Tuesday, 8 June 2010

Minyak Malaysia vs Minyak Laos

Stesen Minyak Shell Vientiane Laos




Subsidi minyak kini dinikmati oleh semua pengguna kenderaan termasuk pemilik kereta mewah, tak mewah dan rakyat asing. Sudah pasti kerajaan akan membebankan Kerajaan kerana menanggung subsidi yang tinggi. Bagi memastikan hanya kumpulan sasar diberi subsidi. Kerajaan akan melaksanakan satu pengstrukturan semula subsidi minyak.



Apa yang dibuat oleh kerajaan pastinya akan memberikan kesan baik dan juga buruk kepada rakyat. Dengar-dengar kerajaan akan menggunakan sistem yang mesra rakyat ini akan mengguna pakai MyKad dan infrastruktur sedia ada. Pendekatan untuk memberi subsidi bagi kumpulan sasar sahaja akan juga digunakan untuk komoditi lain.Kerajaan akan pastikan subsidi minyak akan dinikmati oleh orang yang memerlukan sahaja.



Apapun yang kerajaan cuba buat dengan mengstruktur semula subsidi, kita ambil kira subsidi minyaklah, banyak subsidi kerajaan bagi sebenarnya, tak semua orang tak ambil kira.. sebagai contohnya hospital dan klinik2 kerajaan... banyak subsidi kerajaan campak kat situ.. tapi semua buat tak endahnya... tapi kalau sentuh bab minyak... satu malaya melenting tu. Mana tidaknya, naik harga minyak... bersepah2 benda lain naik, terutama harga barangan,, yang sedihnya.... bila dah naik... bertahun pun tak akan turun.. ini lumrah kat malaysia.



Setahu akulah harga minyak dinegara2 lain tinggi daripada malaysia. Bab ini aku terkena, isi minyak kat Vientiane Laos, terkedu dibuatnya, Haraga minyak tak henggat mahal tu.. Ron 95 harga 9710 kip lebih kurang RM 3.90. Kalau minyak merah harga kat laos 8790 kip lebih kurang RM 3.50. Aku nak kira pun payah tapi 5000 kip sama nilai dengan RM2.00. Kirala sendiri... Tapi minyak memang mahal.. Terasa wooo mahal isi minyak kat negara orang nie. Isi penuh toyota wish kat laos lebih kurang RM180... mahal wooo

Tapi masalahnya penduduk kat laos nie bukan la terdidri daripada orang kaya-kaya, boleh dikatakan mundur jugakla kalau nak dibandingkan dengan malaysia. Tapi diaorang tak pernah plak bising dengan harga minyak nie. Kalau nak dipikir2 pening gak, Macam mana la diorang punya kehidupan seharian.

Tapi dengan kemakmuran dan kesejahteraan malaysia, bersyukurla banyak2 dapat jadi warganegara malaysia. Minyak boleh dikatakan murah kalau nak dibandingkan dengan negara orang. Bila minyak naik, melenting gak...tapi aku sokong dengan keputusan kerajaan sekarang. Kerajaan perlu melaksanakan pengstrukturan semula subsidi minyak.. tapi harap2 bukan pada masa sekarang... bukan sekarang....Tapi sesetengah orang yang tak sedar diri tu, semua benda tak puas hati dengan kerajaan, bolehla nak berambus dari malaysia, duk kat negara mana pun... rasalah hidup kat negara orang...

3 comments:

  1. Salam ,
    Mahalnya minyak kat Laos. Negara tu takde sumber minyak ke sampai harga mahal mcm tu?

    ReplyDelete
  2. Sekarang org yg pandu kereta lebih RM200,000 bayar sama dgn yg pandu kereta bawah RM70,000. Oleh kerana mereka mampu beli kereta yg mahal sudah tentu mereka juga mampu utk membayar harga minyak yg mahal. Tak gitu.

    Kerajaan sepatutnya cari formula agar kereta mewah dikenakan cukai jalan yg tinggi. Hasil cukai ini adalah sebagai subsidi minyak petrol kita gunakan.

    Nani Cheras

    ReplyDelete
  3. Kita sebagai rakyat Malaysia jangan lupa daratan dan sepatutnya bersyukur kerana minyak di Malaysia mendapat subsidi dari kerajaan.

    It's a miracle that non of the Israeli commandos was killed by the so called terrorists.

    ReplyDelete