Showing posts with label muktamar pas. Show all posts
Showing posts with label muktamar pas. Show all posts

Saturday, 12 June 2010

Muktamar PAS> PAS Benteras Judi di Selangor, Kedah dan Peneng

Perbahasan ucapan dasar presiden PAS hari ini berkisar mengenai judi. Berkobar-kobar para perwakilan dengan semangatnya mahukan judi di benteras sehingga ke akar umbi. Bukan sahaja judi bola, judi no ekor ker, kuda ker, apa jadah judi lagi dibentangkan serta dikupas oleh para perwakilan.

Kalau macam tu PAS akan bermula di selangor,kedah dan pulau pinang. Banyak kerja yang nak kena buat oleh PAS nie. Selangor kedah dan peneng sasaran utama kerana yang mentadbir negeri tersebut abang2 long diaorang. So sennag la sikit nak buat kerja.

Masalahnya adakah DAP dan PKR kat sana akan dengar cakap PAS nie. Adakah DAP dan PKR akan akan membatalkan semua lesen-lesen judi nie. Kalau tak batalpun tak perbaharui lesen. Sanggup ker DAP dan PKR buat cam tu. Sanggup kan mereka nie dengar cakap PAS.

Aku rasa macam susah jer, Sebab lesen kedai cap tapak kaki pun bersepah2, Pompuan dr china, indonesia ker thailand jer bersepah2 kerja kat kedai cap tapak kaki nie. Siap ada pakej xtra avanza lagi. siap boleh bayar bil air tertunggak. Tapi nampak macam susah jer.

Tapi apa yang dilihat sebenarnya mungkin PAS hanya nk test power sikit kat abng2 long dioarng nie. Adakah suara PAS akan didengar atau tidak. Mungkin boleh jadi kayu pengukur buat PAS sejauh mana peranannya dalam pakatan.

Kehadiran perwakilan tak sehebat semalam. Hari ini nampak sedikit berkurangan. Mungkin dalam 1000 orang yang hadir. Mungkin cuaca terlalu panas kot. Tak henggat punya panas.

Friday, 11 June 2010

Muktamar PAS> Ucapan Dasar Muktamar PAS

Dalam ucapan dasar Presiden PAS DS Abdul Hadi an Parti dan Tarbiyah, Majlis Syura ulama, pimpinan Pusat, konsep federalisma dan masa depan negara. Tanggungjawab dalam masyarakat majmuk, Pemerkasaan Parti dan Tarbiyah.

Tema islam adil untuk semua dipilih dimuktamar pas kali ke 56 bagi menuntut lapisan kepimpinan memperteguhkan model pentarbiyah dalaman sendiri. Kenapa konsep ini baru sekarang diterapkan? Adakah dalam kepimpinan PAS tidak mempunyai cukup ulamak ataupun telah dipenuhi oleh golongan profesional. Adakah dengan konsep parti campuran pakatan ini PAS mahukan golongan ulama yang memimpin dalam pakatan.

DS Hadi juga mahu menegakkan keadilan untuk semua tanpa mengira batas agama dan kaum. Konsep ini telah lama diamalkan oleh kepimpinan Barisan Nasional terdahulu dan kini. kenapa baru sekarang PAS ingin meniru Barisan Nasional. Adakah ingin menarik sokongan daripada bukan islam?

Bagi DS Hadi pemimpin yang mewarisi konsep sekularisma ini membuatkan umat islam di Malaysia tidak mampu berdaya saing dengan kaum lain.PAS dahulu menanam sikap orang lain semua tidak betul, UMNO dan Barisan Nasional juga tidak betul. Hanya PAS sahaja yang masuk syurga. Kalau sembahyang dengan berimamkan orang UMNO, tidak sah sembahyangnya. Sampai tahap tu.... Tapi sekarang dah ubah.. PAS menekanklan konsep berbaik2, perpaduan, tolong menolong,berlaku adil, Bukankan ini yang sellau dilaukan oleh kerajaan Barisan Nasional dulu. Konsep2 inilah yang ditayangkan dalam tv1 dan tv2, amalam tolong menolong, muafakat, bantu membantu. Tapi UMNO juga yang salah yang dikatakan gagal menyelamatkan orang melayu dan islam. Semua pemimpin yang dilahirkan oleh oleh UMNO tidak bermoral... pemimpin Pakatan bermoral ker?

DS Hadi juga takut akan peranan bloggers pro kerajaan yang menyebar maklumat melalui blog kerana semua kepincangan dalam PAS telah didedahkan kini. Dahulunya PAS hanya mencari salah Barisan Nasional... tapi kini semua salah dalam Pakatan juga boleh didedahkan. Sebab itulah DS Hadi amat takut akan peranan bloggers Pro kerajaan dan merayu agar tidak terpedaya dengan penipuan bloggers pro kerajaan.

DS Hadi juga memuji Kepimpinan PAS yang sedia ada ini sungguh setia kepada parti dan tidak seperti yang diluar sana? Adakah DS Hadi perli pemimpin PKR yang suka lompat parti. pemimpin PKR lumpat parti disebbakan tidak berpuas hati dengan kepimpinan Pakatan. Apakah PAS juga sudah bosan berada dalam pakatan sekarang yang dilihat sudah berpecah belah. Politik pakatan hanya politik peribadi.

Katanya lagi, pemimpin PAS sekarang berlatabelakangkan Ulama dan Profesional dan inilah yang menguatkan PAS. Adalah DAP yang tak ada ulama dan PKR yang tiada ulama itu tidak kuat. Nampaknya PAS sudah berani untuk menjadi abang long dalam Pakatan.

Pasal peranan PAS diperingkat Antarabangsa juga disentuh, apa peranan PAS nie?ooo PAS hanya mempersoalkan peranan kerajaan dalam menanggani masalah antarabangsa mengutuk regim zionis, israel yang menyerang konvoi flotilla bantuan ke Gaza, PAS dikatakan menyumbang penyelesaian pemimpin yang bertelagak sehingga PAS berjaya berdamai di wilayah Acheh. Satu lagi PAS dikatakan diberi kepercayaan oleh kepimpinan Ulama Islam antarabangsa dan beberapa negara islam OIC untuk selesaikan konflik di Yaman. Hebat-hebat. Yea ker PAS buat semua tu.. Giler terre PAS nie... Aukkkk

Secara keseluruhan ucapan dasar PAS kali ini tidaklah segah mana pun, bak kata reporter yang dijumpai disini.. ucapan tu biasa sahaja, tak der gah ataupun bersemangat... Ucapan semata-mata hendak menarik penyokong bukan islam menyokong PAS dengan meyemai konsep2 islam. Semua orang tahu islam itu indah.. Islam memang indah. Syukur hidup di bumi Malaysia dibawah kepimpinan sekarang. Cumanya dari segi dewan tu cantik dan besar serta penuh dengan orang PAS serta penyokong PAS. Sound System dalam dewan tu bagus...AUKKKK

Muktamar PAS> Protes Pengstrukturan Semula Subsidi

Sekarang Abdul Hadi telah berucap dalam Dewan Putik Pengkalan Chepa. Kemungkinan besar akan diadakan protes agar kerajaan tidak melaksanakan pengstrukturan subsidi minyak. Protes pengstrukturan subsidi ini dijangka akan dibuat bagi menampakkan heronya PAS dalam meenanggani isu-isu semasa terutama pasal minyak.

Kerajaan memang akan menangguhkan untuk mengumumkan sibsidi. Jadi PAS telah ambil kesempatan ini bagi menampakan yang PAS hebat dapat mempengaruhi keputusan kerajaan. Kredit-kredit.

Apa orang-orang kelantan nak buat duit lagi ker dengan jual minyak kepada negara jiran thailand. Adakah orang kelantan nak buat duit lagi dengan jual gula ke negara jiran. Sebab tu nak tangguhkan struktur subsidi minyak. Harga minyak di thailand mahal. Negara thailang pun tahu, dengan bagi subsidi sampai kiamat boleh mempercepatkan negara jahanam dengan tanggung hutang yang melampau. seba tu negara dioarang tak bagi subsidi. Negara kita nie kitra bagus lagi, stil bagi subsidi, bukan sahaja minyak, apa bana pun nk bagi subsisi. Bukan tyak boleh subsidi, tapi berpada2la. Kalau ko boleh beli kereta yanh harganya ratusan ribu, nak isi minyak yang reganya tak sampai 3 henggip seliter pun bising. lainla yang miskin hina tu, logikla dapat subsidi. Masalahnya yang duk buat protes2marah kerajaan pasal subsidi nie yang golongan miskin hina cam kitaorng nie. Ko protes untuk orang kaya agar dapat subsidi minyak. Apa punya bana la diorang nie, Mayb bil air tertunggak kot? tu yang jadi jiwa kacau tu.... mayb GRO thailang dah kena tangkap... so tak de la penyedap... jiwa kacau......

Muktamar PAS> Orang Muda Jangan Cabut

Muktamar PAS
Dewan ulama PAS mengesa agar orang muda jangan mudah terpedaya dengan janji-janji kerajan Barisan Nasional dengan mengubah pendirian daripada menyokong PAS kepada menyokong BN.Ini merupakan antara penekanan yang di ucapkan dalam Dewan Putik Pengkalan Chepa Kelantan sempena Muktamar PAS.
Golongan muda sekarang sudah bijak dan pandai menilai yang mana betul dan yang mana palsu. Kepalsuan yang cuba diselindung oleh PAS mungkin sudah dilihat oleh golongan muda sekarang. Kalau ditanya orang muda di sini,adakah mereka bencikan kepimpinan DS Najib? kebanyakan menyokong dan suka akan kepimpinan yang telah dibuat oleh DS Najib. Mereka hanya menyukai dan menyokong DS Najib tapi tidak menyokong Barisan Nasional.Apakah yang kurangnya Barisan Nasional jika dibandingkan dengan DS Najib. Kalau ditanya antara DS Najib dan Barisan Nasional. Mereka akan memilih DS Najib. Macam mana tu?
Apakah Pemuda BN perlu menyatakan sesuatu dan cara yang bagaimana boleh menarik golongan2 ini. Mereka semua sekarang sudah pandai menilai, baginya tak semeestinya memakai serban, celak kt mata dan jubah satu badan bijak mentadbir negeri dan negara. Mereka semua sudah terbuka dan konsep keterbukaan dan 1malaysia telah diterima secara diamnya tapi agak segan untuk ditonjolkan.
Golongan muda disini juga risau akan masalah golongan melayu yang berpecah dan bergaduh sesama islam. baginya amatlah merugikan sekiranya perkata sedemikian terus berlarutan. Mereka faham tetapi pucuk pimpinann atas mungkin menjadi penghalang orang melayu bersatu. Mereka juga sudah bosan duduk dibawah telunjuk DAP. Mereka mahukan pembaharuan yang boleh mengungtungkan melayu. Apa perlu dibuat?
Perkara inilah yang menyebabkan timbulnya orang muda jangan lari daripada PAS dan diminta terus setia menyokong PAS....

Muktamar PAS> PAS warning Selangor, Peneng jgn bahari Lesen Judi

Dewan Pemuda PAS mengesa sahabat sekentutnya yang mentadbir Selangor dan Pulai Pinang agar tidak memperbaruhui lesen premis perjudian yang beroperasi di negeri jajahannya. Lesen urut-urt badan dan xtra charge tak nak buat ker. Lesen penjualan arah tak nak buat sekali ker. Jadi macam kelantan, Tak ada judi berlesen, tak ada urut berlesen, tak ada minum arak terbuka. Yang tak berlesen mungkin ada la. Apa tidaknya, yang kena tangkap tu kat mana kalau tak di kelantan, Dah ada kemasukan GRO dari negara jiran thailand. okla dah buat penangkapan walaupun dah terlewat, kalau GRO tak masuk ke kelantan, orang kelantan masuk ke golok. Sama jer. Tapi kes2 tangkap basah, bersekedudukan, buang anak, zina bawah umur nie dh lama ada kt sini.

Suara Pemuda PAS ini telah membangkitkan kemarahan dalam DAP dan PKR dimana, peneng sudah lama buat duit dengan sumber2 nie, selangor macam biasa, sejak PKR memerintah, bersepak2 kedai cap tapak kaki keluar. Kedai salun rambut pun buat pakej xtra charge, boleh gak bayar bil air tertungak disini.

DAP mungkin akan merasakan PAS ,mahu mengajar DAP dan PKR memerintah negeri. Apa yang PAS cuba lakukan hanyalah ingin menjadi ketua dalam pakatan. kira2nya PAS ketua, DAP timbalan ketua dan PKR setiausaha.Macam tu kot. PAS merasakan parti itu terpinggir dalam semua hal dan hanya menjadi lembut yang dicucuk hidung oleh DAP dan PKR.

Hari ini PAS dengan beraninya menegur abang2 sulungnya. Adakah abang2 sulungnya akan menurutri apa yang disuarakan oleh adik bongsu.

Ceramah Sempena Muktamar PAS di Kuala Krai

Macam biasa apabila Muktamar PAS berlangsung, disusuli juga dengan ceramah-ceramah yang dibuat disini. Semalam ceramah di buat di Kuala Krai. Anuar Brahim, Dr Hatta dan Saifudin turun berceramah.

Macam biasa Anwar bukak cerita pasal Kes Liwatnya, APCO,Israel. Kalau dilihat sebalik ceramah Nuar nie, dia seolah2 sudah hilang arah dan abis cara untuk menepis kes liwatnya. Macam dia seolah2 sudah tahu yang dia gagal dalam kesnya. Bak kata orang, dia macam sudah tahu yang dia memang kena, sebab semua bukti2 kukuh dan dia gagal menepis bukti tersebut. Masih lagi menagih simpati orang agar orang ramai melihat kes liwat ini sebenarnya dilakukan oleh Barisan Nasional yang sentiasa mahu mengaibkan dia dan seluruh keluarganya.

Pasal APCO dan yahudi , pertaruhan bola tu biasa sahaja, seolah2 Malaysia nie sudah dipimpim oleh Yahudi. Seolah2 pemimpin Barisan Nasional nie tak pandai memimpin kerajaan, sebab tak pandai memimpinlah kerajaan terpaksa lantik orang israel untuk membantu kerajaan. Sampai macam tu sekali ker.. Kesian aku tengok orang2 tua berkopiah putih tu kena kencing. Tapi nak buat macam mana, dah memang totok nak buat cam mana.

Saifudin plak lagi best dalam ceramahnya dengan muka tak bersalahnya bagi tahu, Malaysia serahkan tanah KTMB kat singapore dalam masa dua hari disebebkan oleh DS Najib takut gambarnya dengan Antartuya dikeluarkan oleh singapore. Saifudin bg tau perisik singapore ada gambar najib dengan Atartuya. Sebab tu la Malaysia serahkan tanah tu. Adakah Saifudin bercakap nie atas dasar fakta yang sahih atau dasar berpolitiknya atau sengaja ingin mencetuskan isu baru demi menutup pepecahan dalaman Pakatan atau dia bercakap atas dasar pengetahuan. Setahu akula benda nie memang dah lama di rundingkan antara Malaysia Singapore.