Monday 15 March 2010

Choong Wei Juara Terbuka England kali ke 100.


Juara All England kali ke 100

Terima kasih kepada semua rakyat malaysia yang berada di BIRMINGHAM kerana memberikan sokongan padu kepada Lee Choong wei dalam kejuaraan badminton All England pertamanya selepas melayakkan diri ke perlawanan akhir buat kali kedua berturut-turut di Arena Tertutup Birmingham England. Tidak lupa juga kepada penyokong-penyokong diMalaysia.

Tanpa mengira jantina, kaum, bangsa tua ataupun muda bersama-sama memberi sokongan yang padu sambil mengibar bendera negara tercinta, bendera malaysia di dalam Arena tertutup Birmingham. Lee Choong Wei mengalahkan pemain dari jepun Kenichi Tago. Choong Wei menang 21-19, 21-19. Tahniah diucapkan..

Terima kasih juga jurulatihnya Misbun Sidek kerana berkat kegigihannya mengharumkan nama negara dengan memberikan tunjuk ajar yang baik kepada Choong wei sehingga bendera Malaysia berkibar di Arena terbuka England. Syabas diucapkan kepada semua yang menyokong, Nama Malaysia tetap dipersada dunia.

Perpaduan serta keharmonian kaum 1Malaysia sentiasa wujud dalam diri kita rakyat Malaysia. Kita boleh bersama-sama menjerit, melaungkan mana negara tanpa mengira bangsa mana yang sedang bertarung dalam perlawanan. Yang penting Malaysia. Semua ini wujud dalam sanubari rakyat Malaysia. Berganding bahu menaikkan dan mengharumkan nama Malaysia dipersada antarabangsa.

Kenapa sesetengah mereka yang bergelar ahli politik sanggup menggadai maruah bangsa,agama dan negara demi kepentingan politiknya. Sanggup menghasut agar membenci sesama insan. Sanggup menjual nama negara demi kepentingan diri, keluarga dan rakan-rakan. Kenapa ini berlaku... adakah kerana ingin mengejar gelaran PM ( Pembantu Mahasiswa atau Perdana Menteri?) Baik Choong Wei mengejar gelaran terbuka all England. Akhirnya beliau berjaya atas usaha gigihnya, tunjuk ajar sifunya dan berkat doa dan sokongan rakyat malaysia. Tahniah Choong Wei.

No comments:

Post a Comment