Wednesday 10 February 2010

Saiful buat laporan polis kes ancaman bunuh keatasnya..

Laporan polis

Saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan iaitu pengadu bagi Kes pertuduhan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dibicarakan pada masa ini yang mana saya adalah didalam proses memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai saksi pertama. Saya pada hari semalam, 8/2/10 telah menerima satu email dari individu yang tidak dikenali. Didalam email tersebut, apabila saya membacanya ianya mengadungi satu pernyataan yang disiarkan didalam Fanpage Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tertulis seperti berikut:

“ ANAZ ZAHARI: Kepada rakan2 sekalian…sape2 yg mengenali ataupun berjumpa dgn saiful bukhari azlan dimana2 saja,anda diwajibkan membunuh beliau dgn apa cara sekalipun demi keamanan manusia sejagat…”

Jelas ia dibuat oleh individu yang menggunakan nama ANAZ ZAHARI... dalam laman facebook.

Yang jelas pihak polis sedang mencari individu ini.

No comments:

Post a Comment