Wednesday 19 January 2011

Calon BN Dun Tenang


Calon BN Dun Tenang



Mohd Azahar Ibrahim diumumkan Calon mewakili BN dalam pilihan raya kecil DUN Tenang hujung bulan ini. Beliau merupakan bendahari Pemuda Umno Labis.

Azahar Ibrahim merupakan anak kelahiran Labis Segamat berusia 39 tahun. Azahar Ibrahim mendirikan rumah tangga dengan Puan Tuty Roshizana binti Tumin berusia 31 tahun . Beliau telah dikurnikan tiga (3) cahayamata berusia 6 tahun, 2 tahun dan 7 bulan.

Beliau mendapat Diploma Pentadbiran Awam Melaka pada tahun 1993 dan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sains Politik di Portsmouth, United Kingdom dengan kepujian.

Pada tahun 2000 beliau telah memualkan kerjayanya sebagai Penolong Pentadbir Tanah Segamat hingga 2006. Selepas itu beliau telah bertugas sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit Batu Pahat Johor.

Azahar merupakan anak kepada bekas Adun Tenang dan keluarganya amat disenangi oleh penduduk disini.Bekas Penolong Pentadbir Tanah Azahar Ibrahin bakal ditentang oleh Ketua Muslimah Pas dan juga bekas guru berkelulusan dari Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang,Normala Sudirman.

SPR menetapkan 22 Januari ini tarikh penamaan calon dan 30 Januari 2011 tarikh pengundian. Pilihanraya Kecil Dun Tenang dibuat selepas kematian Allahyarham Dato Sulaiman Tapa

No comments:

Post a Comment