Dewan ulama PAS mengesa agar orang muda jangan mudah terpedaya dengan janji-janji kerajan Barisan Nasional dengan mengubah pendirian daripada menyokong PAS kepada menyokong BN.Ini merupakan antara penekanan yang di ucapkan dalam Dewan Putik Pengkalan Chepa Kelantan sempena Muktamar PAS.
Golongan muda sekarang sudah bijak dan pandai menilai yang mana betul dan yang mana palsu. Kepalsuan yang cuba diselindung oleh PAS mungkin sudah dilihat oleh golongan muda sekarang. Kalau ditanya orang muda di sini,adakah mereka bencikan kepimpinan DS Najib? kebanyakan menyokong dan suka akan kepimpinan yang telah dibuat oleh DS Najib. Mereka hanya menyukai dan menyokong DS Najib tapi tidak menyokong Barisan Nasional.Apakah yang kurangnya Barisan Nasional jika dibandingkan dengan DS Najib. Kalau ditanya antara DS Najib dan Barisan Nasional. Mereka akan memilih DS Najib. Macam mana tu?
Apakah Pemuda BN perlu menyatakan sesuatu dan cara yang bagaimana boleh menarik golongan2 ini. Mereka semua sekarang sudah pandai menilai, baginya tak semeestinya memakai serban, celak kt mata dan jubah satu badan bijak mentadbir negeri dan negara. Mereka semua sudah terbuka dan konsep keterbukaan dan 1malaysia telah diterima secara diamnya tapi agak segan untuk ditonjolkan.
Golongan muda disini juga risau akan masalah golongan melayu yang berpecah dan bergaduh sesama islam. baginya amatlah merugikan sekiranya perkata sedemikian terus berlarutan. Mereka faham tetapi pucuk pimpinann atas mungkin menjadi penghalang orang melayu bersatu. Mereka juga sudah bosan duduk dibawah telunjuk DAP. Mereka mahukan pembaharuan yang boleh mengungtungkan melayu. Apa perlu dibuat?
Perkara inilah yang menyebabkan timbulnya orang muda jangan lari daripada PAS dan diminta terus setia menyokong PAS....
No comments:
Post a Comment