Wednesday 15 June 2011

Berapa Ramai Puak Anwar Dalam BN ?

Ramai puak2 anwar yang masih bertapa dalam BN dan UMNO?Tapi adala kan.... Paling best dalam sektor kerajaan dan kehakiman pun bersepah2 orang dia. Bukan duduk senyap2 tapi secara terang-terang menyokong Anwar. Tak ada segan silu...kalau bercakap tu terang2 kutuk kerajaan..Paling best apa yang kerajaan buat semua salah dimata mereka. Apa yang Anwar buat semua betul..Hebat Manusia Bernama Anwar... Semua Hebat.....

Orang-orang nie nk dilabel sebagai apa? Mungkin mereka-mereka ini semua pengikut Anwar masa Anwar dalam kerajaan dulu. Sehingga sekarang mereka masih berada dalam kerajaan dan BN walaupun Anwar sudah meninggalkan kerajaan BN.

Tak pelik sekiranya berlaku kebocoran dan ketirisan maklumat rahsia dalam kerajaan dan tak pelik sekiranya apa yang kerajaan buat diketahui oleh pembangkang. Tak pelik sekiranya apa yang didasarkan oleh kerajaan ada saja dipancung oleh orang dalam kerajaan sendiri. Semua yang kerajaan buat tu salah dan menyusahkan rakyat. Sampai bila pun tak sampai apa yang betul dan telus dibuat kerajaan kepada rakyat.

Masih ramai lagi ker pengikut Anwar dalam Kerajaan dan juga BN/UMNO.. Terlalu ramai yg Berpolitik untuk kepentingan sendiri.. Berkuasa untuk kepentingan sendiri dan juga keluarga dan kenalan.

Rakyat semakin cerdik untuk semua ini. Siapa yang rugi dan siapa yang untung dalam permainan ini. Yang berkuasa akan terus menekan, menghimpit, mamah yang lemah hingga ke tulang. MELAYU RUGI

No comments:

Post a Comment