Saturday 12 June 2010

Muktamar PAS> PAS Benteras Judi di Selangor, Kedah dan Peneng

Perbahasan ucapan dasar presiden PAS hari ini berkisar mengenai judi. Berkobar-kobar para perwakilan dengan semangatnya mahukan judi di benteras sehingga ke akar umbi. Bukan sahaja judi bola, judi no ekor ker, kuda ker, apa jadah judi lagi dibentangkan serta dikupas oleh para perwakilan.

Kalau macam tu PAS akan bermula di selangor,kedah dan pulau pinang. Banyak kerja yang nak kena buat oleh PAS nie. Selangor kedah dan peneng sasaran utama kerana yang mentadbir negeri tersebut abang2 long diaorang. So sennag la sikit nak buat kerja.

Masalahnya adakah DAP dan PKR kat sana akan dengar cakap PAS nie. Adakah DAP dan PKR akan akan membatalkan semua lesen-lesen judi nie. Kalau tak batalpun tak perbaharui lesen. Sanggup ker DAP dan PKR buat cam tu. Sanggup kan mereka nie dengar cakap PAS.

Aku rasa macam susah jer, Sebab lesen kedai cap tapak kaki pun bersepah2, Pompuan dr china, indonesia ker thailand jer bersepah2 kerja kat kedai cap tapak kaki nie. Siap ada pakej xtra avanza lagi. siap boleh bayar bil air tertunggak. Tapi nampak macam susah jer.

Tapi apa yang dilihat sebenarnya mungkin PAS hanya nk test power sikit kat abng2 long dioarng nie. Adakah suara PAS akan didengar atau tidak. Mungkin boleh jadi kayu pengukur buat PAS sejauh mana peranannya dalam pakatan.

Kehadiran perwakilan tak sehebat semalam. Hari ini nampak sedikit berkurangan. Mungkin dalam 1000 orang yang hadir. Mungkin cuaca terlalu panas kot. Tak henggat punya panas.

1 comment:

  1. apa ko nak sebok pasal judi, kalau ko tak berjudi... ko jangan seboklah. Buat dosan tanggung sendiri. PAS hanya cakap sahaja. UMNO pun sama cakap mesti lebih.

    ReplyDelete