Keris Taming Sari akan diPemerkan Di Galeri Sultan Azlan Shah di Bukit Chandan Kuala Kangsar mulai 29 Mei hingga 5 jun 2011.
Keris yang sinonim dengan Orang Melayu dan Lambang kepada orang melayu dan keris Taming Sari yang menjadi kebanggaan sejarah melayu. Keris Taming Sari wujud bersama sejarah bangsa melayu. Semua orang tahu sejarah kehebatan Keris Taming Sari dan empayar melayu melaka pada waktu itu...
Tapi semua sejarah tanah melayu telah diubah oleh British, semua cerita-cerita melayu di tanah melayu pastinya diubah sepenuhnya untuk memperlihatkan kelemahan melayu. Itu aku yakin dan sejarah melayu sebenarnya tersimpan baik tanpa dihuraikan dan didedahkan . Kenapa British mengubah semua? Adakah pengaruh dah kekuatan Orang Melayu amat digeruni oleh pihak asing?
Keris Taming Sari wujud bersama kegemilangan melayu. Bermakna kehebatan Orang Melayu tidak terbanding lagi. Tetapi kenapa masih ada orang yang memperlekehkan Keris?
Kenapa mesin pengorek terowong SMART dinamakan TUAH? Kenapa TUAH? Kenapa terowong... apa cerita disebalik terowong?
Kita patut bersyukur dilahirkan sebagai MELAYU beragama ISLAM....
Dari Melaka pergi ke Pahang
Singgah di JOHOL beli barangan
Kami mengucap Selamat Datang
Apa yang kurang dikeji jangan......
Tapi ada yang akan menganggap Taming Sari yang dipamerkan di Galeri Sultan Azlan Shah hanya replika dan sesetengah pihak akan menganggap itu semua mitos. Golongan ini tidak mahu mengakui kesahihan Taming Sari wujud bersama orang melayu kerana takut akan kebangkitan semangat Orang Melayu.Taming Sari sebenarnya wujud dan ia bukanlah dongeng yang telah diputar alamkan oleh British selam ini.....
Melayu perlu faham sejarah melayu....
Orang percaya Taming Sari dan Hang Tuah memang wujud..cuma tak percaya yang ada kat pameran tu je.. saya pun tak percaya 100%..
ReplyDelete