Tuesday, 8 March 2011
Mampukan Kerajaan Barisan Nasional Bertahan:PRU13
Tahniah kepada semua yang terlibat dalam PRK Kerdau dan Merlimau. Memamg kita menang besar kerusi di Kerdau dan Merlimau dan sudah pasti melihat rakyat sudah pandai melihat dan menyandar harapan kepada Parti Barisan Nasional dan bukannya Pakatan Rakyat.
Oleh itu diingat Pakatan Rakyat akan sudah melihat Aura baru Barisan Nasional yang telah meyakinkan rakyat sekarang. Pakatan Rakyat kehabisan modal yang boleh menarik simpati rakyat agar menyokong. Kemungkinan pengundi atas pagar, India dan sedikit peningkatan daripada pengundi cina. Itu kerja UMNO yang akan mengekalkan sokongan ini.
Bagi Pakatana Rakyat dengan meletakkan calon kitar semula di kerdau pun, penyokong tegarnya tidak berubah dan kemerosotan dari pengikut tegar adalah kecil. Itu baru calon kitar semula.. Mungkin Pakatan nk test jer dengan letak calon kitar semula?Macam mana kalau PRU 13, semua muka2 baru, bersih, dan berkaliber akan bertanding kerusi tersebut. Adakah rakyat akan memberi undi cubaan lagi kepada muka2 baru? Kalau rakyat memberikan undi test pd muka baru?Adakah Barisan Nasional mampu bertahan?
Kalau dilihat dari aspek pembanggunan, janji lama pun masih ada lg tak buat, dan macam mana plak dengan janji2 baru.. Tak kan projek mee maggie sempena pilihanraya kecil? Adakah kerajaan akan tunaikan segera janji2 tersebut sebelum PRU 13.Barisan Nasional kena kerja kuat mengekalkan sokongan terhadap rakyat sekarang yang dah mula memberi harapan kepada Barisan Nasional. Jangan sampai Rakyat sekali lagi kecewa dengan sikap Barisan Nasional.
Barisan Nasional perlu meneruskan pembanggunan agar rakyat yakin dan percaya kepada barisan Nasional. Pakatan Rakyat juga sedang menyusun strategi untuk PRU 13 dengan mengemukakan muka2 baru yang bertanding, janji2 BN yang tak ditunaikan, Pemimpin BN yang dah lapuk dan macam2 lagi. Mampukan barisan Nasional bertahan? Kalau mampu kita akan menang bergaya pada PRU13.
PKR dan DAP dah mula marah pada Bloggers BN kerana usaha menarik keluar PAS dari pakatan. PAS keluar pakatan... Jahanam terus PKR dan DAP. Segala bentuk pujuk rayu bomoh seluruh mak nenek telah dibuat agar pemimpin PAS N. Ajis kekas bersama pakatan. ini yang paling ditakuti oleh PKR dan DAP.
PAS wajib keluar dari Pakatan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment