Monday, 7 May 2012

Semak Permohonan IPTA

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan setaraf boleh mula menyemak keputusan permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan politeknik premier bagi sesi akademik 2012/2013 mulai jam 12 tengah hari ini.
Semakan berkenaan boleh dibuat sehingga jam 12 malam 28 Mei ini.
Unit Pusat Universiti (UPU) dalam kenyataan menerusi laman webnya berkata, pelajar boleh menyemak keputusan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) melalui perkhidmatan mySMS .
Pelajar juga boleh menghubungi talian bantuan Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi untuk sebarang pertanyaan. Bernama

No comments:

Post a comment