Apa yang untungnya pemain Malaysia dapat menimba pengalaman dengan bermain dengan pasukan terbaik liga Perdana England. Namun begitu Harimau Malaya perlu lagi berusaha dengan lebih kuat lagi, apa kesilapan yang tak sepatutnya dibuat, macam mana latihan yang sepatutnya dijalankan dan macam mana disiplin semasa latihan mahupun didalam padang.
Semua itu penting dalam meningkatkan lagi mutu bola sepak Malaysia dan paling penting bagi anak2 muda yang akan menyarung JC Malaysia. Jangan nak salahkan Pasukan Malaysia walaupun kalah dengan Arsenal.
Memang Arsenal hebat dan bukan lawan Malaysia pun, Arsenal main biasa2 jer.. Tapi Malaysia perlu ambil iktibar dan baiki kesilapan. Apa yang penting tingkatkan usaha serta disiplin ketika latihan dan dalam perlawanan.
Dalam aspek fizikal pun pemian kita dah kalah, tapi semangat juang seperti perlawanan sebenar tidak direalisasikan semasa melawan Arsenal. Mungkin perlawanan persahabatan. Cuma rasa ingin bermain dengan pemain2 Liga Perdana England.
Kalau perlawana sebenar, mungkin Harimau Malaya main dengan lebih semangat juang lagi. Tahniah kepada Harimau Malaya
No comments:
Post a Comment