Wednesday 24 March 2010

Tengku Razaleigh Jadi Orang Tengah> Royalti Minyak



KKOTA BHARU 24 Mac — Kerajaan PAS Kelantan memutuskan untuk melantik bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai wakil kerajaan negeri dalam rundingan tuntutan royalti minyak dengan Kerajaan Pusat.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Exco yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini.

Beliau berkata mesyuarat itu juga memutuskan supaya Tengku Razaleigh, yang juga Anggota Parlimen Gua Musang, menyelesaikan isu tuntutan dalam tempoh empat bulan berkuatkuasa hari ini.

"Mesyuarat Exco hari ini mengambil keputusan bersetuju melantik Tengku Razaleigh sebagai wakil kerajaan ini untuk berunding menyelesaikan isu tuntutan kerajaan negeri berhubung isu royalti minyak daripada Kerajaan Pusat.

"Surat rasmi pelantikan itu akan dihantar kepada Tengku Razaleigh dalam tempoh terdekat ini,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco di sini hari ini. - Bernama

Elokla tu.. kerajaan PAS dibawah pentadbiran Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh bekerja sama dengan wakil kerajaan daripada UMNO. Tengku Razaleigh dikatakan orang yang paling sesuai. Nampaknya kerjasama antara PAS dan UMNO boleh diwujudkan tetapi disebabkan politik,,, yang senang jadi susah. tapi bab duit minyak untuk rakyat.... nampaknya PAS sudah sepakat untuk bekerjasama. Menampakkan UMNO memang bersedia untuk bersama-sama membantu rakyat kelantan. Harapan agar duit tersebut boleh memberi manafaat kepada rakyat dan bukannya kepentingan politik PAS.

No comments:

Post a Comment