Friday 11 June 2010

Muktamar PAS> Ucapan Dasar Muktamar PAS

Dalam ucapan dasar Presiden PAS DS Abdul Hadi an Parti dan Tarbiyah, Majlis Syura ulama, pimpinan Pusat, konsep federalisma dan masa depan negara. Tanggungjawab dalam masyarakat majmuk, Pemerkasaan Parti dan Tarbiyah.

Tema islam adil untuk semua dipilih dimuktamar pas kali ke 56 bagi menuntut lapisan kepimpinan memperteguhkan model pentarbiyah dalaman sendiri. Kenapa konsep ini baru sekarang diterapkan? Adakah dalam kepimpinan PAS tidak mempunyai cukup ulamak ataupun telah dipenuhi oleh golongan profesional. Adakah dengan konsep parti campuran pakatan ini PAS mahukan golongan ulama yang memimpin dalam pakatan.

DS Hadi juga mahu menegakkan keadilan untuk semua tanpa mengira batas agama dan kaum. Konsep ini telah lama diamalkan oleh kepimpinan Barisan Nasional terdahulu dan kini. kenapa baru sekarang PAS ingin meniru Barisan Nasional. Adakah ingin menarik sokongan daripada bukan islam?

Bagi DS Hadi pemimpin yang mewarisi konsep sekularisma ini membuatkan umat islam di Malaysia tidak mampu berdaya saing dengan kaum lain.PAS dahulu menanam sikap orang lain semua tidak betul, UMNO dan Barisan Nasional juga tidak betul. Hanya PAS sahaja yang masuk syurga. Kalau sembahyang dengan berimamkan orang UMNO, tidak sah sembahyangnya. Sampai tahap tu.... Tapi sekarang dah ubah.. PAS menekanklan konsep berbaik2, perpaduan, tolong menolong,berlaku adil, Bukankan ini yang sellau dilaukan oleh kerajaan Barisan Nasional dulu. Konsep2 inilah yang ditayangkan dalam tv1 dan tv2, amalam tolong menolong, muafakat, bantu membantu. Tapi UMNO juga yang salah yang dikatakan gagal menyelamatkan orang melayu dan islam. Semua pemimpin yang dilahirkan oleh oleh UMNO tidak bermoral... pemimpin Pakatan bermoral ker?

DS Hadi juga takut akan peranan bloggers pro kerajaan yang menyebar maklumat melalui blog kerana semua kepincangan dalam PAS telah didedahkan kini. Dahulunya PAS hanya mencari salah Barisan Nasional... tapi kini semua salah dalam Pakatan juga boleh didedahkan. Sebab itulah DS Hadi amat takut akan peranan bloggers Pro kerajaan dan merayu agar tidak terpedaya dengan penipuan bloggers pro kerajaan.

DS Hadi juga memuji Kepimpinan PAS yang sedia ada ini sungguh setia kepada parti dan tidak seperti yang diluar sana? Adakah DS Hadi perli pemimpin PKR yang suka lompat parti. pemimpin PKR lumpat parti disebbakan tidak berpuas hati dengan kepimpinan Pakatan. Apakah PAS juga sudah bosan berada dalam pakatan sekarang yang dilihat sudah berpecah belah. Politik pakatan hanya politik peribadi.

Katanya lagi, pemimpin PAS sekarang berlatabelakangkan Ulama dan Profesional dan inilah yang menguatkan PAS. Adalah DAP yang tak ada ulama dan PKR yang tiada ulama itu tidak kuat. Nampaknya PAS sudah berani untuk menjadi abang long dalam Pakatan.

Pasal peranan PAS diperingkat Antarabangsa juga disentuh, apa peranan PAS nie?ooo PAS hanya mempersoalkan peranan kerajaan dalam menanggani masalah antarabangsa mengutuk regim zionis, israel yang menyerang konvoi flotilla bantuan ke Gaza, PAS dikatakan menyumbang penyelesaian pemimpin yang bertelagak sehingga PAS berjaya berdamai di wilayah Acheh. Satu lagi PAS dikatakan diberi kepercayaan oleh kepimpinan Ulama Islam antarabangsa dan beberapa negara islam OIC untuk selesaikan konflik di Yaman. Hebat-hebat. Yea ker PAS buat semua tu.. Giler terre PAS nie... Aukkkk

Secara keseluruhan ucapan dasar PAS kali ini tidaklah segah mana pun, bak kata reporter yang dijumpai disini.. ucapan tu biasa sahaja, tak der gah ataupun bersemangat... Ucapan semata-mata hendak menarik penyokong bukan islam menyokong PAS dengan meyemai konsep2 islam. Semua orang tahu islam itu indah.. Islam memang indah. Syukur hidup di bumi Malaysia dibawah kepimpinan sekarang. Cumanya dari segi dewan tu cantik dan besar serta penuh dengan orang PAS serta penyokong PAS. Sound System dalam dewan tu bagus...AUKKKK

2 comments:

  1. Tidakkah ahli PAS merintih kohilal membuatkan duitku menghilang?

    Perkasa demonised by underworld leader.

    ReplyDelete
  2. kemana hilangnya duit tersebut, adakah digunakan untuk kegunaan sendiri atau dipimjam sementara?

    ReplyDelete