Jangan terlalu berpuas hati dengan kemenangan besar di Bagan Pinang. Rasa lega dan kesyukuran jelas terpancar diwajah para perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO 2009. Jelas semua para perwakilan dan pucuk pimpinan menadah tangan tanda kesyukuran diatas kebangkitan UMNO di Bagan Pinang.
Rata-rata para perwakilan meluahkan rasa bangga diatas kemenangan besar di Bagan Pinang. Kemenangan boleh diraikan serta dirayakan dengan bangganya, namum begitu.. perjuangan sebenar masih jauh dan memerlukan banyak pengorbanan serta keikhlasan didalam perjuangan UMNO.
Sudah sampai masanya ahli-ahli UMNO bersama-sama presidennya berganding bahu dalam perjuangan selepas ini. Matlamat utama memenangi PRU 13, dimana fokus untuk mendapatkan mandat dan sokongan rakyat dalam plihanraya akan datang. UMNO sudah berubah dan adakah ahli-ahlinya sudah berubah. Pemimpinya seorang yang bijak dan adakah ahli-ahlinya mampu berjalan seiringan, mampu untuk duduk sama tinggi dan berdiri sama tinggi. Adakah ada segelintir ahli UMNO yang duduk, DIA lebih tinggi? dan berdiri pun DIA leboih tinggi?
Adalah UMNO mampu mengekalkan kemenangan bergaya sebagaimana di Bagan Pinang.
hidup Tan Sri ISA.Keamanan milik semua..
ReplyDelete