Thursday, 10 May 2012

Jgn Sekali kali Hino Keluarga FAM


Selepas Safee Sali, Mohd. Safiq Rahim dan Muhd. Ariff Zulkifly berjaya mengharumkan nama negara di arena bola sepak antarabangsa, kini tiba giliran pemain tengah skuad Harimau Muda, Mohd. Nazmi Faiz Mansor.

Dia baru-baru ini dilamar kelab Divisyen 1 Portugal, S.C Beira-Mar untuk beraksi dengan pasukan yang menduduki tangga ke-12 Premiera Liga Portugal itu.

Kemampuan Nazmi Faiz dihidu oleh seorang ejen bola sepak Portugal semasa aksi pemain berusia 17 tahun itu dalam Liga Singapura bersama Harimau Muda A baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ketua Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee yang gembira dengan perkembangan ini berkata Pemilihan pemain Malaysia untuk jalani latihan dengan kelab luar negara jelas membuktikan bahawa bakat pemain negara semakin dihargai.

No comments:

Post a Comment