Thursday, 4 March 2010

Harapan baru pengiat seni tanahair


1 Malaysia

Di kalangan penggiat muzik seperti komposer, penulis lirik, penyanyi dan pemuzik mereka sudah sedia maklum akan bahang serta kesan daripada kemeruduman yang sedang melanda dalam industri muzik tanah air sejak 10 tahun lalu. Ini jelas terasa apabila stesen-stesen radio tidak memutarkan ataupun memainkan lagu-lagu tempatan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mewajibkan setiap stesen radio memutarkan lagu-lagu baru tempatan sebagai syarat sambung lesen. Dasar baru ini merupakan satu nafas baru kepada pengiat seni tanahair setelah sekian lama dianaktirikan oleh stesen-stesen radio yang lebih gemar memutarkan lagu-lagu antarabangsa. Kenapa ini terjadi? Tidak dinafikan memang lagu-lagu antarabangsa mempunyai kualiti muziknya yang tersendiri.. tetapi apakah dengan konsep lagu budaya barat itu yang semakin hari semakin merosakkan minda dan ketamadunan melayu hinggakan menjurus kepada keruntuhan moral anak-anak muda melayu. Apakah ini yang kita sering banggakan? Apapun dalam memahami budaya asing menerusi lagu-lagunya tidak ada salahnya, cuma batas-batasnya perlu diterapkan agar selaras dengan budaya kita. Ini yang molehnya.

Kebanjiran lagu-lagu daripada Negara jiran didalam industri tanahair kita memberi tamparan hebat kepada pengiat seni tanahair. Bukan sahaja lagu-lagu dari seberang yang memonopoli stesen radio kita, malahan kemasukan penyanyi serta kumpulan-kumpulan muzik ke negara ini sekali gus menutup periuk nasi pengiat seni tanah air kita. Paling menyedihkan apabila media-media kita memberikan liputan yang meluas kepada mereka didada akhbar kita serta distesen tv kita. Paling menyedihkan stesen-stesen radio kita sendiri yang memutar lagu-lagunya.

Kenapa kita terlalu memberikan keistimewaan ini kepada mereka. Apakah mereka disana menjulang lagu-lagu negara kita. Tidak sekali-kali. Mereka hanya tahu membakar bendera kita. Mereka hanya tahu merusuh di hadapan kedutaan kita, Mereka hanya tahu mengkritik kita. itu yang pasti. Susah pengiat seni kita ingin menenbusi pasaranya. Mereka tidak sama sekali membantu pengiat seni kita. Mereka semua tidak akan menyiarkan lagu-lagu kita di corong-corong radio mereka. Mereka hanya tahu menyiarkan dalam akhbar-akhbarnya agar memboikot kita. Kenapa mereka begitu senang mencari rezeki dinegara ini. Perkara ini perlu dihentikan demi pengiat seni tanahair kita.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Menteri Penerangan mengadakan syarat kepada mana-mana stesen radio yang tidak memutarkan lagu-lagu tempatan tidak akan dilanjutkan atau diperbaharui lesenya adalah sangat tepat pada masanya. Suatu kemenangan kepada pengiat seni tanahair kerana selalu menyuarakan ketidakpuasan hati mengenai perkara ini. Tetapi malangnya tida siapa yang ambil peduli. Sudah berpuluh tahun pengiat seni kita terseksa dan merana untuk mencari rezeki ditanah air sendiri. Adakah ini patut dibiarkan? Menteri Penerangan tidak akan membiarkan sama sekali anak seni tanahair kita di kotak katikkan oleh pengiat seni asing. Stesen radio kita la yang mampu mempromosi lagu-lagu tempatan dan peranan yang dimainkan oleh stesen radio memberikan satu harapan baru kepada pengiat seni tanahair.

Tahniah diucapkan kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Harapan agar pengiat seni tanah air bersaing secara baik demi meningkatkan lagi kualiti serta mutu lagu tempatan.

No comments:

Post a Comment