Monday, 17 January 2011
Calon Wanita PAS di Tenang
Calon yang dijangka2 akan bertanding di Dun Tenang. Akhirnya diumumkan oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis ceramah Pakatan Rakyat di Labis. Normala Sudirman merupakan ketua muslimat Pas Labis. Beliau juga merupakan seorang guru sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah, Segamat dan meletak jawatan pada 28 Disember 2010.
Kakitangan kerajaan yang mahu bertanding dalam pilihanraya mesti meletakkan jawatannya dulu.. itu syarat.. tetapi apa yang Normala ucapkan agak susah baginya untuk memenangi pilihanraya ini. Sekiranya dia semdiri tidak yakin dengan dirinya sendiri, adakah Normala sudah menjangka yang dia akan kalah atau dah dijanjikan sesuatu oleh Pakatan Rakyat.
Sekiranya Normala tidak bertanding, beliau tak perlu nak letak2 jawatannya sebagai pendidik. Sekarang terpaksa letak jawatan pendidik semata2 nak jadi calon. Apapun tawakal, letak jawatan dulu dan jadi calon. Kalah menang tuhan yang menentukan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment