Showing posts with label pilihanraya hulu selangor. Show all posts
Showing posts with label pilihanraya hulu selangor. Show all posts

Sunday, 25 April 2010

Hulu Selangor> Selamat Mengundi



Kepada penduduk Hulu Selangor, selamat menjalankan tanggungjawab anda. Kita pakat-pakat tolak Pakatan dan sokong Barisan Nasional. Hanya Kerajaan Barisan Nasional yang telah lama bertapak di bumi kita ini, pembangunan kepada semua rakyat jelata telah lama dikotakan. Kemakmuran dibawah pimpinan Kerajaan Barisan Nasional telah lama dirasai, Sejak akhir-akhir ini muncul pulak Pakatan Haram yang ingin merampas kesejahteraan, kemakmuran, kemajuan yang telah dibina dibawah Kerajaan Barisan Nasional. Semangat setiasakawan UMNO, MIC,MCA dan seluruh komponen Barisan Nasional telah berjaya menaikan nama Malaysia di mata dunia. Tidak seperti Pakatan Haram yang hanya dikenali oleh negara2 yahudi, pengamal homoseks, main belakang dan terkenal dengan ilmu putar alam dan menyesatkan orang.

Oleh itu marila sama2 kita tolak Pakatan dan kita sokong Barisan Nasional. Warisan kemakmuran bangsa, agama dan negara harus diteruskan. Jangan kita melepaskan kemakmuran yang telah kita kecapi selama ini.

Selamat mengundi dan sokongla Barisan Nasional....

Tuesday, 20 April 2010

HuLU Selangor> YB Sri Gading Bakar Semangat Penduduk Kg Rasa Tambahan


YB Sri Gading

HULU SELANGOR
- YB Datuk Hj Mohamad bin Hj Aziz dari Sri Gading telah memberikan ceramahnya semalam di kg Rasa Tambahan dengan penuh semangat cintakan negara. Ceramah yang bermula sekitar jam 9.15 malam menitik beratkan tentang perjuangan Barisan Nasional terdahulu hingga sekarang. Sejarah perlu di ingat...

Ceramahnya juga menyentuh mengenai calon yang di pilih oleh Pucuk Pimpinan dan juga Barisan Nasional adalah yang terbaik serta disenangi oleh semua kaum di Hulu Selangor. Semangat perkongsian kuasa yang diamalkan dalam Barisan Nasional ini jugalah yang telah mengangkat Malaysia dipersada Dunia. Konsep inilah yang membolehkan Malaysia Maju. Bukan pemimpin melayu, cina atau india yang memakmurkan negara tadi pemimpin dari sabah dan sarawak juga. Semua ini disatukan bagi memajukan negara hingga ke hari ini.

Pasal calon, tiada sebab kenapa rakyat di Hulu Selangor menolak calon Barisan Nasional P. Kamalanathan. Berbanding dengan Zaid Ibrahim yang berasal dari Kota Bharu. Kenapa Zaid perlu diterima disini, sedangkan di Kota Bharu Zaid Ibrahim ditolah mentah-mentah oleh orang kampungnya sendiri. Sebab apa Zaid ditolak...macam-macam sebab Zaid Ditolak...Kota Bharu jika hendak dibandingkan dengan Hulu Selangor jauh lebih besar Hulu Selangor.. Kota Bharu kampungnya pun kekadang jer dia balik... inikan pula hulu selangor, sempat ker dia jenguk rakyat-rakyat hulu selangor nie...

Bagi Anwar semua ahli-ahli Parlimen kenal siapa itu anwar. Kenal sangat-sangat siapa anwar yang diagung2kan oleh Pakatan nie. Kenapa anwar takut sangat dengan kes liwatnya. kenapa anwar mengelak daripada kes liwatnya. Kenapa saiful dengan beraninya bersumpah laknat di Masjid. Kenapa saiful berani? Sebab saiful Benar... Tapi anwar takut, takut bersumpah laknat, kenapa anwar takut bersumpah laknat? Sebab anwar salah. Orang salah akan takut. Berani kerana benar, takut kerana salah.

Apapun rakyat Hulu Selangor kena ambil balik kerusi ini daripada Pakatan. Jangan biarkan pakatan menjahanam Malaysia. Kita perlu selamatkan Malaysia daripada Pakatan. Selamatkan maruah agama, bangsa dan negara daripada penipuan Pakatan.