Wednesday, 17 March 2010

Menteri menjawab di Parlimen Kapal Selam Tidak Boleh Menyelam





Menteri menjawab isu kapal selam rosak (kapal selam tidak boleh menyelam)

Soalan dari William Leong Jee Keen Ahli Parlimen Selayang

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan Yang Mulia ini, masaalah teknikal yang dihadapi oleh KD TUNKU ABDUL RAHMAN adalah masaalah yang boleh dialami oleh mana-mana kapal selam lain di dunia. secara khususnya kapal berkenaan tidak dibenarkan menyelam kerana mengalami sedikit masaalah yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan selaman. Ini adalah langkah keselamatan biasa pengendali kapal selam yang mengamalkan prosuder keselamatan yang sangat ketat.

Berdasarkan situasi tersebut, tiada keperluan untuk kerajaan mendapatkan penilai bebas antarabangsa sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak pembangkang kerana masaalah teknikal kapal selam SCORPENE yang dihadapi telah pun diatasi oleh pembekal dan ujian selaman telah berjaya dilaksanakan pada 22 Februari 2010 yang lalu. Perkara ini juga tidak ada kena mengena dengan unsur-unsur sabotaj pihak luar atau penipuan oleh pihak kontraktor.

Jumlah masaalah teknikal yang dialami oleh KD TUNKU ABDUL RAHMAN semenjak tiba di Malaysia sebagaimana yang didakwa pihak pembangkang juga adalah sedikit dan tidak membimbangkan. Kesemua masaalah teknikal yang dialami masih didalam jaminan dan dibawah tanggungjawab sepenihnya pembekal. Sekiranya masaalah teknikal ini berlarutan Kerajaan mempunyai opsyen untuk menggunakan klausa tertentu didalam Kontrak Perolehan Kapal Selam yang menuntut pembekal untuk melakukan pembaikan sehingga berjaya.

Perlu dinyatakan di dewan Yang Mulia ini, masaalah teknikal ini tidak akan menjejaskan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mempertahankan kedaulatan negara kerana kapal selam ini masih boleh beroperasi dan mampu melaksanakan peranannya apabila diperlukan. TLDM sentiasa memastikan prosuder pengoperasian dan senggaraan dipatuhi sepenuhnya bagi memastikan kapal selam dapat dioperasikan dengan selamat.

Menyentuh isu yang dibangkitkan mengenai kos senggaraan kapal selam TLDM, anggaran kos penyelenggaraan dan alat ganti bagi 2 buah kapal selam ialah dianggarkan RM270 juta setahun. Kontraktor penyelenggaraan masih belum diputuskan oleh Kerajaan kerana masih didalam peringkat rundingan.

Saya juga ingin meningatkan Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa bukan semua isu ketenteraan dan aset-aset strategik ketenteraan boleh dipolemikkan sewenang-wenangnya. Ianya boleh mendedahkan kelemahan pertahanan kita kepada pihak luar. Sebarang permasalahan yang dihadapi terutamanya melibatkan aset strategik kapal selam akan ditangani oleh Kerajaan dengan sebaiknya tanpa mengakibatkan ketirisan maklumat-maklumat penting dan strategik jatuh kepada pihak luar.


2 comments:

  1. Bodonya mereka ni, isu kapal selam pun menjadi sensasi?.Kerajaan bukan beli kapal selam terpakai,Baru tuh...

    Beli salah, x beli salah. Kerja cari kesalahan.
    Kawasan sendiri x leh nak jaga. PRU13 kita kasi lingkup puak2 ni. Pemimpin DAP kita kasi tapau, PKR kita kasi Tongsampahkan,PAS kita talkinkan....

    ReplyDelete
  2. anon.

    Memang itu kerja dia. Rakyat bagi kerusi wakil rakyat untuk mencari kesalahan orang.. bukan buat kerja untuk rakyat. yang penting next pru dia dapat kerusi lagi... dapat gaji lagi.. gaji untuk putar belit rakyat

    ReplyDelete