Wednesday, 17 March 2010
Ketua pembangkang pertikai ucapan Tuanku
Ahli Parlimen permatang pauh membuka ucapannya dengan mengkritik, mencerca serta mempertikaikan Titah Ucapan Diraja sempena pembukaan sidang Mesyuarat pertama, penggal ketiga Parlimen kedua belas (2010)
Ketua pembangkang seolah-olah tidak berpuas hati apabila dalam titah ucapan Tuanku memuji sikap kepimpinan Perdana Menteri dan isterinya. Dalam ucapan Tuanku para pemimpin agar mencontohi Perdana Menteri dengan turun padang untuk mendampingi rakyat bagi memahami masalah dengan lebih dekat. Manakala kerja-kerja baik yang dilakukan oleh isteri Perdana Menteri memainkan peranannya dalam PERMATA juga turut disenda oleh ketua pembangkang. adakah kerja baik untuk rakyat juga menjadi satu mainan politik pembangkang.
Langung dari Parlimen...
Ketua pembangkang juga merasakan ucapan tuanku tersebut seolah-olah deraf ucapan yang tekah dibuat oleh orang UMNO. Deraf ucapan yang memuji perdana menteri dan isterinya. Ketua pembangkang merasakan pelik kerana macam mana tuanku boleh memuji Perdana Menteri dan isterinya.
Apa yang tekah dititahkan oleh tuanku merupakan titah ucapan tuanku. Kalau Tuanku berkenan nak berucap memuji sesiapa pun itu merupakan hak tuanku. Adakah Ketua Pembangkang sedih kerana keluarga ketua pembangkang tidak di puji.
Sepatutnya kerja-kerja baik untuk rakyat sepatutnya disokong dan bukannya dicerca. Mengapa semua ini dibentangkan atau dibincangkan dalam parlimen oleh Ketua Pembangkang. Adakah irihati dan tertekan kerana Tuanku memuji sikap dan kepimpinan Perdana Menteri yang diterima rakyat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment