Wednesday 24 March 2010

Bayu melanda selepas ribut di Kalabakan

Angin Kalabakan semalam semacam ribut taufan telah berubah kepada sepoi2 bahasa.. kalau terkena muka tu nyamannn jer. Ini yang berlaku kepada ahli parlimen kalabakan dalam membahaskan titah ucapan SPB Yang Di Pertuan Agong telah menarik balik balik kenyataan beliau yang menuduh YB Zahrin berbohong dengan mengaitkan namanaya dengan 16 september.

YB kalabakan mengaku ia semalam tidak dapat mengawal emosinya kerana terlalu marah kepada ketua pembangkang yang berbohong. Itu mainan politik ketua pembangkang serta ahlinya. Tidak diakui sekarang apabila mainan politik, serta hujah2 penipuan menjadi makanan mereka. Siapa yang pandai spin atau berhujan, menampakkan kematangan politiknya. Betul ker?

Apapun YB Kalabakan kelihatan tenang setelah menarik balik tuduhan tersebut. Ini satu tamparan hebat 5 jadi hinggap ke dahi pembangkang. Manakan tidak, semalam apabila YB kalabakan marah kat zahrin, ia seperti bola tanggung, tunggu nak balun jer... alih2 bola tanggung tu tinggi sangat... killer plak pakai spek,, gayat.. tak nampak bola nk balun....

No comments:

Post a Comment