melaui blog gaji minimum. Maklum balas tersebut adalah penting untuk menentukan hala tuju penetapan gaji minimum agar perlaksanaannya akan mendatangkan faedah optimun kepada semua pihak terlibat.

KSM sedang menyediakan peraturan kerja separa masa (Part Time Regulation) yang bertujuan untuk memberi peluang kepada latern workforce seperti isi rumah, Orang Kurang Upaya (OKU), pelajar dan pesara untuk memasuki pasaran kerja dan membolehkan golongan pekerja berpendapatan rendah menambah pendapatan mereka.

No comments:

Post a Comment