Monday 7 May 2012

Tahan Jgn Tak Tahan


Polis mempunyai asas untuk menahan mana-mana penuntut universiti yang melanggar undang-undang dan tidak akan mengambil tindakan tanpa sebarang bukti kukuh.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata setiap penuntut institut pengajian tinggi swasta atau awam perlu mematuhi undang-undang sama ada di dalam atau luar kampus dan jika mereka melanggar undang-undang, pihak berkuasa termasuk pihak universiti dan polis boleh mengambil tindakan sewajarnya.
Beliau berkata demikian sbg mengulas penahanan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dua hari lepas oleh polis bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan di ibu negara, 28 April lepas. Pelajar tersebut, Khalid Mohd Ismath, 22, kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

No comments:

Post a Comment