Monday, 7 May 2012

Kejayaan Malaysia Dalam Inisiatif Pengajian Tinggi


Kejayaan Malaysia dalam inisiatif pengajian tinggi merentasi sempadan yang diterajui kolej dan universiti swasta dibentang pada Sidang Kemuncak Pendidikan Antarabangsa sempena Sidang Kemucak G8 di Washington.

Timbalan Ketua Pengarah Pengajian Tinggi (Institusi Pengajian Tinggi Swasta) Prof Datin Dr Siti Hamisah Tapsir memberitahu pakar pendidikan antarabangsa dan pembuat dasar pada seminar itu, bagaimana Malaysia menggunakan krisis kewangan pada 1997 sebagai kelebihan dalam mencari jalan lebih kreatif.Ia bagi membuka sektor pendidikan tinggi negara.

Pelan jangka panjang itu berjaya dengan Malaysia mengurangkan bilangan pelajarnya di seberang laut, mengadakan program berkembar dengan universiti terkemuka dan menarik pelajar asing ke kolej tempatan. Bernama

No comments:

Post a Comment