Monday 14 June 2010

Presiden PAS Tidak Menggulung Perbahasan Muktamar, Keputusan tidak Dibuat

Keseluruhan daripada muktamar PAS menjadi hambar dan tidak puas hati dikalangan perwakilan apabila Presiden PAS tidak membuat ketetapan atau keputusan atas apa yang dibahaskan oleh perwakilan.

Muktamar PAS kali ini yang menampakkan kesungguhan PAS untuk menjadi sebuah parti yang dominan dalam apakatan dengan pendekatan sayang baru iaitu sokongan bukan islam telah menyebabkan DAP dan PKR terasa di lempang oleh PAS secara berdepan. PAS mula menampakkan belangnya apabila dengan berani membuat pendekatan mendekati sokongan bukan melayu.

Apa yang dibahaskan oleh perwakilan dengan berkobar2, isu sayap baru ker, judi ker, yahudi hanya sebagai tempat untuk mempraktikan seseorang tu berhujah. Selantang mana suara itulah yang menjadi kayu pengukur kot dalam satu2 ucapan. Manalah tahu ada ucapan dari perwakilan itu di sentuh oleh DS Presiden... bangga dan senyum sampai ketelingga la perwakilan PAS nie... pakai baju melayu bersamping panas2 pun tak pa... janji rockkkkk...takbirrr...

Namun semua tu kosong belaka, Presiden PAS takut membuat keputusan atas semua isu2 yang dibentangkan oleh perwakilan. Segelintir pemimpin DAP dan PKR sudah tidak berpuas hati dengan PAS dan DS Hadi sudah menjanggkakan akan perkara ini. Sebab tu presiden PAS tidak membuat sebarang keputusan dalam menggulung perbahasan dan hanya menunggu REAKSI dari DAP dan PKR. DS Hadi mungkin hanya mahu mengukur sejauhn mana DAP dan PKR boleh bekerjasama dengan PAS. Ini yang berlaku..

Bagi perwakilan pelusuh negara yang hadir ke muktamar PAS kali ini jangan kecik hati .Mana tidaknya nak sediakan teks dan berhujah depan cermin dah berbulan2, tapi presiden wat bodoh jer... tak der keputusan dibuat. Muktamar takpa keputusan dibuat, Relex perwakilan, janji boleh bw family datang kelantan jalan2 sempena cuti sekolah..

Secara keseluruhan ucapan Dasar Presiden PAS sudah hambar dan sejuk, dihangatkan sedikit oleh perwakilan yang berkobar2 berhujah dengan pelbagai isu nasional dan ditutup dengan hambar dan oleh Presiden. Presiden PAS tidak membuat sebarang keputusan isu yang dibahaskan oleh perwakilan. Presiden PAS hanya menggunakan Muktamar kali ini untuk menjadi kayu pengukur atas keikhlasan DAP dan PKR bekerjasama dengan PAS. Tapi nampaknya sudah ada ribut yang bakal melanda dalam pakatan dan sudah pastinya PAS sudah menghadapi ribut tersebut... Kita tunggu dan lihat nanti..............

1 comment:

  1. sudahlah bro...hidup jangan berpura-pura la, ko pun macam orang PAS jer

    ReplyDelete