Wednesday 24 February 2010

Al Fatihah



gambar The Daily Telegraph


Kematian rakyat malaysia yang bekerja sebagai pemandu Konsulat Malaysia berketurunan Melayu di Sydney Australia dipercayai bermotifkan buli jalanan. Allahyarham Mohd Shah Saemin mati ditikam dan dihentak menggunakan tukul. Mangsa yang berusia 43 tahun berasal dari Melaka dan sudah menetap di Australia sejak 17 tahun lalu.

Kejadian berlaku ketika mangsa tiba di rumahnya di Marion Street di Sydney yang terletak di pinggir bandar sebelah barat Leichhardt awal pagi ini apabila saksi melihat dua lelaki mengejar mangsa di seberang jalan.

“Kita percaya terdapat kemungkinan berlaku kemalangan... sebaik sebelum serangan dilakukan,” kata pemangku Superintenden Shayne Woolbank yang dipetik sebagai berkata akhbar The Daily Telegraph di tempat kejadian pagi ini. Woolbank juga mengesahkan ianya berkemungkinan daripada bermotifkan pembuli jalanan. Sebelum kejadian, kereta dipandu mangsa dikatakan terbabit dalam kemalangan dengan kenderaan dinaiki dua lelaki ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Bagi keluarga mangsa dan juga rakyat Malaysia merasa sedih dan mengharapkan keadilan terhadapnya dapat dibela. Saya percaya kerajaan malaysia sedang bekerja-sama dengan kedutaan Australia dalam menyelesaikan isu ini.

Apa pun kita bertuah kerana Pakatan daripada PKR, DAP dan PAS mempunyai hubungan adik abang dengan wakil rakyat Australia. Paling tidak ada 50 orang wakil rakyat Australia yang mungkin menjadi sebahagian daripada keluarga pakatan. Sudah pasti daripada pakatan terutama Lim Kit Siang ker ataupun siapa-siapa dalam PKR membuat bantahan rasmi kepada Australia mengenai kes ini. Apa nak dirisaukan... kalau 50 wakil rakyat Australia boleh buat bantahan.. kononnya sokongan agar kes liwat Anuar digugurkan... Pakatan perlu buat bantahan tentang kekejaman kapir-kapir Australia membunuh orang sesuka hati mak bapak dia.

Penyokong pakatan juga perlu membuat perarakan aman sambil menggantung gambar mangsa di kedutaan Australia. Buat macam Teoh Beng Hock. Suruhlaa sapa-sapa orang PKR yang tua ker yang muda ker berjalan sambil gantung kat tengkok dia gambar Teoh Beng Hock. Tak pun kat bendera-bendera party tu letakkan gambar Teoh Beng Hock. Lim Kit Siang boleh usul tergempar dalam parlimen ker untuk bahas kematian Mohd Shah Saemin dan menyokong agar pembunuh Mohd Shah Saemin ditangkap dan dibicarakan dengan segera. Saya percaya Australia yang merupakan negara maju yang faham giler konsep keadilan dan demokrasi nie mesti tarak hal nya dengan bantahan daripada negara luar terutama daripada geng2 brader PKR.

klau perlukan khidmat peguam setelah pembunuh yang membunuh rakyat malaysia... peguam yang hebat dari DAP, karpal ker anak dia ker... boleh menawarkan khidmat guaman secara percuma. Ini atas dasar adik abang dengan Australia dan juga wakil2 rakyatnya. Yang paling penting atas konsep keadilan. Amacam...

Kita tunggu apa tindakan oleh pakatan mengenai perkar ini. Adakah konsep keadilan untuk semua rakyat Malaysia di tegakkan atau hanya orang-orang tertentu sahaja.

2 comments:

  1. puak pakatan haprak hanya berani berkokok di gelanggang sendiri jer bro

    ReplyDelete
  2. betul tu bro... sembang jer lebihhh.. yang paling malang orang yang menyokongnya.. asik kena tipu,,,kena tipu seumur hidupp tu.....

    ReplyDelete