Sunday, 14 March 2010

Tulah dan Itulah

Apa yang kita faham dengan Tulah nie.. apa Tulah yang sebenarnya.. sukar untuk difahami sepenuhnya pada generasi baru kini. Tapi bagi yang belajar sejah malaysia di sekolah menengah ataupun intiitusi pengajian tinggi sudah tentunya faham akan istilah ini.

Dalam kamus dewan edisi kedua tulah bermaksud kemalangan yg berlaku pd diri seseorang kerana melanggar larangan (melakukan perbuatan yg kurang baik terhadap orang tua, orang suci dsb). menulah mengenakan tulah pd; me­ngutuk atau menyumpah seseorang (supaya mendapat kemalangan). ke­tulahan mendapat kemalangan kerana ditimpa tulah.

Dalam kamus dewan edisi keempat tulah I bermaksud kemalangan yg menimpa kerana me­langgar larangan (melakukan sesuatu yg kurang baik terhadap orang tua-tua, menderhaka kpd raja, dll), kualat, kutuk: ampun beribu-ribu ampun, takutlah patik menjadi ~ duduk di atas peterana ini tempat bersemayam adinda; ~ papa kutuk yg mendatangkan kesengsaraan (kepapaan); takut ~ Br takut mendapat kece­la­kaan kerana melawan perintah ibu bapa; takut akan ~ baginda takut akan kualat baginda; menulahi mengenakan tulah kpd, mengu­tuki (menyumpahi dll) orang supaya men­dapat kemalangan; ketulahan mendapat kemalangan kerana ditimpa tulah, menderita tulah:

Apakah dalam pakatan yang di ketuai oleh Anwar telah kena tulah kerana menderhaka kepada raja serta rakyat dibawah naungan tuanku kerana memporak perandakan keamanan dan keharmonian rakyat di Malaysia Rakyat menjadi susah dengan pepecahan dalam politik melampau.Berpolitik untuk diri sendiri keluarga dan kawan2. Apakah ini yang sedang terjadi dalam pakatan sekarang. Derhaka kepada sultan.. kerja sapa? Mendoakan kecelakaan kepada semasa islam.. kerja sapa? menipu rakyat dengan janji2 kosong pilihanraya... kerja sapa? Apakah ini yang dikatakan telah kena Tulah....?

Itulah.... itulah yang terjadi kerana kerakusan berpolitik mereka-mereka dalam pakatan. Itulah yang terjadi dengan pepecahan yang berlaku dalam pakatan kini. Seorang demi seorang keluar pakatan kerana tidak mahu bersekongkol dengan anwar. Itulah yang bakal diterima oleh anwar kerana setiap seorang demi seorang dengan lantangnya bersuara mendedahkan kebusukan dan jijiknya pakatan sekarang. Apakah ini yang diterima kerana mengkhianati serta merosakkan keharmonian rakyat yang hidup dibumi Malaysia ini. Bagi pengkhianat orang melayu... pengkhianat negara.....renung2kan......

No comments:

Post a Comment